...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Saturday, January 29, 2011

Rumahku Syurgaku

Rumah yang agak besar, didiami oleh keluarga yang terdiri daripada anak2 yang sudah berkahwin dan ada yang masih bujang berstatus pelajar, bekerja dan sebagainya. Bagi yang bekerja dan sudah berumahtangga, ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Bagi yang bekerja dan masih bujang, ada komitmen terhadap hutang peribadi, kerjaya dan semua yang bersangkut-paut dengan masa depan. Bagi yang bujang dan masih belajar, perlu fokus pada pelajaran mengikut jejak abang/kakak yang dah ada peringkat tertinggi dan jika nak jadi yang terbaik perlu mengikut jejak langkah ibu dan ayah yang hampir bergelar Doktor kelak, insya-Allah..
So, siapa yang perlu bertanggungjawab dalam menjaga rumah, menjaga makan-minum anak2 yang bekerja tapi bila sampai 15hb dah tercungap2, memekak telinga terhadap perangai anak yang 'terlepas' dan 'terbabas' serta beberapa perkara yang memeningkan? siapa ya? Mesti semua dah mula mengagak siapa gerangannya..Mesti semua cuba mencari siapa yang paling 'banyak' dan 'kukuh' dari segi kewangannya yang pada hakikat empunya badan juga paling banyak menanggung aset hutang. Bukan susah nak berada dalam kelompok ramai sebegini. Masing2 jalankan peranan dan jika ada lebihan wang, sumbangkan pada keperluan rumah. Bagi yang tiada masa, membeli lauk menjadi pilihan. So, siapa yang akan beli? semestinya mereka yang ada wang atau bukan mereka2 yang cukup2 makan. Tapi, nak makan, berapa mulut perlu disuapkan? cukup ke dengan ikan seketul, sayur seciput?Fikirkan sendiri..
Jika dah berkumpul ramai, jangan la pula ada yang mengambil enteng. Kelekaan dalam ibadat wajib seharian, ditambah dengan kurangnya tanggungjawab (berat tulang, malam berjaga siang tidur) dan pada masa yang menggunakan elektrik, air, gas seolah-olah tiada batasan. Dalam erti kata lain, dah sendiri tak membayar maka tak merasa penat jerih orang yang membayar.
Jauh di lubuk hati ku berdoa agar gerangan yang dimaksudkan, yang dikatakan:
a. Kukuh dan banyak dari segi kewangannya
b. Sabar dan tabah dalam apa jua rintangan, yang penting bahtera terus dilayarkan
c. Prihatin jika ada masalah seperti tiada masa membasuh baju, tiada makanan atas meja
d. Juga prihatin jika tiba-tiba datang surat kuning/merah/biru bagi bil2 utiliti
e. Terus menggunakan kemudahan yang ada, tidak berniat berlebih-lebihan
Dan, hanya Yang Maha Membalas yakni Allah SWT berhak memberi dan menganugerahkan ganjaran setimpal dengan apa yang dilakukan. Sesungguhnya aku juga memohon agar dianugerahkan kekuatan sedemikian yang semakin hari semakin merosot melihat keadaan semasa.....

Saturday, January 22, 2011

Putera sulung Hamizat/Siti Aminah

Pada 18/1/2011 jam 3.40pm, dapat sms dari akh Hamizat, "Alhamdulillah, isteri telah selamat melahirkan anak lelaki pada 1.30ptg 18 Jan. Seberat 4.2kg."
Ana reply, "ok, jumpa ptg ni. Ana PENGUNJUNG TETAP Wad 8."


Petang tu juga lepas kerja, ana bersama zaujah dan baby melawat Kak Min di Wad 10, bertentangan dengan Wad 8 di mana mak mentua ana 'berkampung' sejak 17 Disember 2010. Time ana mendekati putera sulung Hamizat/Kak Min ni, dan2 nangis. Ana membacakan ayatul-kursi sambil iqamat perlahan di telinganya. Rupanya nak menyusu. So, Kak Min sebagai ibu mengambil peranan dan ana minta beransur diri.


Dimaklumkan juga, seusai penerangan S-curve pada khamis lepas, Kak Eida, K. Ida, Ustzh Saliza & Harryzan juga telah menziarahi Kak Min dan seterusnya mak mentua ana.


*Nama apa ya?? Sedikit foto Hamizat jr.~





Monday, January 3, 2011

Pertandingan Bowling Yang Arif

Kali ini, KADI berjaya menganjurkan Pertandingan Bowling Piala Yang Arif pada 1 Januari 2011 bersamaan 26 Muharram 1432H di Megalanes Pacific, Perai, Penang. Pertandingan bermula seawal jam 9.45 malam dan disertai oleh 18 orang peserta dari pelbagai ceruk, usia dan status. Yang bertambah menarik, keluarga dari Puchong juga turut menyertai iaitu Keluarga PakTeh Talib dan MakTeh Shakimah yang berjaya menggondol jatuhan pin terbanyak bagi Kategori Keluarga dengan purata sebanyak 225.25 mata. Dari segi usia, rasanya paling veteran 50 tahun (sapa tu ya..?) dan paling muda 10 tahun (siapa pula ni...?)
Sila lihat selitan yang disertakan dan gambar akan menyusul di lain masa ->sibuk mengejar masa yang tak pernah habis... :D