...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Sirah Dikaitkan dengan Bersih 3.0


Hilfu Al-Fudhul

January 7, 2006.

Pada bulan Dzulqaidah tahun ke-20 sebelum kenabian setelah selesai perang Fijar (Harbu Al-Fijar) (antara Quraisy dan Kinanah menghadapi serangan bani Qais Ailan), [1], terjadilah satu kesepakatan atau perjanjian yang dikenal dengan Hilfu Al-Fudhul atau Hilfu Al-Muthayyabin.




[1]Tentang kejadian perang ini dan keikutsertaan Rasulullah di dalamnya telah diriwayatkan ahli sirah dalam banyak kitab-kitab referensi, namun semuanya dengan riwayat yang lemah, sehingga kisahnya tidak kami (Majalah Nikah -adm-) muat.

Kesepakatan dan perjanjian ini dipelopori oleh Al-Zubeir bin Abdilmuththalib dan terjadi antara Bani Hasyim, Bani Muthalib, Bani Asad bin Abdul Uza, Bani Zuhrah dan Bani Taim di rumah Abdullah bin Jud’an Al-Taimi. Mereka bersepakat apabila mendapati orang dari penduduk Mekah atau luar Mekah yang terzhalimi, mereka akan menolongnya dan melawan orang yang menzhaliminya sampai mengembalikan hak yang dizhaliminya, saling tolong menolong dan mengembalikan hak orang yang dizhalimi dari orang yang menzhalimi. Keabsahan peristiwa ini dan keikutsertaan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam disampaikan Beliau setelah menjadi nabi dan rasul, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya dari Sahabat Abdurrahman bin Auf, beliau berkata,

�Sesungguhnya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Aku pernah menyaksikan hilf Al-Muthayyabin bersama para pamanku sewaktu aku masih kecil. Aku tak ingin memiliki onta merah dan aku membatalkannya‘�[1]

 

Dalam riwayat Al-Baihaqi dikatakan, �Aku tidak pernah menyaksikan perjanjian kesepakatan orang Quraisy kecuali Hilf Al-Muthayyabin, Aku tak ingin memiliki onta merah dan aku membatalkannya.�[2]

 

Dalam satu riwayat Al-Humaidi dikatakan, �Sesungguhnya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sungguh aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’an satu perjanjian seandainya aku diajak melakukannya dalam Islam tentu aku kabulkan.’�[3]

 

Sedangkan perincian sebab perjanjian ini diriwayatkan Ibnu Katsir tanpa sanad dan Ibnu Sa’ad dari Al-Waqidi sehingga riwayat ini lemah. Dikisahkan bahwa sebab perjanjian ini adalah seorang dari daerah Zabid datang ke Mekah membawa barang dagangannya, lalu dibeli Al-Ash bin Wa’il Al-Sahmi tokoh terkemuka Quraisy. Kemudian Al-Ash tidak membayarnya. Orang tersebut meminta bantuan Ahlaf yaitu Bani Abdiddar, Makhzum, Jumah, dan Sahm, namun mereka menolak membantunya mendesak Al-Ash, sebaliknya malah menghardiknya. Ketika orang Zabid ini melihat gelagat jelek, maka ia naik ke Jabal Abu Qubais ketika matahari terbit dan waktu itu bangsa Quraisy sedang berkumpul di sekitar Ka’bah. Lalu ia berteriak sekuatnya,

Wahai anak turunan Fihr ada barang dagangan yang terzhalimi

Di lembah Mekah dari orang yang datang dari jauh dan akan pergi

Dalam keadaan berihram, kusut masai belum selesai melaksanakan umrah

Wahai para tokoh yang berada di antara hajar aswad dengan Hajar Aswad

Sungguh tanah suci hanya pantas untuk orang yang sempurna akhlaknya

Dan tanah suci tidak pantas dihuni oleh orang yang fajir dan pengkhianat

 

Lalu bangkitlah Al-Zubeir bin AbdilMutthalib dan berkata, �Apakah orang seperti ini dibiarkan?� Lalu kaum Quraisy, Bani Zuhrah dan Taimi berkumpul di rumah Abdullah bin Jud’an membuat perjanjian kesepakatan pada bulan Dzulqaidah untuk bersatu membantu orang yang dizhalimi melawan orang yang zhalim sampai

 ia mengembalikan haknya. Maka kaum Quraisy menamakan perjanjian ini Hilf Al-Fudhul. Kemudian mereka berangkat menemui Al-Ash bin Wail lalu meminta barang dagangan orang Zabidi tersebut, kemudian Al-Ash pun menyerahkannya kepada orang

 tersebut.

