...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, August 16, 2011

Mental de Tuisyen..~

Tuisyen.. itu bidang baru yang cuba ku ceburi sejak 2 bulan yang lalu.. setelah acapkali mencuba untuk menjadi guru yang sebenarnya, maka ini tindakan yang ku ambil, mengajar tuisyen.. aku jadi cikgu?? ya, memang itu realitinya.. Pelawaan daripada rakan baik untuk mengajar subjek Matematik, tapi bukan matematik yang biasa tu.. Subjek ni dinamakan Mental Arithmetik.. Kesimpulannya, kaedah mengira pantas dengan hanya menggunakan sebelah tangan (untuk pengiraan nombor sa sahaja).. Takat la, ianya tidak memeningkan tapi rasanya lepas raya nanti akan memeningkan juga kerna aku akan masuk pada pengiraan puluh pula..

Dari kiri; Maisara, Sarah dan Anis..

Anak2 muridku? dari pelbagai umur tapi hanya dari satu bangsa. Daripada seorang sahaja, sekarang dah mencecah 9 orang. Nurul Natasha, 7 tahun merupakan muridku yang pertama. Anak kacukan Sarawak ini mempunyai peribadi pasang-surut tapi kesungguhan dalam Matematik membuatkan aku sering teringat telatahnya. Ariesya, 7 tahun adalah muridku yang kedua. Juga mempunyai peribadi yang sama. Tapi, perwatakan yang agak manja kadangkala aku terfikir 2 kali untuk mengerahnya menyiapkan latihan yang diberikan. Nor Maisara, 9 tahun adalah muridku yang mendahului sekarang. Sesuai dengan umurnya, Maisara meningkat dengan mendadak walaupun baru menjengah sebulan bersamaku.
Seterusnya, Danial berumur 5 tahun. Fizikalnya yang agak kecil membuatkan beliau sering jadi 'mangsa' rakan-rakannya. Tapi, aku tabik padanya. Dirinya tegas, fokus pada kerja dan paling penting Danial antara pelajarku yang meningkat mendadak. Ingatannya kuat dan sebab itulah Danial diberi peluang untuk ke kelas tahap satu dalam masa terdekat. Lagi, Sarah berumur 8 tahun. Anak kepada rakanku, juga baik padaku. Tapi, pabila dalam kelas seolah-olah tiada beza dengan di luar. Juga mempunyai emosi pasang-surut, dan yang agak memeningkan ku adalah rakannya yang lain boleh ikut 'jejaknya' jika emosinya menurun. Dan lagi, Syafiah berumur 7 tahun dan juga sepupu pada Ariesya. Yang ni, aku kena duduk tepinya baru latihannya berjalan. Agak banyak berkhayal, sekali tegur satu soalan dibuatnya. Anis, 7 tahun adalah seorang murid yang perli diasuh lebih. Dirinya tidak berupaya menangkap apa yang aku ajar dalam masa yang singkat. Aku banyak memberikan perumpamaan, sebagai contoh bila nak buat nombor 5 kena ingat tanda 'best'. Juga seorang yang agak sensitif. Hero seterusnya adalah Nafis, 7 tahun. Kelasku 2 kali seminggu tapi Nafis hanya masuk sekali. Ini kerana Nafis telribat dengan kelas BM, Tapi aku pun hairan. Ariesya dan Syafiah juga terlibat tapi boleh beri komitmen sebaiknya. Mungkin tahap penerimaan tidak sama. Nafis juga agak banyak bermain. Muridku yang terakhir, juga hero bernama Aqiel berumur 6 tahun. Baru mendaftar masuk pada awal ramadhan yang lalu. Minat dengan Matematik tetapi perwatakannya agak kasar. Aku kena lebih tumpuan padanya kerna kadang-kala dirinya di luar kawalan. Dia sedar dirinya buat salah, tapi mungkin emosi  yang belum terkawal membuatkannya begitu.
Begitulah al-kisahnya. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Moga usahaku dalam keredhaan Allah SWT.. 

