...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Sunday, May 22, 2011

Sukan TAR 2011

Sukan Tadika Amal Rintis telah sinonim dalam diri ku sejak 3 tahun yg lalu. Dan, pada ketiga-tiga tahun tersebut ku telah berjaya menceburkan dalam perancangan, perlaksanaan dan penamat dalam setiap edisi sukan TAR. Pada tahun 2011 ini, pihak Tadika mengadakan pada kelmarin, 21 Mei 2011 di SK Sri Impian, Guar Perahu. Kehadiran ku seawal jam 7.15am, sedikit sebanyak membantu para guru tadika menyiapkan 'sentuhan tangan' terakhir terhadap semua persiapan yang diperlukan. 
Antara gerai2 jualan
Perasmian pada 8.15am oleh akh Ust.Rozee selaku TYDP IKRAM SPT dan sukan bermula dengan tiupan wisel sebanyak 3 kali diselangi dengan laungan kesukanan oleh anak2 TAR.
Guru Besar TAR, Perasmi dan Pengiring
 Seterusnya sukan bermula. Rasanya hampir 10 jenis sukan yang dipertandingkan di kalangan pelajar Tadika. Tugas ku sebagai runner bagi mendapatkan markah di Track A dan Track B dan seterusnya mengemaskini bersama Deejay bertugas. 
Deejay (berbaju putih)
Jam 10.15am, hujan turun agak lebat tapi Allah Maha Berkuasa. Hujan   berlalu hanya selepas 10 minit dan sukan berlangsung semula. Lompat Kangaroo, Bina Perkataan antara sukan dipertandingkan. Para pelajar bersemangat menyelesaikan setiap tugasan dalam setiap acara. 
Guru dan Para pelajar TAR
Acara untuk ibu bapa juga diadakan. Ada 5 acara diadakan, antaranya Ini Modelku, Cari Benda Tersembunyi, Kupas Buah Nanas dan acara kemuncak iaitu Tarik Tali antara ibubapa dan team IKRAM (suami guru TAR, AJK IKRAMSPT, ALP Tadika). Acara kemuncak ini dimenangi pasukan ibubapa. Adakah kerna semua petugas sukan ini kepenatan?hehe
Acara IbuBapa
Alhamdulillah, jam 12.15pm penyampaian hadiah berlangsung.
Hadiah..Pasukan mana yang menang? Biru? Merah? Kuning?
 Dan dengan tidak disangka nama ku diumumkan. Kenapa? Tugasku yang lari ke sana ke sini rupanya sebagai Ketua Hakim. Alhamdulillah...Semoga Tadika Amal Rintis terus berjaya mendidik, membina dan menterjemah para pelajarnya dalam masyarakat secara umumnya. Tahniah semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..
Entri seterusnya kita perhatikan apa ada dengan RM800 dan RM80..
Amir Ruddin dengan jualannya. Mendapat sambutan hangat

Friday, May 20, 2011

wanita = ibu..

Kelmarin, ada kawan sekerja share satu story. Begini kisahnya...

"Hari ni permulaan hari ku agak serabut. Bukan apa, aku sampai umah ja malam tadi, adik ku menyampaikan yang ibu ku 'diterjah' dengan perlakuan yang tidak sepatutnya terjadi kerna ianya berpunca daripada orang lain. Aku baru ja kuar dari rumah tak sampai 2 jam, dah jadi hal. Kalau aku dah pindah keluar nanti, lagi haru-biru jadinya. Apa yang jadi? kak ngah tadi bertanya soalan yang bukan2 kat ibu. Ibu baru habis program, sampai ja umah dah kena tanya bukan2. Yela, kerja yang orang lain buat tu memang kerja dia. Kenapa nak argue pula? Kerja cikgu, ajar masyarakat. Kerja tukang sapu sampah, bersihkan persekitaran. Kalau orang argue kerja kita pula cmna rasa? Adik ku rasa ingin sahaja membela ibu tapi dia sedar statusnya sebagai adik. Selang x sampai setengah jam ibu ku 'didatangi' pula tujahan kedua. Kali ni berpunca arahan yang diterima agar membersihkan persekitaran rumah. Adik ku bercerita dengan penuh sedih yang x habis lagi yang abang tam buat la kerja tu sorang2. Tak de sapa yang tolong pagi tu. Ibu dan kak chik memasak di dapur. Masa yang diluangkan hanya sejam cukup bermakna pabila hampir separuh bahagian rumah dibersihkan dan disusun setempat agar senang dinampak jika ada orang mencari. Ibu disalahkan kerna tidak menyelia kerja yang dilakukan abg tam. Ibu pasrah dan hanya diam kerna jika api berbalas api, maka semakin marak jadinya. Kesian ibu. Dengan penuh sayu, beliau melihat ke arah adik dari jauh. ish, rasa macam nak ajak ibu kuar sebentar meredakan sedih nya. Aku pun apa lagi, esok aku terus bertanya pada ibu dengan apa yg terjadi. Ibu yang memahami perangai ku bagaimana hanya menjawab tiada apa yang berlaku. Semua boleh dikawal lagi. Tapi aku tau ibu ku macam mana. Apa yg perlu aku buat, Man?"