 

FAEDAH KISAH INI

1.   Apabila para ahli jahiliyah menolak kezhaliman karena faktor fitrah mereka maka tentunya kaum muslimin lebih pantas lagi menolaknya, namun harus karena faktor akidah, sebab Islam sangat memerintahkan umatnya untuk tidak zhalim.

2.   Peran Al-Zubair dalam kisah ini menunjukkan tingkat kehormatan tokoh keluarga Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan keutamaan mereka atas yang lainnya.

3.   Kerusakan yang tersebar dalam satu tatanan sosial atau masyarakat tidak berarti hilangnya seluruh kebaikan dan keluhuran budi pekerti, sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, �Sesungguhnya aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.�[4]

4.   Kisah ini menunjukkan bahwa Islam membenarkan upaya membela orang yang terzhalimi dan menahan orang berbuat zhalim. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabdanya,�Tolonglah saudaramu yang berbuat zhalim dan yang dizhalimi.� Mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, demikian kita menolong orang yang dizhalimi, lalu bagaimana kita menolong yang berbuat zhalim?’ Beliau menjawab, ‘Menahannya (berbuat zhalim)’�.

 

Majalah Nikah Vol4 No9, Desember 2005




[1]Hadits ini disahihkan Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiq beliau pada Musnad Ahmad bin Hambal dan Syaikh Al-Albani dalam komentar beliau terhadap �Fiqh Al-Sirah� dan lihat juga �Silsilah Ahadits Shahihah� 4/524.


[2]�Dalaail Nubuwwah 2/37-38 dan �Al-Bidayah Wan-Nihayah� Ibnu Katsier 2/315, kami nukilkan dari kitab �AlSirah Al-Nabawiyah Fi Al-Mashadir Al-Ashliyah�, hal.130 dan penulisnya mengatakan: Isnadnya kuat.


[3]Dinukil Ibnu Katsir dalam �Al-Bidayah� 2/315 dan sanadnya Sahih, lihat kitab Al-Sirah �Al-Nabawiyah Fi Al-Mashadir Al-Ashliyah� hal. 130


[4]Dihasankan Al-Albani dalam �Silsilah Ahadits Shahihah� karya Syaikh Al-Albani 1/112 no.45

Tuesday, January 24, 2012

Cucoq Cempedak..

saLam, entri ni saja diwujudkan untuk menanamkan sikap kupas/kopek/perisi buah cempedak dan terus digoreng untuk makanan pagi atau petang seisi keluarga. Memula:
1. Cempedak dibelah tengah, hanya satu inci je dalamnya. Sebelum tu, pisau kena sapu minyak. Dan, minyak kena ada sentiasa di sisi anda.
2. Kopek kan buah cempedak tu. Lumurkan tangan dengan minyak pla dan ambil isi2 cempedak yang dah timbul tu.
3.Then, cara goreng seperti di bawah.

Cara goreng ni dikreditkan untuk Nanie :)
Cempedak ni buahnya dari kebun bapa mertua saya.Isinya elok dan manis, kalau beli buah cempedak pilih yang wangi itu tandanya buah sudah masak. Jangan guna buah kacukan cempedak nangka kerana isinya tidak begitu manis dan isi buah agak keras.



Bancuhan tepung:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan air - tuang air sikit demi sedikit semasa membancuh adunan tepung ini , jgn terlalu cair.
Sedikit saja garam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning.

*Masukkan buah cempedak dan gaul rata, pastikan bancuhan tepung meliputi buah cempedak ini.


Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan buah cempedak sebijik demi sebiji.Goreng sampai warna bancuhan tepung kekuningan, gunakan api sederhana besar.



