...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama
Showing posts with label al-kisah~. Show all posts
Showing posts with label al-kisah~. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Apa ada pada F.E.B.R.U.A.R.I..~

Nak habaq skit, ada beberapa insiden terjadi dalam bulan Februari esok ni..
Pertamanya, bestfrenz OmOt time kt UNITAR dulu, dah kawin akhirnya. Tapi, kat Melaka. Kenduri 4/2 ni.. Cam x dapat pi je. Sampaikan hadiah je kot. sorry, Arif a.k.a Bun..x sangka ya, dalam dok straight je, akhirnya ko kawin..Tahniah~
Keduanya, my frenz juga..Sesama kat MPM UNITAR dulu..Kawin juga..Kad kawin, canggih tul..Depan kad tu letak pic parents sendiri dan parents mertua..Dalam as a background, gambar Halida dan suaminya..Memang terbaek..Yang ni pula kt J.Bharu..kenduri pun 4/2 gak..adus..kirim hadiah juga kot..huhu
Ketiganya, my frenz juga di Sarawak selamat melahirkan baby girl..yg ni 26/1 ari tu..kena tahan wad kejap coz baby disyaki dijangkiti kuman..Na'uzubillah..~
Keempatnya, bb 'Uzma nk dapat adik. Tapi, baru 3 bulan..Maybe Syawal nanti kot..
Seterusnya, hijrah pertama keluarga ku..Tunggu update ya..

Lain2, tak ada berita lagi..Moga Allah permudahkan urusan kawan2 ku nanti. Nak tips, ok je. Fb ada, blog ada, no.fon pun ada..chaos~

Sunday, September 25, 2011

Apa ada pada Syawal? Episod akhir...

Sambungan daripada Episod 1....~


4Syawal->ari Jumaat, ari kenduri adik ku, Nurul Asmaa'..Seawal 9.30am ku dan family dah ada kat Dewan MPSP, Bertam. Kenapa? Dah kena lantik jadi Floor Manager, so tu la tugasnya. Sampai je, catering dah susun meja dan kerusi. Minta bos catering adjust untuk 2 meja VIP. Semuanya berjalan lancar dan tetamu yang hadir juga ramai. Alhamdulillah, makanan ada lebih sikit. Persembahan DJ, Hafiz Bai juga antara yang terbaik. Lagu bertemakan selawat dijadikan alunan halwa. Seusai 6.30pm, majlis selesai. So, rush mengemas apa yang patut. Balik umah mandi semua, terus pi umah tok chah. Lepak sana, buka hadiah dll. Dalam jam 11pm, balik mai seberang jaya coz esok awal pagi nak pi Kelate pula...




5syawal->Plan asal, 5am bertolak ke Kelate. Ada urusan tertunda dan biasanya itulah yang akan terjadi bila ramai2 macam ni. Jam menunjukkan angka 11am, maka bertolak la kami. Ada 3 kereta dan semuanya menggunakan pelekat KADI 1(MyVi Asmaa'-Abah,Umi,Asmaa'&Azrin), KADI2(Angah Mat dan keluarga mentua) dan KADI3(Kereta ku-sekeluarga). Dalam perjalanan, semuanya bergerak lancar. Lepas je Bukit Bunga, keadaan trafik sesak teruk. BLM ku digunakan untuk men'cilok' dan akhirnya terlepas agak ke hadapan. Line clear je, ku roger KADI1 dan KADI2 untuk cilok ke sebelah kiri dan akhirnya semuanya berkonvoi semula hingga selamat sampai ke Pasir Puteh jam 6.30pm. Rehat dan makan malam. Jam 10pm je, terus gerak pi Wakaf Che Yeh. Guna GPS. Jam 1am, dah ada kat homestay. Bed Time~



6syawal->Jam 9am, geng Bas nak pi Pasar Siti Khadijah. Ku mengambil keputusan untuk berehat kerna balik lewat semalam. Dalam jam 2pm, KADI bergerak ke rumah pengantin lelaki. Lauk ala kampung dihidangkan dan ini mengangkat selera kami yang memang 'kaki ratah'. Berselera sungguh. Seusai makan dan sesi berkenalan, kami meminta diri untuk pulang. Jam pun dah menunjukkan angka 5pm. Geng Bas, KADI1, dan KADI2 balik ke Penang. KADI3 serah pada Unc.Ali dan kami sekeluarga akan bermalam di Pengkalan Chepa, rumah PakSu Aziz (adik pak mentua ku).