Monday, August 8, 2011

"Alhamdulillah, XTVT Jom Semarak Ramadhan IKRAM SPT pada 7-Ramadhan-1432H telah berlangsung dgn baik di Darul Iman Kg Teluk, Ceruk Tok Kun dari jam 10pagi dan berakhir jam 1.00tgh. Dua program utama dlm xtvt hari ini - Menyemai Kasih dan penyerahan Bingkisan Ramadhan Fasa 3.adalah seperti yang tercatat di Fanpage IKRAM SPT.


Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan kehadiran daripada penduduk sekitar yang memberangsangkan. Daripada kanak-kanak, dewasa dan 'orang lama' yang hadir. Kelihatan Cikgu Rusli Hashim (Blogger Jendela Hati) sebagai SU IKRAM SPT dalam gambar (berkopiah putih). 

BR_IkramSPT070811 (3).jpg

YDP IKRAM SPT, Zulkarnain Ahmad menyampaikan perkongsian menarik berkaitan Menyemai Kasih di antara ibu bapa dan anak-anak. Banyak video yang dipaparkan, banyak kisah dipaparkan. Respon yang baik juga daripada anak-anak di Kg.Teluk ini. Nampaknya PEMUDA IKRAM (Ikram Junior, Ikram Teens, Ikram Youth) boleh memulakan 'tapak' di Kampung Teluk, Cheruk To'Kun, Bukit Mertajam ini.

BR_IkramSPT070811 (4).jpg

BR_IkramSPT070811 (5).jpg

Sesi soal jawab penduduk kampung bersama Guru Kaunseling SMK Bukit Mertajam.

BR_IkramSPT070811 (6).jpg

Seusainya, sesi penyerahan Bingkisan Ramadhan Fasa 3 kepada 12 penduduk yang disenaraikan oleh JKKK Kg. Teluk.

BR_IkramSPT070811 (9).jpg


 BR_IkramSPT070811 (11).jpg

Dengan bantuan JKKK Kg.Teluk, AJK Masjid Cheruk To' Kun, Para Guru daripada SMK Bukit Mertajam, JK IKRAM SPT yang terlibat dan akhirnya alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan JKKK Kg.Teluk meminta sekali lagi membuat susulan program sebegini di masa hadapan setelah mebuat tapak sedia ada. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Di akhir sesi_sumber dari FB.jpg
Bergambar di akhir sesi - sumber dari FB IKRAM SPT

Wallahua'Lam~

-- 
UMAR ISMAIL
JK Pemuda IKRAM SPT
http://bart8921.blogspot.com

Sunday, August 7, 2011

Iftar Gabungan_06082011

Alhamdulillah, iftar gabungan usrah Hj.Atan dan usrah Ust. Rozee berjaya dilaksanakan. Kehadiran OK, makanan juga OK.

Kedatangan bermula seawal 6.45 petang. Tazkirah oleh akh Hamizat Ahmad pada jam 7.00pm, mengupas ayat 183, surah al-Baqarah berkenaan PUASA.
Antara isi tazkirah adalah surah ini berunsurkan kelembutan tetapi ada penegasan puasa. Sahabat Nabi SAW menjaga makan bagi melakukan ibadat di malam hari, contohnya Fudhail Iyadh. Contoh zaman kini adalah Abu Urwah yang sentiasa menjaga qiyamulail atau solat malam.
Konsep puasa adalah MAKAN SEDIKIT agar ibadat terjaga dan setiap kali kedatangan Ramadhan perlu ada gol. Contohnya; khatam Al-qur'an, mendalami ilmu tajwid/ fiqh dan seumpamanya.

Sesi Tazkirah

Pengulas

Aktiviti diteruskan dengan berbuka puasa, saranan 3 biji kurma. Seterusnya solat Maghrib berjemaah dan seusainya terus menyambung menjamu selera yang pelbagai yang dibawa oleh setiap ahli. Program selesai jam 8.20pm kerna masing-masing akan bertarawih.

Menjamu Selera

Moga aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Insya-Allah...

Wallahua'Lam~