Bila dah masak , angkat dan tos buah cempedak baru dihidangkan.

Tuesday, November 22, 2011

Hari Ihtifal Tadika Amal Rintis 2011

AssaLam semua,

Sekali lagi Tadika Amal Rintis berjaya mengadakan Hari Ihtifal sesi 2011. Program bermula seawal jam 8.00am dengan kehadiran ibubapa yang memenuhi perkarangan Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Tuanku Bainun, Mengkuang, B.Mertajam.


Seusai perasmian, aturcara terus berjalan seperti dirancang. Dewan dipenuhi dengan semua ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka dianugerahkan di atas pentas. Adakah sudah selesai usaha ibubapa ini...?


Sebenarnya ini titik mula para ibubapa dalam terus menjengahkan kejayaan demi kejayaan pada anak mereka. Kejayaan di dunia dan yang penting juga kejayaan di akhirat nanti. Di dunia, kita dapat melihat anugerah yang diberikan tetapi bagaimana kita ingin menerangkan pada anak-anak kita berkaitan anugerah pahala yang tidak nampak? Bersama fikir-fikirkannya..


Ada juga pelbagai gerai yang dibuka. Gerai makanan dan minuman, gerai nasi lemak bersama pelbagai jenis sandwich dan gerai laksa pokok pelam. Semuanya menarik perhatian para ibubapa yang diberi ruang rehat pada jam 10.00 pagi oleh Penganjur. Kebanyakan acara dewan diselang-seli dengan pertunjukan anak-anak murid yang pelbagai. Acara kemuncak adalah anugerah kepada Pelajar Terbaik yang berupa basikal LeRun. Ada juga berjumpa dengan ibubapa yang pening nak masukkan basikal berkenaan dalam kereta sedangkan 'isi' kereta dah penuh semasa tiba tadi. 

Gerai Saudara Amir's Family

Gerai Umar & Muhammad Family


Gerai Pn.Ida Family

Sebelum bersurai, pihak Penganjur menyediakan makan tengah hari kepada semua yang hadir. Makanan disediakan oleh Habuna Trading yang merupakan caterer tetap selama Hari Ihtifal TAR diadakan.



Tahniah sekali lagi pada ALP TAR, para guru, para jawatankuasa, para sukarelawan yang membantu menjayakan program ihtifal kali ini. Berjumpa kita di tahun hadapan. Insya-Allah..~

Terima kasih juga kepada para petugas dan tenaga kerja yang menjalankan tugas dengan baik dan saksama...

Friday, September 16, 2011

Apa ada pada Syawal? Episod 1

Saja je, dah lama tak menaip. Ini la ceritera nya..
Nak conclude dari 1 syawal hingga 7 syawal 1432H yang baru berlalu. Adakah kita akan berjumpa dgn Ramadhan dan seterusnya di tahun 1433H kelak??
1syawal->ikut giliran, akan beraya di sini, Seberang Jaya. Tapi, dah adik OmOt, Nurul Asmaa' akan walimah, maka hari ni beraya di Jawi. Boleh tahan juga dugaan. Plan dari pagi, akhirnya dekat t/hari baru dapat bergerak. Miss-communication. Terus pi umah P.chaq, sembang hal2 berkaitan, minta diri dan menuju ke rumah ke-2. Siapa ya? sahabat karib a.k.a bestfriend OmOt yang lama menghilang. Saja je nak buat suprise kat Khaizul ni. Sampai je rumahnya, dia tiada. Kata family nya, sok petang baru balik. Sembang dekat sejam lebih dan baru dapat tahu kenapa Khaizul menghilang, kami beransur dan minta sampaikan salam pada sahabat ku ini. Plan sana, plan sini dan malamnya (11.00pm) kami bertolak balik ke s.jaya setelah berkampung hampir 5 hari di rumah mentua ku. Tu pun setelah ber'bbq'. Antara menu istimewa, patin bakar...


