...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Saturday, April 30, 2011

Main sana, Main sini..

Dulu time memuda, dok maen gak FIFA. Feveret Die Hard FIFA sampaikan semua series bermula Fifa 1995 smpai Fifa 2005 ada dalam koleksi OmOt. 

Abis je study, terus tinggal. Dah x main apa2. Rasanya klu ada member ajak maen FIFA, konfem kena belasah pnya.huhu Dulu bila member ajak buat blog, banyak je alasan. "Ko buat je, wakilkan aku ek", "xde masa la, ko rajin xpela" dan lain2 lagi la..
Dalam dok meng'update' dan mengemaskini blog, ada gak layan 'benda alah' ni.
 Layan gitu2 je sekadar memenuhi masa terluang sambil mencari idea nak tulis apa lagi dalam Bart Blog ni. So, skang ni pun layan jap beberapa games dalam 'benda alah' ni. Otak pun di'generate' dan OmOt berhenti menulis dulu. Ada 'assignment' lain menanti..hehe

Tuesday, April 26, 2011

Bz ke?

Aku semakin sibuk. Bukan sibuk dgn hal2 lain, tapi amal2 sunat tampungan kepada amal fardhu. Takut gak jika timbangan amal terlebih 'berat sebelah'. Time tu xde sapa nk tolong. Anggota badan bersuara, mulut je dikunci coz dh byk berkata2 tika di dunia. Sekarang baru ku rasakan masa terbaik untuk beramal. Adakah aku terlambat? Dulu pernah ku sibukkan diri juga, tapi tak istiqomah.
 Byk sangat r&r serta cubaan dan dugaan. Dan kini aku kembali dan akan terus mencari apa2 lagi yg dapat menampung amalan ku. Pabila selalu bersama menguruskan mereka yang 'pergi', kita juga risau bagaimana pula keadaan kita nanti? Adakah orang akan bercerita sepertimana kita mndengarnya? Apa yg dikatakan? Adakah yg baik2 belaka? Na'uzubillah..Moga2 Allah sentiasa permudahkan urusan di persinggahan ini dan menjanjikan jannah kelak. 

Sunday, April 24, 2011

Steady Bro Mus...~

bart597

Pada 18 April yg lalu, berlangsungnya Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Utara di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Ku, Bro Mat n Family, Sis Asmaa' dan Ummi Ani ambil cuti semata2 utk meraikan kejayaan adik ku, Mustafa Amini yang berjaya menghabiskan pengajian peringkat Sijil dalam bidang Automotif. 

Wajah Kepuasan di Wajahnya

Bersama Ummi Tercinta

Sekarang beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. Difahamkan seramai 1200 graduan Diploma dan Sijil yang hadir.

Bersama Rakan daripada Kursus yang Sama

Tahniah, Mabruk...!

Aktiviti Minggu Belia IKRAMPP

Kali ini lawatan diadakan di Wad Orthopedik. Terdapat pelbagai lapisan umur pesakit dari muda sehingga tua. Terdapat bermacam-macam sebab pesakit dimasukkan ke wad. Di antara sebab ialah baru menjalani pembedahan.


Teruskan membaca di Blog Belia IKRAM P.Pinang

Thursday, April 21, 2011

setahun dah..??


Pada 17 April 2011 yg lepas, baby kecik+comey+nakal Ba&Ma dh cukup setahun. Bb 'uzma punya la excited. Setiap yg ada, nak dicapai. Setiap yg dinampak, ingin dimbil. Setiap yg bertangga, ingin dinaiki.
 Adus, ragam anak meningkat dewasa. Sama la macam OmOt dulu..hehe... Adik Omot, Mat lagi la..siap ada gelaran tok penghulu lagi..Semua org kmpung back-up dia..macam2 cerita dibawanya,,lembu jatuh longkang la, rumah pakcik tu terbakar..mMm..