Alu terkesima. Tak sangka kawan ku akan berkongsi cerita sebegini dengan ku. Hanya dengan program yang kami hadiri bersama, membuatkan dia bersedia berkongsi. Aku memberi pandangan, dalam hal ni kita kena sedar statsu kita bagaimana. Kita berhak terus menggembirakan hati ibu kita selagi ada hayat. Kita kena berterusan agar adab2 dengan ibu kita terpelihara. Kita kena sering berdoa agar ibu kita terus dikuatkan dalam menghadapai semua dugaan. Dan, paling penting yakin dengan setiap ketentuan Allah SWT yang mengatur semua ini, Tentu ada hikmah di sebalik kejadian."Terima kasih. Moga kita akan terus bersahabat", kata kawan ku mengakhiri perbualan...

Tuesday, May 17, 2011

Ta'arif.. apa tu?

Ahad lepas, 15 Mei di Pejabat IKRAM P.Pinang, berlangsung Program Ta'arif anjuran Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah. Bermula seawal 10.30am, seusai qiyamulail gabungan, daerah SPT dan SPU di MAsjid Nyior Sebatang. Objektif utama diadakan adalah mendapatkan mad'u bagi menempatkan mereka dalam halaqah. Agak menarik, seramai 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan pilihan te4lah hadir untuk bersama2 program kali ini. Dan, pada malam ini (17/5) jam 9pm, perjumpaan pertama kumpulan lelaki akan diadakan di sekitar Parit Buntar bagi meraikan sahabat di sana. Doakan kami berjaya mencapai 1200 orang mad'u baru menjelang hujungn 2011 kelak..~
Manusia lay-car(LEKA)..Moga kita dijauhkan dari marabahaya ini..

Saturday, May 14, 2011

Press Statement


Kenyataan Media
Unit Belia Jawatankuasa Pemuda
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
12 Mei 2011


BELIA TONGGAK PERUBAHAN


Bersempena dengan Hari Belia 2011, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru agar reformasi dan pengupayaan belia secara menyeluruh dilaksanakan. Kita menyarankan agar langkah ini bermula dari belia itu sendiri, masyarakat, sektor swasta dan seterusnya kerajaan.

Hari ini, pelbagai kemelut melanda masyarakat khususnya golongan belia. Keadaan ini menggambarkan golongan belia seolah-olah tidak bersedia untuk memimpin dan menerajui negara pada masa hadapan.

Satu statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menunjukkan, jumlah belia yang layak mengundi ialah 7.9 juta orang. Namun, jumlah belia yang mendaftar dengan SPR hanyalah sekitar 4.17 juta orang sahaja. Hal ini bermakna 47 peratus belia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Berdasarkan statistik tersebut, hampir separuh daripada golongan belia tidak mengambil endah dan enggan terlibat dalam proses demokrasi. Kerajaan yang akan terpilih pula bukanlah mendapat mandat sebenar rakyat, apabila sebilangan besar rakyat khususnya belia, tidak melibatkan diri dalam kepimpinan masyarakat dan proses pemilihan kepimpinan.

Selain itu, masyarakat kini semakin dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, sehingga menyebabkan mereka, khususnya golongan belia yang baru memulakan kehidupan terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan asas seperti rumah dan kenderaan. Kemelut ini tambah merumitkan apabila golongan belia turut dilalaikan dengan hiburan yang melampau dan membawa minda mereka jauh daripada memikirkan perkara-perkara serius dan isu yang lebih mendasar.

Akibat bebanan hidup, hutang isi rumah yang tinggi dan kelekaan hiburan yang berlebihan, akhirnya masyarakat dan golongan belia khususnya akan menjadi masyarakat yang individualistik dan tidak lagi berpegang kepada nilai-nilai Islam dan moral. Sebagai contoh, kesannya dapat dilihat melalui gejala pembuangan bayi, kelahiran anak yang tidak sah taraf, yang kini menjangkau ratusan ribu. Begitu juga gejala dadah, jenayah dan mungkar yang pastinya, sebilangan besar melibatkan golongan belia.


Justeru, IKRAM menyeru agar:

1. Belia-belia di negara ini mula bangkit melakukan perubahan diri, mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh keikhlasan, bersegera mendalami ilmu-ilmu yang bermanfaat, mempunyai tasawwur islami yang jelas, beriltizam dengan amal kebajikan seterusnya terlibat bersama masyarakat serta memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat.

