...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Sunday, September 25, 2011

Apa ada pada Syawal? Episod akhir...

Sambungan daripada Episod 1....~


4Syawal->ari Jumaat, ari kenduri adik ku, Nurul Asmaa'..Seawal 9.30am ku dan family dah ada kat Dewan MPSP, Bertam. Kenapa? Dah kena lantik jadi Floor Manager, so tu la tugasnya. Sampai je, catering dah susun meja dan kerusi. Minta bos catering adjust untuk 2 meja VIP. Semuanya berjalan lancar dan tetamu yang hadir juga ramai. Alhamdulillah, makanan ada lebih sikit. Persembahan DJ, Hafiz Bai juga antara yang terbaik. Lagu bertemakan selawat dijadikan alunan halwa. Seusai 6.30pm, majlis selesai. So, rush mengemas apa yang patut. Balik umah mandi semua, terus pi umah tok chah. Lepak sana, buka hadiah dll. Dalam jam 11pm, balik mai seberang jaya coz esok awal pagi nak pi Kelate pula...




5syawal->Plan asal, 5am bertolak ke Kelate. Ada urusan tertunda dan biasanya itulah yang akan terjadi bila ramai2 macam ni. Jam menunjukkan angka 11am, maka bertolak la kami. Ada 3 kereta dan semuanya menggunakan pelekat KADI 1(MyVi Asmaa'-Abah,Umi,Asmaa'&Azrin), KADI2(Angah Mat dan keluarga mentua) dan KADI3(Kereta ku-sekeluarga). Dalam perjalanan, semuanya bergerak lancar. Lepas je Bukit Bunga, keadaan trafik sesak teruk. BLM ku digunakan untuk men'cilok' dan akhirnya terlepas agak ke hadapan. Line clear je, ku roger KADI1 dan KADI2 untuk cilok ke sebelah kiri dan akhirnya semuanya berkonvoi semula hingga selamat sampai ke Pasir Puteh jam 6.30pm. Rehat dan makan malam. Jam 10pm je, terus gerak pi Wakaf Che Yeh. Guna GPS. Jam 1am, dah ada kat homestay. Bed Time~



6syawal->Jam 9am, geng Bas nak pi Pasar Siti Khadijah. Ku mengambil keputusan untuk berehat kerna balik lewat semalam. Dalam jam 2pm, KADI bergerak ke rumah pengantin lelaki. Lauk ala kampung dihidangkan dan ini mengangkat selera kami yang memang 'kaki ratah'. Berselera sungguh. Seusai makan dan sesi berkenalan, kami meminta diri untuk pulang. Jam pun dah menunjukkan angka 5pm. Geng Bas, KADI1, dan KADI2 balik ke Penang. KADI3 serah pada Unc.Ali dan kami sekeluarga akan bermalam di Pengkalan Chepa, rumah PakSu Aziz (adik pak mentua ku).




7syawal->Seawal 8am, kami keluar dari rumah PakSu. Terima kasih banyak2 atas layanan. PakSu keluar kerja jam 7am dan minta kami keluar lewat sikit. Lokasi pertama terus ke Pasar Siti Khadijah. Hampir 2jam kami di sana. Dalam jam 11am, kami bertolak pulang ke Penang. Juga menggunakan GPS. Yang paling best, GPS tunjuk arah jalan kampung dan hanya 40 minit perjalanan kami dah sampai di Bukit Bunga. Itu lah teknologi...


ok, sekarang dan 26 Syawal 1432H. Moga kita bertemu lagi di Syawal akan datang. Habiskan Puasa 6 Syawal anda, moga sentiasa dianugerahkan pahala oleh-Nya. Insya-Allah~

Friday, September 16, 2011

Apa ada pada Syawal? Episod 1

Saja je, dah lama tak menaip. Ini la ceritera nya..
Nak conclude dari 1 syawal hingga 7 syawal 1432H yang baru berlalu. Adakah kita akan berjumpa dgn Ramadhan dan seterusnya di tahun 1433H kelak??
1syawal->ikut giliran, akan beraya di sini, Seberang Jaya. Tapi, dah adik OmOt, Nurul Asmaa' akan walimah, maka hari ni beraya di Jawi. Boleh tahan juga dugaan. Plan dari pagi, akhirnya dekat t/hari baru dapat bergerak. Miss-communication. Terus pi umah P.chaq, sembang hal2 berkaitan, minta diri dan menuju ke rumah ke-2. Siapa ya? sahabat karib a.k.a bestfriend OmOt yang lama menghilang. Saja je nak buat suprise kat Khaizul ni. Sampai je rumahnya, dia tiada. Kata family nya, sok petang baru balik. Sembang dekat sejam lebih dan baru dapat tahu kenapa Khaizul menghilang, kami beransur dan minta sampaikan salam pada sahabat ku ini. Plan sana, plan sini dan malamnya (11.00pm) kami bertolak balik ke s.jaya setelah berkampung hampir 5 hari di rumah mentua ku. Tu pun setelah ber'bbq'. Antara menu istimewa, patin bakar...


2syawal->di Baitus-Salam. Bermula jam 10am, kami terus keluar beraya sambil 'memanggil'. Rumah 1, kawan isteri ku, Liza namanya. Bihun sup dijamu. Rumah ke-2, kawan sekerjaku Latif. Nasi himpit dihidangkan. Terus ke rumah ke-3, rumah tok Njang. Terkejut ku lihat mak ngah, makin kurus. Sembang & borak lama juga. Sejam lepas tu, beransur pulang. Apa dijamu? soto, sedap kuahnya. Rumah ke-4, sepupu pada arwah maktok Zah. Disilakan masuk tapi minta beransur kerna ada kerja lain. Setiap rumah dipersilakan datang dengan rasminya melalui kad kenduri yang diberikan. Sampai je di rumah, PakLang dan PakSu dah ada. Acara merebus telur. Solat Asar dan bertukar pakaian. So, mengambil tempat di bahagian dapur membantu ummi merebus telur dan merendam dalam air untuk disejukkan. Semuanya bermula sekitar jam 4pm dan selesai pada jam 1am. Apa yang siap? Telur dibungkus pada bunga telur dan terus dimasukkan ke goodies bag yang dah ada sejadah kecil dan apom kodok. Apa dia apom kodok tu? tanya adik ipar ku, Puan Hazriena.


3syawal->Relaks sambil perati tengok apa lagi yang tertinggal atau terlupa. Masing2 saling mengingatkan agar kenduri walimah esok berjalan lancar. Abah dan Ummi sibuk dengan kerjanya, adik2 lain sibuk dengan hal di rumah yang perlu dikemaskan juga walaupun walimah nanti akan dilangsungkan di Dewan Kompleks Sukan MPSP. Yela, raya kan. Kang ada orang mai beraya, sekurangnya ada juga kuih-muih yang boleh dijamu. Tak gitu?


bersambung...tunggu je....