7syawal->Seawal 8am, kami keluar dari rumah PakSu. Terima kasih banyak2 atas layanan. PakSu keluar kerja jam 7am dan minta kami keluar lewat sikit. Lokasi pertama terus ke Pasar Siti Khadijah. Hampir 2jam kami di sana. Dalam jam 11am, kami bertolak pulang ke Penang. Juga menggunakan GPS. Yang paling best, GPS tunjuk arah jalan kampung dan hanya 40 minit perjalanan kami dah sampai di Bukit Bunga. Itu lah teknologi...


ok, sekarang dan 26 Syawal 1432H. Moga kita bertemu lagi di Syawal akan datang. Habiskan Puasa 6 Syawal anda, moga sentiasa dianugerahkan pahala oleh-Nya. Insya-Allah~

Saturday, July 2, 2011

Adahku kerja..~

Guruh berdentum, kilat sabung-menyabung. Ku ambil masa seketika utk kemaskini blog pilihanku ini. Sementara menunggu panggilan kerja seteleh habis pengajian, maka pekerjaan asas sebegini dilalui oleh Adah. Jangan dok hirau apa orang kata, yang penting kerja dulu. Ambil pengalaman dan pengetahuan. Mana tahu dengan kerja ini dapat diaplikasikan di sebuah organisasi besar kelak. Lagipun ada ke orang nak bagi duit kat Adah walaupun hanya RM10? so, kerja dulu. Apa kerjanya ya...?

 Sebagai 'penjaga' kepada kereta dan motorsikal. Aku sering hadir memberi kata motivasi dan paling penting memberikan peluang pada anakku, 'Uzma Jamila mencuba kereta yang ada. Kereta yang mana ya?

Tu, kereta yang depan sekali warna kuning. Satu2nya kereta yang boleh guna remote. Kiranya aku mengawal remote tersebut dan anakku akan duduk atas kereta tu. Sekali bawa macam Danica Patrick daa...orang ramai pun hairan, budak sekecil tu boleh memandu sebaik itu..caya la..~ hehe
So, Adah jangan risau. Insya-Allah, hanya yang terbaik Allah janjikan pada hamba-Nya yang sabar. Ameen~

Friday, May 13, 2011

Akhirnya..

Minggu lepas, isteri ku ada meluahkan, katanya nk menulis berkenaan kisah bonda nya yg terlantar di hospital sehingga pemergian Allahyarhamah Pn. Haridah Bt. Kassim pada 2 Mei yg lalu. Masuk bilik, ku lihat laptop masih terpasang sedangkan isteri ku dh terlena. Ku lihat isteriku ada mengarang sedikit menggunakan Ms Word. Ku juga terlihat blog Friendster nya. Aku edit skit dan publish dalam blog fenster nya. Tak sangka, berbakat juga isteri ku ini. Dan, ini hasil nukilannya...
"Pada 2 May 2011 yang lalu berlakunya peristiwa yang mana aku & ahli keluarga pun x dapat menerima kenyataan yang bonda tersayang Pn. Haridah Binti Kassim telah pergi meninggalkan kami setelah 5bln dirinya terlantar di hospital akibat jangkitan pd bahagian kakinya, pemergiannya amatlah dirasai..
Jam 9 pagi pada hari Sabtu, aku telah menghubungi Along bagi bertanyakan keadaan bonda ku, katanya bonda ku kelihatan seperti tidak bermaya sehinggakan hendak mngangkat tangan pun dia tak berupaya, masa tu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya aku mngenangkan keadaannya, Aku mgambil keputusan untuk mgajak suami ku pergi ke hospital. Naik saja anak tangga, aku tenampak yg bondaku terbaring. Sambil merapatinya aku mengusap rambut & tangannya. Namun dia tidak mbuka mata tapi badannya terasa sejuk.. lalu aku terus memanggil bonda ku, ketika itu bonda ku menganggukkan kpalanya. Aku memujuk dia mbuka mata bagi melihat akan khadiran aku, dia mmandang aku dngan pandangan mata kuyu. Aku perasan akan perubahan yg terjadi pada ibu ku. Bola matanya tidak lagi berwarna putih tapi kkuningan. Ya Allah.. berderai air mata ku ketika itu. Aku mmberitahu suami ku bahawa aku ingin mndgar pnjelasan doktor tentang keadaannya. Lalu aku pun berjalan mnuju ke meja jururawat. Pada masa itu ada seorg doktor yg bertugas. Aku bertanyakan kpd doktor itu ” doktor, tumpang tanya skejap. Mak saya Pn. Haridah ada wat dressing ka ari ni?” doktor itu memandang ke arah aku dengan pandangan yg semacam, “ya..” dia mnjwab ringkas.. “Bleh saya tahu ubat apa yg doktor berikan kpd mak saya, sbb dia nampak mcm tak sedarkan diri, saya takut trlebih ubat. sbb seblm ini emak saya pernah diberi terlbih suntikan..” doktor mnjawab kami ada bagi ubat tahan sakit tapi itu pn stelah psakit mrasa sakit atau meminta baru kami bagi”. ” Tapi knapa muka dia & bola matanya nampak kuning?’ Lalu doktor itu pun myuruh nurse yg brtugas pergi mlihat keadaan bonda ku sambil diikuti olehnya dr blakang. Sesampainya dia di katil bonda ku dia mmanggil2 nama ibu ku, kemudian aku bertanya lg, “nape emak ku klihatan sperti tidak sedarkan diri”. Doktor itu bkata, ”Psakit yg slalu ditinggalkan keseorangan memang slalu bgini, sbb makcik jarang ditemani oleh anak2 & suami dia pun lama2 skali baru mai”.. Masa tu hanya Allah yg tahu btapa geramnya aku mndgar akan kta2 doktor tu. Dngan perasaan yg agak kcewa dan geram aku trus mnjawab, “doktor, sapa yg tak ambil pduli akan emak saya? Mak saya start sakit dr blan 12 thun lpas & msa tu saya tak bkerja. Stiap siang & malam saya tmankan dia, dan skarang saya baru start bkerja. Bkannya kami tak pdulikan emak kami, saya slalu btanyakan pkembangan emak saya mlalui bapa saya.” Kmudian aku btanya lg………….."
Insya-Allah, aku akan terus menyokong dari belakang. Mana tahu, giliran aku pula nanti..Sama2 kita berdoa..


