...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Saturday, June 25, 2011

Jom Riadah Futsal-4

 fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe

Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..

Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada Defender Terbaek (berbaju hijau) di situ..

Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah...

Saturday, June 18, 2011

Walimatul-urus sekitar Cuti Sekolah

 Sepanjang cuti sekolah yang lalu, minat ku terhadap kenduri teruji sekali lagi. Semua jemputan ku penuhi. Kediaman ku sekarang berstatus taman, so agak kurang jemputan kenduri yang diterima berbanding di rumah dahulu berstatus kuarters di kawasan kampung. 

Eddie dan Adilah, rakan sekerja ku di Soon Soon Group. Kenduri di Taman Bersih, P.Pinang

Nurul, sepupu isteriku merangkap sepupu ku jua.. :)  Kenduri di Taman Desa Jana, Taiping

Lawyer Akmal, baru berkenalan bulan lalu. Kenduri di Cheruk To'Kun, P.Pinang

Firdaus, anak rakan ku. Bersama isteri tercinta. Kenduri di Kondo Mutiara, Perda, P.Pinang

Syukur dan alhamdulillah kepada semua rakan seangkatanku, sepupu dan juga anak rakan seperjuangan ku. Moga apa jua urusan kalian dipermudahkan oleh Allah SWT dan hubungan berkekalan ke akhir hayat. Ameen~

Thursday, June 16, 2011

Ron97 turun sekupang - 16/6/2011

RON97 price dropped by 10 sen to RM2.80 per liter



For the first time since RON97 was put on a ‘controlled market float’ in July last year, the price of the higher octane fuel has been reduced by 10 sen from RM2.90 per liter to RM2.80 per liter. The last change was on the 5th of May, where it was hiked 20 sen. The ‘mainstream’ RON95 fuel remains at RM1.90 per liter, while both petroleum diesel and B5 biodiesel (currently only available in Putrajaya) are sold at RM1.80 per liter.

Sunday, June 12, 2011

Pejabat Baru? Pindah?

Pada 4 Jun yang lalu, gotong-royong Pindah Pejabat Baru IKRAM P.Pinang. Bermula seawal jam 9.00 pagi, ramai yang hadir dari sekitar ceruk di Pulau Pinang dalam melaksanakan misi yang insya-Allah akan merubah gerak kerja Pertubuhan IKRAM P.Pinang khususnya. Sedikit gambar menceritakan aktiviti yang dijalankan..

Di Pejabat Baru

 Ruang Tandas dan Mengambil Wudhu'

 Seusai 'berkemas'. Santapan disediakan. Kelihatan YDP IKRAMPP IR Jamaludin berbaju maroon, berkaca mata

Para Beliawan yang hadir

Ceria nampak. Dah makan ke? Group Belia 2..

Bila free, ingat nak pi jenguk ofis baru ni. Ada perkembangan, nanti akan di'update'.
Tahniah pada Team Bola Sepak Terengganu atas kemenangan kali kedua pada Piala FA semalam. Satu family sokong Ganu doh..hehe

Kelab Taat Suami

KENYATAAN MEDIA

WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA

10 Jun 2011 bersamaan 8 Rejab 1432 H

KETAATAN ISTERI KEPADA SUAMI BUKAN KETAATAN YANG MEMBUTA TULI

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan baru-baru ini. Pada dasarnya sebagai pertubuhan dakwah, dan kebajikan yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat, Wanita IKRAM mengalu-alukan usaha pelbagai pihak termasuk Kelab ini yang ingin mendatangkan kebaikan kepada masyarakat. Namun Wanita IKRAM begitu kesal dengan kenyataan Dr. Rohaya Mohamad, Naib Presiden kelab tersebut yang mengumpamakan isteri sebagai objek seks dan perlu menjadi pekerja seks bagi suami sebagai tanda ketaatan kepada suami disamping mengelakkan suami daripada berlakucurang. Dalam majlis pelancaran itu juga, Dr Rohaya dilaporkan sebagai berkata isteri harus baik dan taat kepada suami walaupun didera sebagai tanda ketaatan kepada suami.

Kenyataan seperti ini sebenarnya tidak tepat, menghina dan merendahkan martabat wanita serta boleh mengakibatkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap kedudukan dan peranan sebenar wanita sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 juga menunjukkan faktor utama perceraian ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan, tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.

Wanita IKRAM  ingin menegaskan bahawa:

1.         Ajaran Islam selaku sistem hidup yang lengkap, adil dan menyeluruh serta rahmat bagi sekalian alam telah memartabatkan wanita sebagai rakan kongsi lelaki yang mempunyai hak-hak yang sama walaupun mungkin berbeza peranan dalam pelbagai bidang kehidupan baik dari sudut individu, berkeluarga dan kehidupan bermasyarakat.

2.         Ketaatan wanita kepada suaminya adalah dalam rangka dan batasan ketaatan kepada Allah. Ini bukanlah suatu ketaatan membuta tuli sehingga merelakan segala perbuatan suami walaupun ternyata suami telah berbuat kedurhakaan terhadap Allah. Rasulullah SAW bersabda “Tiada ketaatan dalam kemaksiatan kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara makruf” (Sahih Bukhari dan Muslim).

