...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Thursday, July 15, 2010

Produk BARAKA - Habbatus-Sawda

Produk Baraka (diperbuat di Mesir), mengandungi Habbatus-Sawda yang di'kapsul'kan.
Mudah ditelan (gel lembut) dan senang dibawa ke mana-mana (saiz poket).
Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan. Elok dimakan 1jam sebelum makan apa-apa 3 kali sehari.
Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama Habbatus-Sawda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati Habbatus-Sawda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus-Sawda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus-Sawda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in-vitro mendapati Habbatus-Sawda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus-Sawda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Habbatus-Sawda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus-Sawda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu ibu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Habbatus-Sawda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

1 kotak = 24 kapsul softgel = RM12.00 sekotak
Kos penghantaran = RM2.00/kotak
SESUAI untuk semua lapisan; tidak kira yang sihat (sebagai suplemen tambahan)
atau mereka yang lebih memerlukan. Dengan kuasa Allah SWT, Insya-Allah berkesan.

Thursday, July 8, 2010

al-kisah puteri ku~

saLam, bertemu lagi di lembaran baru. Niat di hati tak mahu berceloteh panjang, maka dipresentasi potret wajah dan keletah anakku, 'UZMA JAMILA yang selamat dilahirkan pada 17 April 2010M bersamaan 3 Jamadil Awwal 1431H di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sunday, July 4, 2010

Parkir Haram~

Assalam wbt,

Permulaan kisah yang tidak dijangkakan. Keterangan kejadian seperti di bawah:
Tempat : Caltex, Seberang Jaya (bersebelahan McDonald’s)
Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 1.30am
Ku baru habis program pada malam ini. Seusai itu, bersama-sama ibuku menghala ke McDonald’s untuk berjumpa dengan pakcik yang ingin bertemu kami dan seterusnya beliau akan pulang ke KL selepasnya. Sampai di Caltex, ku parkir kereta di tempat sepatutnya, yang memang kebiasaannya penuh pada hari minggu. Setelah berbincang dan berbual lebih kurang setengah jam, ku kembali ke kereta dan ku dapati tayar kereta ku dirantai dan dikunci. Rantai hanya rantai buruk dan dikunci dengan mangga kunci yang biasa. Hatiku terdetik, kerja parkir haram le ni. Tidak lama kemudian, datang dua orang lelaki. Seorang berbadan agak besar dan seorang lagi kurus. Yang si kurus ni berbaju Caltex. Sesi dialog bermula...


Aku (A): Awat ni? Dok rantai kereta orang ni?
Si Besar (B) : Bukan apa, abang parking salah tempat. Dekat dengan lorong lori McD masuk untuk buang sampah. Satgi staf McD kata halang laluan depa pla.
Si Kurus (K) : Betul tu.
A : Awat, takkan tak lepas pula lori McD tu. Sikit punya luas laluan tu.(sambil menunjukkan ke laluan yang dimaksudkan)
B : Yela, dah memang ta boleh parking kat sini. Lagipun mana boleh letak kereta kat sini.
A : Mana dia signboard kata tak boleh parking?
B : Tu, kat hujung tu (sambil menunjukkan ke arah tanda DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN yang berada kira-kira 50 meter di seberang jalan)
A : Yang tu u kata signboard? Fikir la logik sikit, yang tu kat situ. Sekarang ni saya letak kereta kat sini.
K : Kami dah buat, bang. Tapi ada orang buang.
A : Hangpa buat pakai apa? Kalau tak nak bagi orang buang, buat macam ni. (sambil menunjukkan ke arah papan tanda Drive-Thru McD: bertiang besi dan ditanam konkrit bersebelahan kereta ku)