Sunday, April 24, 2011

Steady Bro Mus...~

bart597

Pada 18 April yg lalu, berlangsungnya Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Utara di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Ku, Bro Mat n Family, Sis Asmaa' dan Ummi Ani ambil cuti semata2 utk meraikan kejayaan adik ku, Mustafa Amini yang berjaya menghabiskan pengajian peringkat Sijil dalam bidang Automotif. 

Wajah Kepuasan di Wajahnya

Bersama Ummi Tercinta

Sekarang beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan di UiTM Arau, Perlis. Difahamkan seramai 1200 graduan Diploma dan Sijil yang hadir.

Bersama Rakan daripada Kursus yang Sama

Tahniah, Mabruk...!

Sunday, April 10, 2011

ku jadi superman?

Menemui rakan blogger sekalian,, dulu bila tak update blog,"xpela, xde masa. Lgpun nk cerita pe?"..skarang ni, if seminggu tu x update, "alahai, kena curi masa gak ni. Ada bnda nk share."..
al-kisahnya, dapat emel drpd  Bro Shahidan pada Jumaat lepas jam 4.00pm berbunyi, "Salam, Dapat SMS dari Ust Rozee bahawa Umar Ismail (anak cikgu mail) xciden. Pukul 12.15 tadi......gg patah 3,tangan luka-luka,lutut luka kiri & kanan....Skrg berada di Rumah Taman Sutera Prima Seberang Jaya. Doakan semoga di permudahkan urusan." usih, cepatnya tersebar. Pabila ada ukhuwwah, mungkin anda juga akan mendapat sebegini. Tak semena-mena sms bertalu-talu masuk. Call lg, letak fon ni, bunyi fon tu. Fon yg set emel, asyik ber'krik' menandakan emel msuk. Dan, ptgnya ramai yg ziarah. Paling last, my naqib, Ust. Rozee & Hamizat. Semuanya mendoakan yg terbaik. Ameen~
Lain lembaran, bru nk attach gambar. Tak sanggup rasanya para blogger sekalian tngok nnti. Bed Time...Wassalam~

Thursday, December 23, 2010

HospitaL~

Hari ni 21 Disember 2010 bersamaan 15 Muharram 1432H, msuk hari ke-5 mak mentua ku di wad 8, Hospital Seberang Jaya. Puncanya pada 15/12 bahagian kaki kanan mak mentuaku seperti melecur dan membengkak dari lutut ke bawah. Di bahagian atas kaki, ada gelembung ‘air bisa’ sebesar tapak tangan. Tetiba je jadi tanpa ada sebab-musabab yang memungkinkan ianya berlaku.