Peringatan Allah dalam surah An Nisa 4:34 wajar menjadi ingatan bagi kita semua

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

3.         Meletakkan kesalahan semata-mata kepada isteri dalam memberikan layanan seksual kepada suami sebagai punca lelaki berlaku curang adalah satu pandangan yang amat dangkal. Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati tiada persefahaman, tidak bertanggungjawab, masalah akhlak dan sosial, masalah ekonomi dan masalah seksual adalah punca utama perceraian di kalangan pasangan Islam. Kajian dibuat syarikat Pfizer pada tahun 2008 pula menunjukkan 62 peratus lelaki dan 73 peratus wanita di negara ini yang tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka. Dengan itu, kepentingan untuk para suami menjalankan peranan mereka dengan sempurna dan memberikan perhatian yang lebih teliti dalam memenuhi keperluan lahir dan batin isteri mereka juga perlu ditekankan.

4.         Wanita IKRAM menerima dan menyedari bahawa poligami dibenarkan dalam Islam sebagai satu institusi yang mempunyai pelbagai hikmah dan kebaikan sekiranya dijalankan dengan betul berlandaskan syarat yang digariskan syara’ dalam semua peringkat perlaksanaannya. Persepsi masyarakat perlu diperbetulkan selain pengamal poligami terutama golongan lelaki perlu mendapat pendidikan dan latihan sebelum mengamalkannya.

5.         Semua pihak lelaki dan wanita, suami dan isteri haruslah kembali berpegang dan mengamalkan ajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadisnya yang masyhur; “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” ( Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Al Quran menunjukkan kita “ Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” At Taubah 9:71

Semoga dengan ini kita dapat membetulkan persepsi kita tentang peranan wanita dalam Islam  disamping memperbaiki kehidupan berkeluarga dalam usaha kita untuk mempertahankan institusi keluarga ini sebagai unit asas dalam pembinaan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.


Datin Paduka Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
019- 322 6800

Saturday, June 4, 2011

Banyak sungguh ceritera sehampir sepurnama tidak mengemaskini blog Omaq Otai ni. Dalam fon sendiri yang dibeli sejak 3bulan yang lalu pun dah penuh dgn gambar. Yela, internal memory saja dah 8gb..Bila la nk letak dalam blog ni..Tunggu malam ni, cuba masukkan beberapa entri berkenaan gambar yang diambil.
                                      
Sekarang ni nak cerita dulu perihal diriku yang pabila rakan blogger sekalian tengok kat tagline atas nu, mahligai kaca intan permata ku dah mencecah 2 tahun pada 31 Mei 2011 yang lalu bersama isteri tersayang, Siti Juliana. Nak dijadikan cerita, pada kali ini hari berbahgia ku ini jatuh pada hari Selasa. Hari yang pada malamnya agak renggang bagiku. Kenapa begini? Nak cerita ke? mMm..
Isnin; (6pm:Kelas Talaqqi Al-Qur'an, 8pm:Kelas Bahasa Arab, 9pm:Halaqah)..Selasa; (8-9pm:Tuisyen)..Rabu; (6pm:Futsal, 8pm:Tuisyen, 930pm:Halaqah)..Khamis; (930pm-12am:Halaqah..) so, tu la rutin ku seharian..Time muda camni la nak pulun 'bercucuk-tanam'. Maka, lepas tuisyen balik umah jap amik my wife and my baby. Cian kat baby, dah la batuk, demam+selsema pula tu..Complete package..Tempat sasaran, memula saja je ku menuju ke Perda. Masa nak sampai tu, dok tnnya la nak pi tempat camna..Privacy? Indoor ke Outdoor? Lalu kot Route 69, kat sini je la..my wife kata ramai orang la..ok, kita pi tempat lain. Sampai je kat Damiral Grill, terus stop. My Wife tersenyum. Pandai pilih tempat..hehe
Maka, bertiga lah kami menjamu selera dengan beberapa menu sempena anniversary. Last year, makan juga.Tak sempat nak bagi hadiah..Kali ni, mungkin makan je kot..Rasanya ini pun dah cukup untuk diingati..Sebelum menu utama tiba, kami dijamu dengan kopok (macam corntoz) dengan mayonis. Ku tanya pada waiter, ni menu apa? Dia kata sementara makanan nak sampai, boleh makan dulu. So, apa lagi. Doa dibaca, maka makan je la. Menu utama dah sampai, maka makan la dgn penuh hati2 bak putera raja dengan puteri raja. Hampir sejam berlalu, minta bil kat pelayan. Rupanya kopok corntoz tadi kena caj daa..RM3 pula tu..huhu Takpe, hari bahgia punya pasal, semuanya ok..Macam orang tengah bercinta pula..lalala..
                                          
ok la, nak bersiap utk join mengemas perpindahan ofis lama ke ofis baru. Ofis apa tu? Ofis Pertubuhan IKRAM P.Pinang daripada Samagagah ke Taman Kelasah, tepi Hospital Seberang Jaya. Then nk g kenduri Ofismate. Terus g umah P.ngah kat Selama, my wife kena sediakan hantaran utk kenduri di Taiping esok ni..AssaLam..~