2syawal->di Baitus-Salam. Bermula jam 10am, kami terus keluar beraya sambil 'memanggil'. Rumah 1, kawan isteri ku, Liza namanya. Bihun sup dijamu. Rumah ke-2, kawan sekerjaku Latif. Nasi himpit dihidangkan. Terus ke rumah ke-3, rumah tok Njang. Terkejut ku lihat mak ngah, makin kurus. Sembang & borak lama juga. Sejam lepas tu, beransur pulang. Apa dijamu? soto, sedap kuahnya. Rumah ke-4, sepupu pada arwah maktok Zah. Disilakan masuk tapi minta beransur kerna ada kerja lain. Setiap rumah dipersilakan datang dengan rasminya melalui kad kenduri yang diberikan. Sampai je di rumah, PakLang dan PakSu dah ada. Acara merebus telur. Solat Asar dan bertukar pakaian. So, mengambil tempat di bahagian dapur membantu ummi merebus telur dan merendam dalam air untuk disejukkan. Semuanya bermula sekitar jam 4pm dan selesai pada jam 1am. Apa yang siap? Telur dibungkus pada bunga telur dan terus dimasukkan ke goodies bag yang dah ada sejadah kecil dan apom kodok. Apa dia apom kodok tu? tanya adik ipar ku, Puan Hazriena.


3syawal->Relaks sambil perati tengok apa lagi yang tertinggal atau terlupa. Masing2 saling mengingatkan agar kenduri walimah esok berjalan lancar. Abah dan Ummi sibuk dengan kerjanya, adik2 lain sibuk dengan hal di rumah yang perlu dikemaskan juga walaupun walimah nanti akan dilangsungkan di Dewan Kompleks Sukan MPSP. Yela, raya kan. Kang ada orang mai beraya, sekurangnya ada juga kuih-muih yang boleh dijamu. Tak gitu?


bersambung...tunggu je....

Monday, August 8, 2011

"Alhamdulillah, XTVT Jom Semarak Ramadhan IKRAM SPT pada 7-Ramadhan-1432H telah berlangsung dgn baik di Darul Iman Kg Teluk, Ceruk Tok Kun dari jam 10pagi dan berakhir jam 1.00tgh. Dua program utama dlm xtvt hari ini - Menyemai Kasih dan penyerahan Bingkisan Ramadhan Fasa 3." adalah seperti yang tercatat di Fanpage IKRAM SPT.


Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan kehadiran daripada penduduk sekitar yang memberangsangkan. Daripada kanak-kanak, dewasa dan 'orang lama' yang hadir. Kelihatan Cikgu Rusli Hashim (Blogger Jendela Hati) sebagai SU IKRAM SPT dalam gambar (berkopiah putih). 

BR_IkramSPT070811 (3).jpg

YDP IKRAM SPT, Zulkarnain Ahmad menyampaikan perkongsian menarik berkaitan Menyemai Kasih di antara ibu bapa dan anak-anak. Banyak video yang dipaparkan, banyak kisah dipaparkan. Respon yang baik juga daripada anak-anak di Kg.Teluk ini. Nampaknya PEMUDA IKRAM (Ikram Junior, Ikram Teens, Ikram Youth) boleh memulakan 'tapak' di Kampung Teluk, Cheruk To'Kun, Bukit Mertajam ini.

BR_IkramSPT070811 (4).jpg

BR_IkramSPT070811 (5).jpg

Sesi soal jawab penduduk kampung bersama Guru Kaunseling SMK Bukit Mertajam.

BR_IkramSPT070811 (6).jpg

Seusainya, sesi penyerahan Bingkisan Ramadhan Fasa 3 kepada 12 penduduk yang disenaraikan oleh JKKK Kg. Teluk.

BR_IkramSPT070811 (9).jpg


 BR_IkramSPT070811 (11).jpg

Dengan bantuan JKKK Kg.Teluk, AJK Masjid Cheruk To' Kun, Para Guru daripada SMK Bukit Mertajam, JK IKRAM SPT yang terlibat dan akhirnya alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan JKKK Kg.Teluk meminta sekali lagi membuat susulan program sebegini di masa hadapan setelah mebuat tapak sedia ada. Insya-Allah, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Di akhir sesi_sumber dari FB.jpg
Bergambar di akhir sesi - sumber dari FB IKRAM SPT

Wallahua'Lam~

-- 
UMAR ISMAIL
JK Pemuda IKRAM SPT
http://bart8921.blogspot.com

Sunday, August 7, 2011

Iftar Gabungan_06082011

Alhamdulillah, iftar gabungan usrah Hj.Atan dan usrah Ust. Rozee berjaya dilaksanakan. Kehadiran OK, makanan juga OK.

