Rumah yang agak besar, didiami oleh keluarga yang terdiri daripada anak2 yang sudah berkahwin dan ada yang masih bujang berstatus pelajar, bekerja dan sebagainya. Bagi yang bekerja dan sudah berumahtangga, ada tanggungjawab terhadap keluarga sendiri. Bagi yang bekerja dan masih bujang, ada komitmen terhadap hutang peribadi, kerjaya dan semua yang bersangkut-paut dengan masa depan. Bagi yang bujang dan masih belajar, perlu fokus pada pelajaran mengikut jejak abang/kakak yang dah ada peringkat tertinggi dan jika nak jadi yang terbaik perlu mengikut jejak langkah ibu dan ayah yang hampir bergelar Doktor kelak, insya-Allah..
So, siapa yang perlu bertanggungjawab dalam menjaga rumah, menjaga makan-minum anak2 yang bekerja tapi bila sampai 15hb dah tercungap2, memekak telinga terhadap perangai anak yang 'terlepas' dan 'terbabas' serta beberapa perkara yang memeningkan? siapa ya? Mesti semua dah mula mengagak siapa gerangannya..Mesti semua cuba mencari siapa yang paling 'banyak' dan 'kukuh' dari segi kewangannya yang pada hakikat empunya badan juga paling banyak menanggung aset hutang. Bukan susah nak berada dalam kelompok ramai sebegini. Masing2 jalankan peranan dan jika ada lebihan wang, sumbangkan pada keperluan rumah. Bagi yang tiada masa, membeli lauk menjadi pilihan. So, siapa yang akan beli? semestinya mereka yang ada wang atau bukan mereka2 yang cukup2 makan. Tapi, nak makan, berapa mulut perlu disuapkan? cukup ke dengan ikan seketul, sayur seciput?Fikirkan sendiri..
Jika dah berkumpul ramai, jangan la pula ada yang mengambil enteng. Kelekaan dalam ibadat wajib seharian, ditambah dengan kurangnya tanggungjawab (berat tulang, malam berjaga siang tidur) dan pada masa yang menggunakan elektrik, air, gas seolah-olah tiada batasan. Dalam erti kata lain, dah sendiri tak membayar maka tak merasa penat jerih orang yang membayar.
Jauh di lubuk hati ku berdoa agar gerangan yang dimaksudkan, yang dikatakan:
a. Kukuh dan banyak dari segi kewangannya
b. Sabar dan tabah dalam apa jua rintangan, yang penting bahtera terus dilayarkan
c. Prihatin jika ada masalah seperti tiada masa membasuh baju, tiada makanan atas meja
d. Juga prihatin jika tiba-tiba datang surat kuning/merah/biru bagi bil2 utiliti
e. Terus menggunakan kemudahan yang ada, tidak berniat berlebih-lebihan
Dan, hanya Yang Maha Membalas yakni Allah SWT berhak memberi dan menganugerahkan ganjaran setimpal dengan apa yang dilakukan. Sesungguhnya aku juga memohon agar dianugerahkan kekuatan sedemikian yang semakin hari semakin merosot melihat keadaan semasa.....
6 comments:
sekadar apa yang ada ini bagi IM, dah ok..
mmg OmOt juga bersyukur tp keadaan agak haru-biru..moga ianya berlalu baik..
rumahku syurgaku...betul3x...
salam along,
ada masalah ke rumah?
sabaq na..
amalkan solat dhuha selalu..moga keluarga kita dimurahkan rezeki..
yg penting,berbincang sama2..iA ada jln kluar..
sy doakan dari cni..:)
kun izzul,
selagi ada rumah selagi itu ia syurgaku...
saLam ateh,
smuanya under control..mmg dok sllu amalkan dhuha kerna tau keberkesanannya pd khidupan harian..xpela, moga trus dberi kekuatan..truskn brdoa ye~
Post a Comment