Pada 15/12, jam 1.30 petang mak ditahan wad Hospital Sungai Bakap. Agak terkilan juga kerna layanan yang tidak seberapa. Mungkin tak cukup staf, atau tenaga yang ada dihadkan untuk kerja-kerja tertentu. Ku fikirkan positif kerna diri ku tak berada di tempat mereka. Hari-hari ku datang melawat dan hari-hari ada saja cerita baru. Entah la…

Akhirnya, pada 17/12 jam 10pagi, Mak ditukarkan ke Hospital Seberang Jaya kerna di Hospital Sungai Bakap tiada pakar untuk menguruskan masalah kaki mak yang kelihatannya semakin membengkak. Tiada waris yang diberitahu sehingga MakSu yang ingin melawat Mak diberitahu oleh jururawat bertugas yang Mak dah dipindahkan. Untuk ini, mungkin mereka tiada masa untuk menelefon atau memberitahu kot.. Mungkin..

Urusan mak di Hospital Seberang Jaya diuruskan secara berselang-seli oleh isteriku, kak long, Huzaid dan Mak Njang yang sanggup datang dari Teluk Intan untuk bersama-sama dengan Mak pada 19/12 (9am-3pm). Isteriku pula sejak kelmarin berada di wad sejak jam 9am hingga jam 7.30pm. Hari ni bersambung lagi. Kak Long pula dah 3 malam berada di wad, bermula jam 9pm hingga 9am esoknya. Masing-masing memberikan yang terbaik untuk keselesaan ibu sendiri. Pabila kulihat sebegini, ku berdoa moga-moga Allah SWT memberikan kekuatan jika ku juga berada di tempat mereka kelak. Ameen~

Ku juga ingin berkongsi rasa kejadian memilukan pada 18/12 yang lepas. Sebaik mendapat tahu yang Mak akan discaj dari wad pada jam 3pm, ku dan isteri menguruskan segala urusan berkaitan. Mak pula bersungguh-sungguh agar semuanya dilakukan dengan pantas kerna Mak tak sabar nak balik. Membayar bil, mengemas barang-barang dan ingin menukar pakaian Mak oleh isteriku. Panggil jururawat bertugas untuk membuka tiub saluran air dan saluran darah pada tangan Mak. Tetiba, Mak kata nak bersolat dahulu. Hampir 15 minit masa berlalu, isteriku kejutkan Mak untuk bersiap balik. Dan, di luar jangkaan kami, Mak terus bersuara agak keras mengarahkan kami balik dahulu. Sedangkan, kami nak siapkan Mak. Isteriku memujuk lagi, dan kali ni suara Mak lebih tinggi. Jururawat dipanggil dan Mak cuba ditenangkan tapi Mak meninggikan suara pada semua yang cuba bersuara padanya. Ku terfikir, mungkin ubat pelali melebihi dos dan memberi kesan pada mak sekarang. Mungkin…

Jam 6.30pm, Pak Mentua ku dan Huzaid sampai. Pak Mentua ku juga sakit tapi sanggup datang dari Jawi semata-mata untuk mak. Bapa juga dinafikan Mak. Mak kenal semua tapi emosi Mak tak dapat dikawal. Mungkin terlalu sakit, mungkin dos pelali yang diberikan dan mungkin Mak tak dapat terima hakikat. Mungkin…
Jam 7.15pm, emosi mak agak surut. Tapi, tak boleh ditegur. Doktor bertugas mengarahkan agar tidak mengganggu Mak buat seketika. Kami sedih melihat keadaan Mak. Anakku pula meragam sejak tadi dan ku cuba menenangkannya. Jam 7.30pm, pengumuman bahawa waktu melawat dah tamat. Mak terpaksa ditahan semula. Ku dan isteri terpaksa meninggalkan Mak dengan Kak Long dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar.
Kak Long sms 20/12, jam 11pm tadi, “Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan.” Kami di rumah tak senang duduk. Akhirnya terlena dan sebaik terjaga jam 5am, terus sms Kak Long. Kak Long membalas,”Katil Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan. Sampai je, dah ada pesakit lain pula yang sedang dilakukan pembedahan.” Ku hairan dan sekali lagi berfikiran positif mungkin ada salah faham kot. Mungkin…
Katanya pagi ni Mak akan dibedah. Moga semuanya berjalan lancar.

Ya Allah, sesungguhnya Kau berkuasa ke atas sesuatu. Jika itu yag Kau inginkan, Kau berikan yang terbaik buat Mak Mertua ku. Kau berikan kelancaran dalam setiap urusan ketika Mak masih di hospital. Kau berikan kesembuhan agar Mak lebih selesa melakukan ibadah kepada-Mu. Ameen, Ameen ya Robbal Alamin~

Tuesday, October 26, 2010

Diriku sebagai ALONG yg sulung..~

SaLam pengunjung semua..
Selepas DITEGUR, ku mengambil keputusan untuk 'mencuri' sedikit masa ku yang dianugerahkan oleh-Nya untuk mengemaskini laman blog ku kerna ku rasa banyak juga untuk ku coretkan tapi masih belum dapat mendisiplinkan diri; duduk dalam setengah jam ke. Bagaimana ya, Insan Marhaen, hrusli61, abidsakina dll..??