Dan, pada malamnya, Omot dan wife berhajat mengadakan sedikit kenduri kesyukuran. Terdengar kuliah kat Mutiara FM ptg tadi, "dok kata Majlis Hari Jadi, dah tentu jadi ke? Takat beli kek saja, ok la. Ini dgn lilin lagi. Menyerupai kaum lain tu....". So, makanya pengasuh bb 'uzma, Kak Nab sekeluarga dan ex-pengasuh, Che'Ain sekeluarga dijemput. 
Dan, tak lupa juga pada Bro Azhar dan keluarga. Disertakan juga gambar bb terbaru, Mohd.Aminuddin..

Sunday, April 17, 2011

Tuan Presiden


Singgahan Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad membuahkan hasil yang mendalam kepada seluruh warga IKRAM Pulau Pinang, khususnya yang hadir ke Program Bersama Presiden IKRAM. Program bermula seawal jam 8.45 malam dengan kehadiran memenuhi dewan. Tuan Presiden berucap dengan penuh semangat, dengan dalil dan hadith Nabi SAW diselitkan bagi menguatkan hujah.


 Keseluruhan ucapan dan penyampaian dirumuskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang hadir dari awal program dengan penuh semangat dan merumuskan IKRAM ADALAH WAHANA MASSA.


Majlis penutup di akhiri dengan nasyid Bingkai Kehidupan oleh Shoutul Harokah yang dinyanyikan beramai-ramai oleh para hadirin. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi menyuntik semangat para dai'e menjalankan dakwah. Insya-Allah~



Friday, April 15, 2011

Putra, pLz la...~

Teringat telatah si Putra Qayyum Asnawi..dh ckup setahun pun kamu yer..gedebab je, sedap dipeluk, ditenyeh, digonyeh..hehe    Ni la gambar-gambar berkaitan yang sempat ditangkap..
 Baru lepas bersolek, bangun tengahari..
 Bersedia mengikut arahan....
cak cekur dibuat dengan bersahaja..

tengok la..Pabila OmOt minta buat cak cekur, ingat-ingat, amin->boleh pula dibuatnya. Pabila nk tangkap video, OmOt dok kata sepuluh kali x mahu dibuatnya..buat la, kejap je, sayang Putra ooi...bak kata puteriku, adei...~

Monday, April 11, 2011

Jari - Rahsia Di Sebaliknya..

Sempat juga OmOt BlogWalking tadi. Terjumpa entri menarik ni di sayangkuqaisara, yg belum tersiar dalam mana-mana emel, rasanya..
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil
laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Luruskan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam.
Itulah kewajipan solat lima waktu, jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil
& kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar &
terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do
semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri
kesan yg besar pd masa depan.

Tak abis lagi ni, Teruskan membaca di sini

Sunday, April 10, 2011

ku jadi superman?

Menemui rakan blogger sekalian,, dulu bila tak update blog,"xpela, xde masa. Lgpun nk cerita pe?"..skarang ni, if seminggu tu x update, "alahai, kena curi masa gak ni. Ada bnda nk share."..
al-kisahnya, dapat emel drpd  Bro Shahidan pada Jumaat lepas jam 4.00pm berbunyi, "Salam, Dapat SMS dari Ust Rozee bahawa Umar Ismail (anak cikgu mail) xciden. Pukul 12.15 tadi......gg patah 3,tangan luka-luka,lutut luka kiri & kanan....Skrg berada di Rumah Taman Sutera Prima Seberang Jaya. Doakan semoga di permudahkan urusan." usih, cepatnya tersebar. Pabila ada ukhuwwah, mungkin anda juga akan mendapat sebegini. Tak semena-mena sms bertalu-talu masuk. Call lg, letak fon ni, bunyi fon tu. Fon yg set emel, asyik ber'krik' menandakan emel msuk. Dan, ptgnya ramai yg ziarah. Paling last, my naqib, Ust. Rozee & Hamizat. Semuanya mendoakan yg terbaik. Ameen~
Lain lembaran, bru nk attach gambar. Tak sanggup rasanya para blogger sekalian tngok nnti. Bed Time...Wassalam~

Tuesday, April 5, 2011

Zirafah? Kuda Belang?