Kedatangan bermula seawal 6.45 petang. Tazkirah oleh akh Hamizat Ahmad pada jam 7.00pm, mengupas ayat 183, surah al-Baqarah berkenaan PUASA.
Antara isi tazkirah adalah surah ini berunsurkan kelembutan tetapi ada penegasan puasa. Sahabat Nabi SAW menjaga makan bagi melakukan ibadat di malam hari, contohnya Fudhail Iyadh. Contoh zaman kini adalah Abu Urwah yang sentiasa menjaga qiyamulail atau solat malam.
Konsep puasa adalah MAKAN SEDIKIT agar ibadat terjaga dan setiap kali kedatangan Ramadhan perlu ada gol. Contohnya; khatam Al-qur'an, mendalami ilmu tajwid/ fiqh dan seumpamanya.

Sesi Tazkirah

Pengulas

Aktiviti diteruskan dengan berbuka puasa, saranan 3 biji kurma. Seterusnya solat Maghrib berjemaah dan seusainya terus menyambung menjamu selera yang pelbagai yang dibawa oleh setiap ahli. Program selesai jam 8.20pm kerna masing-masing akan bertarawih.

Menjamu Selera

Moga aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Insya-Allah...

Wallahua'Lam~

Saturday, June 25, 2011

Jom Riadah Futsal-4

 fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe

Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..

Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada Defender Terbaek (berbaju hijau) di situ..

Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah...

Sunday, June 12, 2011

Pejabat Baru? Pindah?

Pada 4 Jun yang lalu, gotong-royong Pindah Pejabat Baru IKRAM P.Pinang. Bermula seawal jam 9.00 pagi, ramai yang hadir dari sekitar ceruk di Pulau Pinang dalam melaksanakan misi yang insya-Allah akan merubah gerak kerja Pertubuhan IKRAM P.Pinang khususnya. Sedikit gambar menceritakan aktiviti yang dijalankan..

Di Pejabat Baru

 Ruang Tandas dan Mengambil Wudhu'

 Seusai 'berkemas'. Santapan disediakan. Kelihatan YDP IKRAMPP IR Jamaludin berbaju maroon, berkaca mata

Para Beliawan yang hadir

Ceria nampak. Dah makan ke? Group Belia 2..

Bila free, ingat nak pi jenguk ofis baru ni. Ada perkembangan, nanti akan di'update'.
Tahniah pada Team Bola Sepak Terengganu atas kemenangan kali kedua pada Piala FA semalam. Satu family sokong Ganu doh..hehe