Kisah ku semakin kritikal bergelar ALONG. Diriku diuji dengan dugaan yang kecil (ku tak mahu kata besar kerna ada yang lebih BESAR). Di lapangan luar, ahli masyarakat/kawan universiti/rakan taulan cuba melantik diriku mengetuai mereka. Tapi, dengan rasa rendah hati ku menolak dan meminta agar mereka memilih orang yang lebih layak. Dan, di dalam keluarga ku, ku cuba jadi yang terbaik tetapi dalam masa yang sama diri ku diuji. Memang tahap kesabaran ku diuji tapi diri ku tahu ada lagi dugaan yang maha hebat di luar sana. Ku tahu ku hanya insan yang ingin mencari sesuatu untuk mejadikan diri ini lebih baik dari hari sebelumnya, tetapi mengapa dan kenapa tindakan ku disalah erti? Kenapa segalanya baru bermula tapi itu yang dijadikan isu?


Setakat awal bulan Oktober ini, ku telah membuat 5 kali mesyuarat antara kami, anak-anak. Banyak yang dibincangkan, diperdebat, idea dicurahkan tapi belum berjaya sepenuhnya apa yang dirancang. Memang ku akui bukan mudah tapi ku ingin juga melihat walau pun sekelumit hasil daripada idea bersama. Pabila ku tanya, ada yang respon secara baik. Dan, ada yang sebaliknya. Tak mengapa, tiap orang ada cara dan style mereka tersendiri.


Hari ni dah 26 Oktober. Hanya tinggal beberapa hari untuk ku terus menunggu hasil yang bakal diraih bersama. Moga Allah SWT bersama semua ahli Baitus-Salam dalam setiap tingkah yang dalam redha-Nya.


Adik-adikku, maafkan jika ALONG belum sepenuhnya dianggap rujukan bagi kalian dalam apa jua hal.
Maafkan juga jika tindakan ALONG sebagai abang.
Tapi, jangan sesekali kalian salah anggap/salah tafsir/salah guna dengan kemudahan yang diberi.


Wallahu'alam~



Thursday, August 12, 2010

TokWan, Hussain Mohamed

saLam,

sekadar makluman,

Malam tadi, 1030pm tokwan ana, Hussain Mohamed dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Atas sebab kaki sebelah kiri tiba-tiba tak berfungsi dan beliau jatuh di dapur selepas berbuka puasa.
Ketika kami sampai, tokwan kata tangan kiri juga macam tak ada apa-apa.

Tidak mahu kejadian lama berulang, kami bergegas membawa tokwan ke Hospital Seberang Jaya.
Doktor yg bertugas telah periksa, paras gula adalah 143 dan BP pada tahap 137/83.
Tokwan ana terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut (scanning etc).

Sekarang berada di Wad 5, Hospital Seberang Jaya.
Minta para sahabat sekalian mendoakan yang terbaik buat beliau.
Moga Allah permudahkan urusan bersama di bulan yang penuh barokah ini.

*updated, jam 1.30pm tadi - TokWan dalam proses ditukarkan ke Kelas 2, Wad 5;
Dan, TokWan dipastikan menghidap Strok (Minor).
*Tokwan ana, Hussain Mohamed adalah suami kepada arwah nenda ana yang baru meninggal pada 4/8/'10 yang lalu.