Satu ketika, di petang yang damai, diselangi dengan angin sepoi-sepoi bahasa (bahasa melayu pun ok). Anakku, 'Uzma Jamila teliti+tekun+bersungguh-sungguh bermain dengan sesuatu. Ku cuba amati apa yang dimainkan. Benda tajam ke? Benda makan yang terjatuh ke? selalunya tudung botol susunya dah cukup menggembirakan hatinya yang gundah. Lepas tu bertukar pada gitar kecik pemberian mak ngah nya. Pandanganku terhalang kerna baby ku membelakangkan ku. Rasa nak bergerak ke arahnya, sungguh berat ku rasakan. Yela, hasil penangan angin+suasana petang. Aduh,,akhirnya ku kena bergerak juga kerna baby ku cuba memasukkan ke dalam mulutnya. Alih2 ini yang ku dapat...................
...
....
.....
......
......
.......
.........
...........





alahai zirafah. Ramai kawan2 ku yang datang berziarah mengatakan ianya kuda belang. Tapi kan, agak2 rakan blogger OmOt sekalian, zirafah ke atau kuda belang? Cuba perhati tengok..

Saturday, April 2, 2011

Pagi Ahad Tak Tidur?

Dapat layangan emel ni sebentar td dari Che' Mad Habuna..cmner ye??niat nk join tp kna balik Jawi..adus..
---Tarikh 3/4/2011
Masa: 8:00am
Tempat: Mengkuang Dam
Program: Seperti biasa Jogging, jalan jalan, lari lari anak dan bincang2.


Dengan ini dijemput semua untuk bersama dengan program tersebut di atas, dah lama kita tak jogging.
Pergi depan cermin, pandang susuk tubuh masing-masing dari atas sampai bawah, mula dari pandangan hadapan (Muka) kamudian pandang sisi, sama juga dari atas sampai ke bawah, perhatikan kat bahagian mana susuk tubuh kita yang kita nak banggakan. Ada ke?. Tepuk dada tanya selera. sendiri punya tubuh sendiri mau tau le!
Okay kita jumpa disana.
Thanks.----

Kenapa Pagi Ahad Tak Tidur? kerna ianya PATT
Dan, 
kenapa pula IKRAM Sihat Pagi Ahad?kerna ianya ISPA..

Friday, April 1, 2011

Aktiviti Sekitar Pulau Pinang - April 2011

SaLam,
Dimaklumkan berita di sekitar Pulau Pinang pada April 2011 ini.

1. Sambutan Sedekad Bersama An-Nahdhoh
Di Yayasan An-Nahdhoh, Kg. Petani, Kubang Semang, Pulau Pinang.
Tarikh: 2 - 3 April 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.30am - 12.00 tengah malam
Antara aktiviti menarik:
a. Kuliah Perdana Bersama Ustaz Hj Abdul Mutalib Hj Maarof (2/4/2011 -> 830am-1100am)
b. Nostalgia Forum Perdana Bersama YBHG Prof Dato' Harun Din dan YBHG Dato' Ismail Kamus (3/4/2011 -> 900pm-1200am)


2. Malam Perdana FAP - Pelancaran Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang
Dirasmikan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak
Di Hotel Equatorial, P.Pinang.
Tarikh: 2 April 2011 (Sabtu)
Masa: 7.30 malam

3. Bazar Buku Pulau Pinang
Anjuran Bersama BTPN Pulau Pinang, JPN, PPDU, PPAPP, PPSSPP dan Syarikat Adam.
Bertempat di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tarikh: 4 April 2011 - 10 April 2011
Masa: 10.00pagi - 9.30malam
Diskaun sehingga 70%

Mana yang berkelapangan, boleh hadir.