2. Masyarakat dan institusinya memberikan ruang dan kepercayaan kepada belia untuk terlibat sama dalam kepimpinan serta aktiviti yang positif, dan perlu bersifat mesra kepada golongan muda, belia dan remaja.

3. Sektor swasta lebih komited dengan isu pembangunan jati diri belia. Sektor swasta turut disaran agar tidak menggadaikan masa depan negara, dengan mengeksploitasi golongan muda dengan budaya yang menggalakkan perzinaan, perjudian dan yang merosakkan, yang mana ia bukan dari ajaran Islam atau mana-mana agama lain.

4. Kerajaan memberikan pengupayaan kepada belia, dengan menerapkan nilai yang sihat dalam ekonomi. Antara isu utama dalam ekonomi Malaysia adalah monopoli syarikat gergasi. Hal ini perlu ditangani sebaiknya, supaya lebih banyak perniagaan dapat disuburkan, dan lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan untuk belia yang baru memulakan kehidupan. Kerajaan, dengan kuasa yang ada juga, mampu menggesa institusi perbankan dan institusi pembangunan usahawan memberikan sedikit kelonggaran serta komitmen yang tinggi dalam membantu usahawan muda, agar lebih ramai lagi golongan belia dapat berdikari dan menyumbang kepada ekonomi negara.

5. Kerajaan menerusi institusi-institusi yang ada mengawal hiburan yang melampau yang berunsur tahyul, lucah dan anti-agama, yang menghakis nilai dan jati diri belia, supaya belia hari ini dapat diupayakan sebagai pemimpin masa depan, dan membawa perubahan kepada negara ke arah yang lebih gemilang.


Norazmi Mat Noh
Pengerusi Unit Belia
Jawatankuasa Pemuda IKRAM Pusat

Friday, May 13, 2011

Akhirnya..

Minggu lepas, isteri ku ada meluahkan, katanya nk menulis berkenaan kisah bonda nya yg terlantar di hospital sehingga pemergian Allahyarhamah Pn. Haridah Bt. Kassim pada 2 Mei yg lalu. Masuk bilik, ku lihat laptop masih terpasang sedangkan isteri ku dh terlena. Ku lihat isteriku ada mengarang sedikit menggunakan Ms Word. Ku juga terlihat blog Friendster nya. Aku edit skit dan publish dalam blog fenster nya. Tak sangka, berbakat juga isteri ku ini. Dan, ini hasil nukilannya...
"Pada 2 May 2011 yang lalu berlakunya peristiwa yang mana aku & ahli keluarga pun x dapat menerima kenyataan yang bonda tersayang Pn. Haridah Binti Kassim telah pergi meninggalkan kami setelah 5bln dirinya terlantar di hospital akibat jangkitan pd bahagian kakinya, pemergiannya amatlah dirasai..
Jam 9 pagi pada hari Sabtu, aku telah menghubungi Along bagi bertanyakan keadaan bonda ku, katanya bonda ku kelihatan seperti tidak bermaya sehinggakan hendak mngangkat tangan pun dia tak berupaya, masa tu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku mngenangkan keadaannya, Aku mgambil keputusan untuk mgajak suami ku pergi ke hospital. Naik saja anak tangga, aku tenampak yg bondaku terbaring. Sambil merapatinya aku mengusap rambut & tangannya. Namun dia tidak mbuka mata tapi badannya terasa sejuk.. lalu aku terus memanggil bonda ku, ketika itu bonda ku menganggukkan kpalanya. Aku memujuk dia mbuka mata bagi melihat akan khadiran aku, dia mmandang aku dngan pandangan mata kuyu. Aku perasan akan perubahan yg terjadi pada ibu ku. Bola matanya tidak lagi berwarna putih tapi kkuningan. Ya Allah.. berderai air mata ku ketika itu. Aku mmberitahu suami ku bahawa aku ingin mndgar pnjelasan doktor tentang keadaannya. Lalu aku pun berjalan mnuju ke meja jururawat. Pada masa itu ada seorg doktor yg bertugas. Aku bertanyakan kpd doktor itu ” doktor, tumpang tanya skejap. Mak saya Pn. Haridah ada wat dressing ka ari ni?” doktor itu memandang ke arah aku dengan pandangan yg semacam, “ya..” dia mnjwab ringkas.. “Bleh saya tahu ubat apa yg doktor berikan kpd mak saya, sbb dia nampak mcm tak sedarkan diri, saya takut trlebih ubat. sbb seblm ini emak saya pernah diberi terlbih suntikan..” doktor mnjawab kami ada bagi ubat tahan sakit tapi itu pn stelah psakit mrasa sakit atau meminta baru kami bagi”. ” Tapi knapa muka dia & bola matanya nampak kuning?’ Lalu doktor itu pun myuruh nurse yg brtugas pergi mlihat keadaan bonda ku sambil diikuti olehnya dr blakang. Sesampainya dia di katil bonda ku dia mmanggil2 nama ibu ku, kemudian aku bertanya lg, “nape emak ku klihatan sperti tidak sedarkan diri”. Doktor itu bkata, ”Psakit yg slalu ditinggalkan keseorangan memang slalu bgini, sbb makcik jarang ditemani oleh anak2 & suami dia pun lama2 skali baru mai”.. Masa tu hanya Allah yg tahu btapa geramnya aku mndgar akan kta2 doktor tu. Dngan perasaan yg agak kcewa dan geram aku trus mnjawab, “doktor, sapa yg tak ambil pduli akan emak saya? Mak saya start sakit dr blan 12 thun lpas & msa tu saya tak bkerja. Stiap siang & malam saya tmankan dia, dan skarang saya baru start bkerja. Bkannya kami tak pdulikan emak kami, saya slalu btanyakan pkembangan emak saya mlalui bapa saya.” Kmudian aku btanya lg………….."
Insya-Allah, aku akan terus menyokong dari belakang. Mana tahu, giliran aku pula nanti..Sama2 kita berdoa..