Friday, August 6, 2010

Pemergian Nenda tersayang - 4 Ogos 2010

saLam,
Adakah khayalan atau fantasi pabila menerima call drpd Paksu Ded seusai solat Zuhur? "aLong, tokzah dah meninggal.". Aku bertanya,"betul ke?". "Betul, baru 5 minit tadi." Diriku lemah sebentar. Tak sangka, ziarah ku bersama isteri dan baby 'uZma jam 6pm kelmarin dan call drpd Paksu pada jam 3.30am (4/8) adalah sentuhan terakhir yang dapat ku lakukan. Pada awal pagi itu, keadaan arwah Tok nazak. Kesian kami (aku, angah Mat, Achik Mus, Acu Hasan dan PakLang Awang) melihatnya. Kami berterusan membacakan surah Yasin dan beberapa surah berkaitan. Tangan arwah Tok dah sejuk sangat pabila kami pinta diri beransur pulang untuk bekerja. Ku cium pipi dan dahi arwah Tok tika itu. Mataku bergenang dan tak ku sangka itulah yang terakhir dariku.
4 Ogos (135pm)-aku bergegas meminta PakLang Awang (anak kedua arwah Tok) bersiap untuk ke hospital. Ku tidak sampai hati hendak memberitahu hal yang sebenar. Selepas semuanya siap, aku bergegas ke tempat kerja isteri untuk membawanya bersama. Sepanjang perjalanan, ku mengingatkan pada PakLang agar berterusan membaca doa untuk arwah Tok. Sampai sahaja di Masjid Tanah Liat, ku terpaksa 'menukar' PakLang pada Maksu Khairul untuk dibawa pulang kerna ibu ku meminta demikian atas sebab biar tunggu di rumah. Aku bergegas ke hospital kerna aku dimaklumkan yang arwah Tok dah dibawa untuk dimandikan.
Sesampai sahaja, aku bergeas ke Bilik Mayat, Hospital B.Mertajam. Pakcik Hashimi dan keluarga serta jiran arwah Tok dah ada. 15 minit kemudian, 2 orang staf wanita sampai dan bersedia membuat urusan ke atas jasad arwah Tok. Antara yang hadir tika urusan memandikan adalah TokLang Yam, Ibuku, Abahku, Makcik Ina, Paksu Ded, aku, isteriku, adikku Hasan dan seorang kenalan wanita arwah Tok. Kami menyaksikan dari awal hingga selesai. Lebih kurang jam 4pm, semuanya selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan kepakaran yang ada pada 2 orang staf tersebut. Terima kasih banyak2 diucapkan. Moga Allah jua membalas jasa kalian.
Ku membantu dalam mengangkat jasad arwah ke dalam keranda dan terus dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke rumah arwah di Permatang Pasir, bersebelahan Klinik Desa. Ku dan isteri bergegas pulang kerna belum makan, bersiap dan mengambil anak pada pengasuh. Sesampainya di rumah Tok (530pm), dah ramai hadirin yang datang. Ku terus menyiapkan air untuk tetamu yang hadir. Ku dimaklumkan yang jenazah
Tok akan disembahyangkan seusai solat Maghrib dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Pasir. Dan, yang menyentuh hati, jenazah Tok akan disemadikan bersebelahan jenazah arwah Baba (suami kepada Tok). Tepat jam 7.10pm, jasad Tok diusung ke Masjid. Ku mengambil tempat dari awal hingga ke masjid. Sepanjang perjalanan, hatiku tersentuh. Sepanjang pengalaman bersama arwah Tok, hanya Allah yang mengetahui perasaan sebegini. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih berkuas atas sesuatu.
Ramai yang hadir untuk solat Maghrib berjemaah dan sebaik imam habis membaca doa, ku meluru bagi membantu mengangkat pengusung ke ruang solat. Di situ, kami menunaikan solat Jenazah dan ku mengambil tempat di saf hadapan. Solat diimamkan oleh Paksu Ded. Seusai solat, ku mengambil tempat untuk mengusung ke tanah perkuburan. Tazkirah dibacakan oleh Paksu seusai menanam jenazah. Lebih kurang pukul 8.30pm, semuanya selesai. Kami membuat sentuhan terakhir ke atas tanah tempat arwah Tok Zah disemadikan. Moga dengan pemergian Nenda Azizah bt. Wan Esah dicucuri rahmat dan dimudahkan dalam segala urusan di alam kubur. Ameen, ya Rabb~
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan sesuatu. Moga dengan segala kehendak serta takdir daripada-Mu membuatkan kami lebih tabah dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.
*Antara sahabat yang hadir yang sempat bertemu adalah Ustaz Rozee sekeluarga, Harryzan dan isteri serta Amir Effendi. Sahabat kepada abahku ramai juga yang hadir.

Nukilan berkenaan arwah nenda ku juga dapat dibaca di blog adik ku, Nurul Aiman di ->Nenda Azizah

Al-Fatihah buar arwah Tok. Moga Allah bersama dalam tiap urusan dan ditempatkan di kalangan para syuhada', insya-ALLAH~

Sunday, July 4, 2010

Parkir Haram~

Assalam wbt,

Permulaan kisah yang tidak dijangkakan. Keterangan kejadian seperti di bawah:
Tempat : Caltex, Seberang Jaya (bersebelahan McDonald’s)
Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 1.30am
Ku baru habis program pada malam ini. Seusai itu, bersama-sama ibuku menghala ke McDonald’s untuk berjumpa dengan pakcik yang ingin bertemu kami dan seterusnya beliau akan pulang ke KL selepasnya. Sampai di Caltex, ku parkir kereta di tempat sepatutnya, yang memang kebiasaannya penuh pada hari minggu. Setelah berbincang dan berbual lebih kurang setengah jam, ku kembali ke kereta dan ku dapati tayar kereta ku dirantai dan dikunci. Rantai hanya rantai buruk dan dikunci dengan mangga kunci yang biasa. Hatiku terdetik, kerja parkir haram le ni. Tidak lama kemudian, datang dua orang lelaki. Seorang berbadan agak besar dan seorang lagi kurus. Yang si kurus ni berbaju Caltex. Sesi dialog bermula...


