...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, October 25, 2011

Satu Setengah Tahun...??

AssaLam semua, bertemu kembali setelah lama menyepi. Kali ni nak tahu sikit berkaitan SYARAT PERKAHWINAN. Ini antaranya dan secara lanjut boleh ke link Ustaz Mohd Ismail.
Intro tajuk hari ini, "Dari Jabir r.a. bersabda Nabi Muhammad s.a.w. : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia berdua-duaan dalam tempat sepi dengan seorang wanita sedang dia dengan wanita tersebut tidak memiliki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”. Riwayat Imam Ahmad.
Suka aku mendengar dialog di bawah,
Anak K: Ibu, setahun setengah saja. Dia bagi saya masa banyak tu je.
Puan M: Siapa yang bagi? Allah yang bagi ke?
Anak K: Tak la. Awek saya tu, dia bagi saya masa banyak tu je untuk masuk meminang dia.
Puan M: Kali ni betul ke? Dah banyak kali dengar kata macam ni.
Anak K: Kali ni betul dan kali ni saya kena buat juga.
Puan M: Serius? Tak nampak macam serius pun. Kalau K boleh kata macam tu, ibu pun nak letak syarat juga.
Anak K: Apa dia, ibu?
Puan M: Nak kahwin, bukan senang ya. Syarat pertama, JAGA SOLAT. Sekarang pun solat tak tentu hala. Kedua, cari PEKERJAAN TETAP. Sekarang ni pun keluar rajin, masuknya tidak pun. Ketiga, JAGA AKHLAK. Nak jadi suami ni, suami yang akan jadi contoh. Dan, suami juga yang akan bertugas sebagai nakhoda. Bukan sembarangan orang boleh kemudi nakhoda perkahwinan. Semuanya perlu dipupuk sedari usia muda. Tambahan pula, pabila nak kahwin muda ni. Kalau sambung belajar dahulu, paling kurang pun pabila keluar U dah umur 23 tahun. Kelulusan pun ada. Boleh ke ikut syarat ni?
Anak K: (Terdiam)...
Puan M: Kalau boleh ikut syarat tu semua, ibu dan ayah akan pertimbangkan. Boleh??


Anak K yang baru menjengah usia 20 tahun, terkial-kial mencari punca hidup. Buat apa pun, semuanya serba tak kena. Insya-ALlah boleh meminta pendapat pada abang dan kakak yang ada. Bak kata pujangga, "Kenikmatan Dunia ni hanya MADU yang hanya manis sementara sahaja."


Itu sahaja, sambung di lain entri..Wallahua'Lam~