...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Thursday, December 23, 2010

HospitaL~

Hari ni 21 Disember 2010 bersamaan 15 Muharram 1432H, msuk hari ke-5 mak mentua ku di wad 8, Hospital Seberang Jaya. Puncanya pada 15/12 bahagian kaki kanan mak mentuaku seperti melecur dan membengkak dari lutut ke bawah. Di bahagian atas kaki, ada gelembung ‘air bisa’ sebesar tapak tangan. Tetiba je jadi tanpa ada sebab-musabab yang memungkinkan ianya berlaku.

Pada 15/12, jam 1.30 petang mak ditahan wad Hospital Sungai Bakap. Agak terkilan juga kerna layanan yang tidak seberapa. Mungkin tak cukup staf, atau tenaga yang ada dihadkan untuk kerja-kerja tertentu. Ku fikirkan positif kerna diri ku tak berada di tempat mereka. Hari-hari ku datang melawat dan hari-hari ada saja cerita baru. Entah la

Akhirnya, pada 17/12 jam 10pagi, Mak ditukarkan ke Hospital Seberang Jaya kerna di Hospital Sungai Bakap tiada pakar untuk menguruskan masalah kaki mak yang kelihatannya semakin membengkak. Tiada waris yang diberitahu sehingga MakSu yang ingin melawat Mak diberitahu oleh jururawat bertugas yang Mak dah dipindahkan. Untuk ini, mungkin mereka tiada masa untuk menelefon atau memberitahu kot.. Mungkin..

Urusan mak di Hospital Seberang Jaya diuruskan secara berselang-seli oleh isteriku, kak long, Huzaid dan Mak Njang yang sanggup datang dari Teluk Intan untuk bersama-sama dengan Mak pada 19/12 (9am-3pm). Isteriku pula sejak kelmarin berada di wad sejak jam 9am hingga jam 7.30pm. Hari ni bersambung lagi. Kak Long pula dah 3 malam berada di wad, bermula jam 9pm hingga 9am esoknya. Masing-masing memberikan yang terbaik untuk keselesaan ibu sendiri. Pabila kulihat sebegini, ku berdoa moga-moga Allah SWT memberikan kekuatan jika ku juga berada di tempat mereka kelak. Ameen~

Ku juga ingin berkongsi rasa kejadian memilukan pada 18/12 yang lepas. Sebaik mendapat tahu yang Mak akan discaj dari wad pada jam 3pm, ku dan isteri menguruskan segala urusan berkaitan. Mak pula bersungguh-sungguh agar semuanya dilakukan dengan pantas kerna Mak tak sabar nak balik. Membayar bil, mengemas barang-barang dan ingin menukar pakaian Mak oleh isteriku. Panggil jururawat bertugas untuk membuka tiub saluran air dan saluran darah pada tangan Mak. Tetiba, Mak kata nak bersolat dahulu. Hampir 15 minit masa berlalu, isteriku kejutkan Mak untuk bersiap balik. Dan, di luar jangkaan kami, Mak terus bersuara agak keras mengarahkan kami balik dahulu. Sedangkan, kami nak siapkan Mak. Isteriku memujuk lagi, dan kali ni suara Mak lebih tinggi. Jururawat dipanggil dan Mak cuba ditenangkan tapi Mak meninggikan suara pada semua yang cuba bersuara padanya. Ku terfikir, mungkin ubat pelali melebihi dos dan memberi kesan pada mak sekarang. Mungkin

Jam 6.30pm, Pak Mentua ku dan Huzaid sampai. Pak Mentua ku juga sakit tapi sanggup datang dari Jawi semata-mata untuk mak. Bapa juga dinafikan Mak. Mak kenal semua tapi emosi Mak tak dapat dikawal. Mungkin terlalu sakit, mungkin dos pelali yang diberikan dan mungkin Mak tak dapat terima hakikat. Mungkin
Jam 7.15pm, emosi mak agak surut. Tapi, tak boleh ditegur. Doktor bertugas mengarahkan agar tidak mengganggu Mak buat seketika. Kami sedih melihat keadaan Mak. Anakku pula meragam sejak tadi dan ku cuba menenangkannya. Jam 7.30pm, pengumuman bahawa waktu melawat dah tamat. Mak terpaksa ditahan semula. Ku dan isteri terpaksa meninggalkan Mak dengan Kak Long dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar.
Kak Long sms 20/12, jam 11pm tadi, “Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan.” Kami di rumah tak senang duduk. Akhirnya terlena dan sebaik terjaga jam 5am, terus sms Kak Long. Kak Long membalas,”Katil Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan. Sampai je, dah ada pesakit lain pula yang sedang dilakukan pembedahan.” Ku hairan dan sekali lagi berfikiran positif mungkin ada salah faham kot. Mungkin
Katanya pagi ni Mak akan dibedah. Moga semuanya berjalan lancar.

Ya Allah, sesungguhnya Kau berkuasa ke atas sesuatu. Jika itu yag Kau inginkan, Kau berikan yang terbaik buat Mak Mertua ku. Kau berikan kelancaran dalam setiap urusan ketika Mak masih di hospital. Kau berikan kesembuhan agar Mak lebih selesa melakukan ibadah kepada-Mu. Ameen, Ameen ya Robbal Alamin~

1 comment:

hrusli61 said...

Ya lah Omar sabar dan terus berdoa. Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluaraga Omar dan isteri.

Permudahkanlah dan berkati keluarga ini. Ameen