Aku (A): Awat ni? Dok rantai kereta orang ni?
Si Besar (B) : Bukan apa, abang parking salah tempat. Dekat dengan lorong lori McD masuk untuk buang sampah. Satgi staf McD kata halang laluan depa pla.
Si Kurus (K) : Betul tu.
A : Awat, takkan tak lepas pula lori McD tu. Sikit punya luas laluan tu.(sambil menunjukkan ke laluan yang dimaksudkan)
B : Yela, dah memang ta boleh parking kat sini. Lagipun mana boleh letak kereta kat sini.
A : Mana dia signboard kata tak boleh parking?
B : Tu, kat hujung tu (sambil menunjukkan ke arah tanda DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN yang berada kira-kira 50 meter di seberang jalan)
A : Yang tu u kata signboard? Fikir la logik sikit, yang tu kat situ. Sekarang ni saya letak kereta kat sini.
K : Kami dah buat, bang. Tapi ada orang buang.
A : Hangpa buat pakai apa? Kalau tak nak bagi orang buang, buat macam ni. (sambil menunjukkan ke arah papan tanda Drive-Thru McD: bertiang besi dan ditanam konkrit bersebelahan kereta ku)


Keduanya terdiam dan terkelu.
A : Sekarang saya nak balik. Boleh buka rantai ni?
B : (sambil keluarkan kertas A4 yang dilaminate) Sekarang ni abang kena bayar kat kami dulu, Baru kami buka.
(Kertas bertaip itu menyatakan DILARANG MELETAK KENDERAAN DI SINI. Dan, ditulis dengan marker-pen DENDA RM50.00)
A : Sampai RM50?!? Baru letak sat, masuk dalam. Saya mai ni pun pasal nak bincang dengan pakcik saya berkenaan maktok saya yang sakit. Esok ada temujanji dengan doktor pakar. Kalau tak ada hal, saya pun tak mau mai sini.
B : Yela, kalau abang nak kami buka, bayar dulu. Kalau abang nak tawar-menawar, kami ok. Sekarang abang boleh bagi berapa?
A : Bukan kira bagi atau tak bagi. Kalau saya bagi, saya ajar hangpa buat benda ni. Saya bagi RM50, esok lusa atau sat lagi mesti ada lagi mangsa.
B : Yela, kami cari makan. Kalau abang ada tempat saya, apa abang buat?
A : Saya? Saya takkan buat benda macam ni, Penaya namanya. Badan sihat, pi cari kerja. Paling lekeh pun dapat gaji tetap.
K : Tula, bos saya pun tak bagi letak kereta kat sini.
A : Fikir logik la. Ada ka saya mengganggu laluan? Tunggu sat la.
(Diri ku menghubungi pakcikku yang masih di dalam McD dan menerangkan kejadian yang berlaku.)


A : Ok, sat pakcik saya mai. Tanya dia saya mai sini buat apa. Kita selesaikan kat sini, kan senang. Tak payah kait orang lain.
B : (sambil berkata pada si kurus) Hang telefon Man sekarang.
B : Saya dah minta bos saya mai. Nanti abang cakap dengan dia.
A : Nampak, benda kecil dah jadi besar. Saya pun tak lama parking kat sini. Hangpa buka, kita selesai kat sini. Habis cerita.


Dalam 5 minit kemudian, pakcikku sampai. Sejurus selepas itu, ‘bos’ parkir haram ni pun sampai.
Pakcik (P) : Ni apa pula? Hangpa tak dak kerja lain ka?
Bos (S) : Depa buat kerja depa, bayar je la.
A : Nak bayar apa nya. Buat salah pun tak.
P : Ingat saya tak nampak ka, hangpa dua duduk kat ceruk tu kan tadi? Dah tau tak boleh parking, mai la habaq kat dia. Ni serupa ngan tunggu masa sapa yang nak kena.
B : Kami tak busuk hati sampai macam tu sekali.
S : Sekarang ni abang boleh bayar berapa?
A : Kalau ikut hati, saya tak mau bayar.
P : Tak pa la, bagi ja RM10 kat depa ni. Dapat duit, selesai la tu. Depa nak duit ja. (Mungkin pakcik ku tak mahu panjang cerita)
A : (Sambil menghulurkan RM10 dengan rasa berat hati)ok, ni pun saya bagi bukan sepenuh hati. So, boleh buka rantai ni.
S : ok, dah. Buka rantai tu.