Sunday, May 22, 2011

Sukan TAR 2011

Sukan Tadika Amal Rintis telah sinonim dalam diri ku sejak 3 tahun yg lalu. Dan, pada ketiga-tiga tahun tersebut ku telah berjaya menceburkan dalam perancangan, perlaksanaan dan penamat dalam setiap edisi sukan TAR. Pada tahun 2011 ini, pihak Tadika mengadakan pada kelmarin, 21 Mei 2011 di SK Sri Impian, Guar Perahu. Kehadiran ku seawal jam 7.15am, sedikit sebanyak membantu para guru tadika menyiapkan 'sentuhan tangan' terakhir terhadap semua persiapan yang diperlukan. 
Antara gerai2 jualan
Perasmian pada 8.15am oleh akh Ust.Rozee selaku TYDP IKRAM SPT dan sukan bermula dengan tiupan wisel sebanyak 3 kali diselangi dengan laungan kesukanan oleh anak2 TAR.
Guru Besar TAR, Perasmi dan Pengiring
 Seterusnya sukan bermula. Rasanya hampir 10 jenis sukan yang dipertandingkan di kalangan pelajar Tadika. Tugas ku sebagai runner bagi mendapatkan markah di Track A dan Track B dan seterusnya mengemaskini bersama Deejay bertugas. 
Deejay (berbaju putih)
Jam 10.15am, hujan turun agak lebat tapi Allah Maha Berkuasa. Hujan   berlalu hanya selepas 10 minit dan sukan berlangsung semula. Lompat Kangaroo, Bina Perkataan antara sukan dipertandingkan. Para pelajar bersemangat menyelesaikan setiap tugasan dalam setiap acara. 
Guru dan Para pelajar TAR
Acara untuk ibu bapa juga diadakan. Ada 5 acara diadakan, antaranya Ini Modelku, Cari Benda Tersembunyi, Kupas Buah Nanas dan acara kemuncak iaitu Tarik Tali antara ibubapa dan team IKRAM (suami guru TAR, AJK IKRAMSPT, ALP Tadika). Acara kemuncak ini dimenangi pasukan ibubapa. Adakah kerna semua petugas sukan ini kepenatan?hehe
Acara IbuBapa
Alhamdulillah, jam 12.15pm penyampaian hadiah berlangsung.
Hadiah..Pasukan mana yang menang? Biru? Merah? Kuning?
 Dan dengan tidak disangka nama ku diumumkan. Kenapa? Tugasku yang lari ke sana ke sini rupanya sebagai Ketua Hakim. Alhamdulillah...Semoga Tadika Amal Rintis terus berjaya mendidik, membina dan menterjemah para pelajarnya dalam masyarakat secara umumnya. Tahniah semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..
Entri seterusnya kita perhatikan apa ada dengan RM800 dan RM80..
Amir Ruddin dengan jualannya. Mendapat sambutan hangat

Tuesday, May 17, 2011

Ta'arif.. apa tu?

Ahad lepas, 15 Mei di Pejabat IKRAM P.Pinang, berlangsung Program Ta'arif anjuran Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah. Bermula seawal 10.30am, seusai qiyamulail gabungan, daerah SPT dan SPU di MAsjid Nyior Sebatang. Objektif utama diadakan adalah mendapatkan mad'u bagi menempatkan mereka dalam halaqah. Agak menarik, seramai 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan pilihan te4lah hadir untuk bersama2 program kali ini. Dan, pada malam ini (17/5) jam 9pm, perjumpaan pertama kumpulan lelaki akan diadakan di sekitar Parit Buntar bagi meraikan sahabat di sana. Doakan kami berjaya mencapai 1200 orang mad'u baru menjelang hujungn 2011 kelak..~
Manusia lay-car(LEKA)..Moga kita dijauhkan dari marabahaya ini..

Friday, May 6, 2011

Kenapa Menyepi??

Ramai kalangan blogger bertanyakan, "apa jadi OmOt, senyap je? xdan (x sempat) nk tulih ke? share la sket..". Rasa banyak sangat kerja perlu dilakukan sehinggakan laptop kesayangan dibiarkan sepi, ceritera dibiarkan memberatkan otak, tangan dilakukan untuk kerja2 yang lebih berat. Kali ni, walau pun dan hampir menginjak ke jam 2am, OmOt gagahkan diri juga menulis, mencoret atau mengarang apa yang terjadi sebenarnya dalam 3,4 hari ni.
1 Mei 2011 -  Menyertai Kejohanan Futsal inter-Department. Sebagai AJK, banyak persiapan perlu dilakukan. Seawal jam 7.15am, dah terpacak kat Sport Centre Futsal, Mak Mandin. Kejohanan berakhir jam 2pm dan team OmOt (Pelita Jaya Fc) mewakili Bahagian OilMills mendapat tempat ke-6 daripada 9 pasukan dengan kutipan 11 mata daripada 8 perlawanan. Peningkatan yang agak baik dari tahun lepas.huhu
1 Mei (4-8pm) - Berada di Hospital Sungai Bakap, menemani Mak Mentua Pn.Haridah yang terlantar hampir 3 minggu. Keadaan agak tenat ketika kami tiba dan beransur pulih setelah dilap badan dan kepala.
1 Mei (9-10.30pm) - Membeli-belah sedikit barangan untuk dibawa berkelah pada keesokan hari. Dapat sms mengatakan,"Mak dah agak tenat." Bergegas pula ke Hospital Sungai Bakap (HSB).
1 Mei (11pm) - Sampai di HSB. Memang betul, keadaan mak mentua (panggilan mak) agak tenat. Meminta untuk diturunkan dari katil sedangkan kudrat membataskan pergerakan beliau. Tidak lama, keadaan bertambah teruk. Oksigen terpaksa dipasangkan dan mesin denyutan nadi juga disambungkan.
1 Mei (1130pm) - Satu lagi mesin dipasangkan bagi menyokong mesin sedia ada.
2 Mei (12.15am) - Mesin keempat dipasang. Keadaan Mak bertambah lemah. Nurse bertugas mengarahkan semua orang tunggu di luar kerna khuatir mengganggu pesakit lain. Tinggal bapa, kak long, isteriku dan Huzaid menunggu sebagai ahli keluarga.