Keduanya terdiam dan terkelu.
A : Sekarang saya nak balik. Boleh buka rantai ni?
B : (sambil keluarkan kertas A4 yang dilaminate) Sekarang ni abang kena bayar kat kami dulu, Baru kami buka.
(Kertas bertaip itu menyatakan DILARANG MELETAK KENDERAAN DI SINI. Dan, ditulis dengan marker-pen DENDA RM50.00)
A : Sampai RM50?!? Baru letak sat, masuk dalam. Saya mai ni pun pasal nak bincang dengan pakcik saya berkenaan maktok saya yang sakit. Esok ada temujanji dengan doktor pakar. Kalau tak ada hal, saya pun tak mau mai sini.
B : Yela, kalau abang nak kami buka, bayar dulu. Kalau abang nak tawar-menawar, kami ok. Sekarang abang boleh bagi berapa?
A : Bukan kira bagi atau tak bagi. Kalau saya bagi, saya ajar hangpa buat benda ni. Saya bagi RM50, esok lusa atau sat lagi mesti ada lagi mangsa.
B : Yela, kami cari makan. Kalau abang ada tempat saya, apa abang buat?
A : Saya? Saya takkan buat benda macam ni, Penaya namanya. Badan sihat, pi cari kerja. Paling lekeh pun dapat gaji tetap.
K : Tula, bos saya pun tak bagi letak kereta kat sini.
A : Fikir logik la. Ada ka saya mengganggu laluan? Tunggu sat la.
(Diri ku menghubungi pakcikku yang masih di dalam McD dan menerangkan kejadian yang berlaku.)


A : Ok, sat pakcik saya mai. Tanya dia saya mai sini buat apa. Kita selesaikan kat sini, kan senang. Tak payah kait orang lain.
B : (sambil berkata pada si kurus) Hang telefon Man sekarang.
B : Saya dah minta bos saya mai. Nanti abang cakap dengan dia.
A : Nampak, benda kecil dah jadi besar. Saya pun tak lama parking kat sini. Hangpa buka, kita selesai kat sini. Habis cerita.


Dalam 5 minit kemudian, pakcikku sampai. Sejurus selepas itu, ‘bos’ parkir haram ni pun sampai.
Pakcik (P) : Ni apa pula? Hangpa tak dak kerja lain ka?
Bos (S) : Depa buat kerja depa, bayar je la.
A : Nak bayar apa nya. Buat salah pun tak.
P : Ingat saya tak nampak ka, hangpa dua duduk kat ceruk tu kan tadi? Dah tau tak boleh parking, mai la habaq kat dia. Ni serupa ngan tunggu masa sapa yang nak kena.
B : Kami tak busuk hati sampai macam tu sekali.
S : Sekarang ni abang boleh bayar berapa?
A : Kalau ikut hati, saya tak mau bayar.
P : Tak pa la, bagi ja RM10 kat depa ni. Dapat duit, selesai la tu. Depa nak duit ja. (Mungkin pakcik ku tak mahu panjang cerita)
A : (Sambil menghulurkan RM10 dengan rasa berat hati)ok, ni pun saya bagi bukan sepenuh hati. So, boleh buka rantai ni.
S : ok, dah. Buka rantai tu.


(Hidupkan enjin motor dan berlalu. Si Besar juga berlalu. Tinggal si Kurus membuka rantai)
K : Bang, maaf ya. Saya tak terlibat dengan depa ni.
A : Jangan merapu la. Tadi hang yang beria-ia. Dengan baju Caltex, tak malu ka? Ok la, trimas buka rantai. Moga saya tak jumpa lagi dengan hang atau orang yang buat kerja senang camni.
K : Maaf ya, bang.
A : Ok..
A : Uncle, thanks.
P : Ok.

Segalanya berlalu. Hampir 30 minit sesi dialog berlaku. Si Kurus hanya mengikut kata dan buat ‘nasi tambah’ apa yang si Besar cakap. Dalam hati terdetik adakah duit itu halal bagi mereka dan bagaimana dengan diri ku? Halalkan atau haramkan duit yang dihulurkan?
Kesimpulan, peringatan untuk semua. Bertindak mengikut keadaan dan sentiasa berhati-hati dengan persekitaran yang semakin kabur jika kita bertindak melulu. SILA AMBIL PERHATIAN PADA TEMPAT KEJADIAN. Moga ia tidak berulang kepada sesiapa yang membaca pengalaman ini....IA~