Friday, May 6, 2011

Kenapa Menyepi??

Ramai kalangan blogger bertanyakan, "apa jadi OmOt, senyap je? xdan (x sempat) nk tulih ke? share la sket..". Rasa banyak sangat kerja perlu dilakukan sehinggakan laptop kesayangan dibiarkan sepi, ceritera dibiarkan memberatkan otak, tangan dilakukan untuk kerja2 yang lebih berat. Kali ni, walau pun dan hampir menginjak ke jam 2am, OmOt gagahkan diri juga menulis, mencoret atau mengarang apa yang terjadi sebenarnya dalam 3,4 hari ni.
1 Mei 2011 -  Menyertai Kejohanan Futsal inter-Department. Sebagai AJK, banyak persiapan perlu dilakukan. Seawal jam 7.15am, dah terpacak kat Sport Centre Futsal, Mak Mandin. Kejohanan berakhir jam 2pm dan team OmOt (Pelita Jaya Fc) mewakili Bahagian OilMills mendapat tempat ke-6 daripada 9 pasukan dengan kutipan 11 mata daripada 8 perlawanan. Peningkatan yang agak baik dari tahun lepas.huhu
1 Mei (4-8pm) - Berada di Hospital Sungai Bakap, menemani Mak Mentua Pn.Haridah yang terlantar hampir 3 minggu. Keadaan agak tenat ketika kami tiba dan beransur pulih setelah dilap badan dan kepala.
1 Mei (9-10.30pm) - Membeli-belah sedikit barangan untuk dibawa berkelah pada keesokan hari. Dapat sms mengatakan,"Mak dah agak tenat." Bergegas pula ke Hospital Sungai Bakap (HSB).
1 Mei (11pm) - Sampai di HSB. Memang betul, keadaan mak mentua (panggilan mak) agak tenat. Meminta untuk diturunkan dari katil sedangkan kudrat membataskan pergerakan beliau. Tidak lama, keadaan bertambah teruk. Oksigen terpaksa dipasangkan dan mesin denyutan nadi juga disambungkan.
1 Mei (1130pm) - Satu lagi mesin dipasangkan bagi menyokong mesin sedia ada.
2 Mei (12.15am) - Mesin keempat dipasang. Keadaan Mak bertambah lemah. Nurse bertugas mengarahkan semua orang tunggu di luar kerna khuatir mengganggu pesakit lain. Tinggal bapa, kak long, isteriku dan Huzaid menunggu sebagai ahli keluarga.

2 Mei (1.05am) - Tiada kedengaran bunyi dari mesin yang dipasang. Bapa keluar dan akhirnya menangis di bahu PakNgah dan mengatakan Mak telah tiada. Ya Allah, luruhnya hatiku mendengarnya. Rasa teringin saja masuk ke wad. Banyak hal lagi perlu aku berkongsi dengan Mak. Banyak lagi perkara perlu ku kenang ketika bersama dengan Mak. Walaupun aku baru bersama keluarga Mak pada 31 Mei 2009, aku dah rasa begitu rapat dengan Mak. Dalam keadaaan Mak yang sakit, masih lagi mampu berdiri untuk memasak dan setiap masakan menjadi idaman setiap ahli keluarga. Jika ini yang terbaik buat Mak, aku harapkan pemergian Mak beroleh ketenangan dan keredhaan dari Allah SWT.
Banyak lagi perlu ku coretkan. Mungkin di lain lembaran. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu. Setelah sekian lama Mak menanggung derita, Mak pergi dengan penuh ketenangan. Moga segala tindak-tanduk, kata2 dan apa jua perbuatan kami terampun. Ameen....~