(Hidupkan enjin motor dan berlalu. Si Besar juga berlalu. Tinggal si Kurus membuka rantai)
K : Bang, maaf ya. Saya tak terlibat dengan depa ni.
A : Jangan merapu la. Tadi hang yang beria-ia. Dengan baju Caltex, tak malu ka? Ok la, trimas buka rantai. Moga saya tak jumpa lagi dengan hang atau orang yang buat kerja senang camni.
K : Maaf ya, bang.
A : Ok..
A : Uncle, thanks.
P : Ok.

Segalanya berlalu. Hampir 30 minit sesi dialog berlaku. Si Kurus hanya mengikut kata dan buat ‘nasi tambah’ apa yang si Besar cakap. Dalam hati terdetik adakah duit itu halal bagi mereka dan bagaimana dengan diri ku? Halalkan atau haramkan duit yang dihulurkan?
Kesimpulan, peringatan untuk semua. Bertindak mengikut keadaan dan sentiasa berhati-hati dengan persekitaran yang semakin kabur jika kita bertindak melulu. SILA AMBIL PERHATIAN PADA TEMPAT KEJADIAN. Moga ia tidak berulang kepada sesiapa yang membaca pengalaman ini....IA~

Wednesday, December 23, 2009

Tempat 1






Al-kisahnya...
Aku : ada pc problem kat bawah, user cakap pc x boleh masuk Windows.
Mr. N : macam mana boleh jadi camtu?
Aku : tak tau, kena check dulu la.
Mr. N : Ok, pegi check.

Di tempat lain;
Aku : Apasal u punya pc?
User : entah, i baru on tiba-tiba popup itu message kata tak boleh masuk Windows.
Aku : Ok, i check dulu.

Aku terus melakukan kerja baik-pulih. Masuk safe-mode, tak ok. Alih-alih aku kena buat scan disk kerna PC ni run guna Windows 98. Dekat 15 minit menunggu, akhir selesai. Try boot sekali lagi, ada 2 fail masih corrupted. So, terus cabut semua connection plug dan bawa PC ni pi blow angin. Buka casing, tudia aih. Habuk berlambak, dekat nak penuh bahagian dalam PC. Lepas blow, bawa naik office. Nak double check apa problem sebenar.

Sampai dah;
Mr. N : Apa problem PC tu?
Aku : Windows corrupted. Sudah repair tadi, sekarang mau double check.
Mr. N : Ok.

Aku meneruskan kerja membaik-pulih sistem. Pabila on je PC, alih-alih ok pula. Cuma ada sound entah dari mana. Check punya check, cpu fan dah rosak. Niat di hati nak tukar cpu fan yang lain. Aku pun buka la almari stok hardware.

Mr. N : u buat apa?
Aku : Mau tukar cpu fan. Yang lama sudah tak jalan.
Mr. N : tadi u cakap Windows corrupted.
Aku : Memang la, tapi tiba-tiba ada sound. I check, itu cpu fan sudah stop.
Mr. N : u jangan simply cari barang ya, I sudah susun semua.
Aku : (apa kes, aku yang susun semua barang tu. Lupa la tu.). So, I mau cari mana itu cpu fan?
Mr. N : tak apa, bagi sini i buat.

Dengan selamba je Mr. N amik alih kerja aku. Dah la pasang cpu fan tu main belasah ja. Mentang-mentang la user tu tahap bawahan.

Mr. N : Ok, u pasang balik semua. Then u pegi hantar. I tak mau ada barang lain lama-lama di sini.
Aku : (aik?? Habis tu apa tugas hang sebagai *** kat sini?) Ok.

Dirangkum semua, ini kerja troubleshooting aku yang pertama selepas hanya diberikan kerja-kerja seperti mengangkat monitor, tukar mouse atau keyboard, set profile pada masa 6 bulan yang lalu. Insya-Allah, pengalaman sebegini akan di’update’ lagi.

Monday, November 23, 2009

tulang rusuk ku~

-->sedikit sedutan kisah.
Maaf, dalam proses mencari idea untuk mengarang.. :)


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh  sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
.....
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di
kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??