2 Mei (1.05am) - Tiada kedengaran bunyi dari mesin yang dipasang. Bapa keluar dan akhirnya menangis di bahu PakNgah dan mengatakan Mak telah tiada. Ya Allah, luruhnya hatiku mendengarnya. Rasa teringin saja masuk ke wad. Banyak hal lagi perlu aku berkongsi dengan Mak. Banyak lagi perkara perlu ku kenang ketika bersama dengan Mak. Walaupun aku baru bersama keluarga Mak pada 31 Mei 2009, aku dah rasa begitu rapat dengan Mak. Dalam keadaaan Mak yang sakit, masih lagi mampu berdiri untuk memasak dan setiap masakan menjadi idaman setiap ahli keluarga. Jika ini yang terbaik buat Mak, aku harapkan pemergian Mak beroleh ketenangan dan keredhaan dari Allah SWT.
Banyak lagi perlu ku coretkan. Mungkin di lain lembaran. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu. Setelah sekian lama Mak menanggung derita, Mak pergi dengan penuh ketenangan. Moga segala tindak-tanduk, kata2 dan apa jua perbuatan kami terampun. Ameen....~

Sunday, April 17, 2011

Tuan Presiden


Singgahan Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad membuahkan hasil yang mendalam kepada seluruh warga IKRAM Pulau Pinang, khususnya yang hadir ke Program Bersama Presiden IKRAM. Program bermula seawal jam 8.45 malam dengan kehadiran memenuhi dewan. Tuan Presiden berucap dengan penuh semangat, dengan dalil dan hadith Nabi SAW diselitkan bagi menguatkan hujah.


 Keseluruhan ucapan dan penyampaian dirumuskan oleh Dr. Danial Zainal Abidin yang hadir dari awal program dengan penuh semangat dan merumuskan IKRAM ADALAH WAHANA MASSA.


Majlis penutup di akhiri dengan nasyid Bingkai Kehidupan oleh Shoutul Harokah yang dinyanyikan beramai-ramai oleh para hadirin. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi menyuntik semangat para dai'e menjalankan dakwah. Insya-Allah~



Saturday, April 2, 2011

Pagi Ahad Tak Tidur?

Dapat layangan emel ni sebentar td dari Che' Mad Habuna..cmner ye??niat nk join tp kna balik Jawi..adus..
---Tarikh 3/4/2011
Masa: 8:00am
Tempat: Mengkuang Dam
Program: Seperti biasa Jogging, jalan jalan, lari lari anak dan bincang2.


Dengan ini dijemput semua untuk bersama dengan program tersebut di atas, dah lama kita tak jogging.
Pergi depan cermin, pandang susuk tubuh masing-masing dari atas sampai bawah, mula dari pandangan hadapan (Muka) kamudian pandang sisi, sama juga dari atas sampai ke bawah, perhatikan kat bahagian mana susuk tubuh kita yang kita nak banggakan. Ada ke?. Tepuk dada tanya selera. sendiri punya tubuh sendiri mau tau le!
Okay kita jumpa disana.
Thanks.----

Kenapa Pagi Ahad Tak Tidur? kerna ianya PATT. 
Dan, 
kenapa pula IKRAM Sihat Pagi Ahad?kerna ianya ISPA..