...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Thursday, December 23, 2010

HospitaL~

Hari ni 21 Disember 2010 bersamaan 15 Muharram 1432H, msuk hari ke-5 mak mentua ku di wad 8, Hospital Seberang Jaya. Puncanya pada 15/12 bahagian kaki kanan mak mentuaku seperti melecur dan membengkak dari lutut ke bawah. Di bahagian atas kaki, ada gelembung ‘air bisa’ sebesar tapak tangan. Tetiba je jadi tanpa ada sebab-musabab yang memungkinkan ianya berlaku.

Pada 15/12, jam 1.30 petang mak ditahan wad Hospital Sungai Bakap. Agak terkilan juga kerna layanan yang tidak seberapa. Mungkin tak cukup staf, atau tenaga yang ada dihadkan untuk kerja-kerja tertentu. Ku fikirkan positif kerna diri ku tak berada di tempat mereka. Hari-hari ku datang melawat dan hari-hari ada saja cerita baru. Entah la

Akhirnya, pada 17/12 jam 10pagi, Mak ditukarkan ke Hospital Seberang Jaya kerna di Hospital Sungai Bakap tiada pakar untuk menguruskan masalah kaki mak yang kelihatannya semakin membengkak. Tiada waris yang diberitahu sehingga MakSu yang ingin melawat Mak diberitahu oleh jururawat bertugas yang Mak dah dipindahkan. Untuk ini, mungkin mereka tiada masa untuk menelefon atau memberitahu kot.. Mungkin..

Urusan mak di Hospital Seberang Jaya diuruskan secara berselang-seli oleh isteriku, kak long, Huzaid dan Mak Njang yang sanggup datang dari Teluk Intan untuk bersama-sama dengan Mak pada 19/12 (9am-3pm). Isteriku pula sejak kelmarin berada di wad sejak jam 9am hingga jam 7.30pm. Hari ni bersambung lagi. Kak Long pula dah 3 malam berada di wad, bermula jam 9pm hingga 9am esoknya. Masing-masing memberikan yang terbaik untuk keselesaan ibu sendiri. Pabila kulihat sebegini, ku berdoa moga-moga Allah SWT memberikan kekuatan jika ku juga berada di tempat mereka kelak. Ameen~

Ku juga ingin berkongsi rasa kejadian memilukan pada 18/12 yang lepas. Sebaik mendapat tahu yang Mak akan discaj dari wad pada jam 3pm, ku dan isteri menguruskan segala urusan berkaitan. Mak pula bersungguh-sungguh agar semuanya dilakukan dengan pantas kerna Mak tak sabar nak balik. Membayar bil, mengemas barang-barang dan ingin menukar pakaian Mak oleh isteriku. Panggil jururawat bertugas untuk membuka tiub saluran air dan saluran darah pada tangan Mak. Tetiba, Mak kata nak bersolat dahulu. Hampir 15 minit masa berlalu, isteriku kejutkan Mak untuk bersiap balik. Dan, di luar jangkaan kami, Mak terus bersuara agak keras mengarahkan kami balik dahulu. Sedangkan, kami nak siapkan Mak. Isteriku memujuk lagi, dan kali ni suara Mak lebih tinggi. Jururawat dipanggil dan Mak cuba ditenangkan tapi Mak meninggikan suara pada semua yang cuba bersuara padanya. Ku terfikir, mungkin ubat pelali melebihi dos dan memberi kesan pada mak sekarang. Mungkin

Jam 6.30pm, Pak Mentua ku dan Huzaid sampai. Pak Mentua ku juga sakit tapi sanggup datang dari Jawi semata-mata untuk mak. Bapa juga dinafikan Mak. Mak kenal semua tapi emosi Mak tak dapat dikawal. Mungkin terlalu sakit, mungkin dos pelali yang diberikan dan mungkin Mak tak dapat terima hakikat. Mungkin
Jam 7.15pm, emosi mak agak surut. Tapi, tak boleh ditegur. Doktor bertugas mengarahkan agar tidak mengganggu Mak buat seketika. Kami sedih melihat keadaan Mak. Anakku pula meragam sejak tadi dan ku cuba menenangkannya. Jam 7.30pm, pengumuman bahawa waktu melawat dah tamat. Mak terpaksa ditahan semula. Ku dan isteri terpaksa meninggalkan Mak dengan Kak Long dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar.
Kak Long sms 20/12, jam 11pm tadi, “Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan.” Kami di rumah tak senang duduk. Akhirnya terlena dan sebaik terjaga jam 5am, terus sms Kak Long. Kak Long membalas,”Katil Mak dah ditolak ke Bilik Pembedahan. Sampai je, dah ada pesakit lain pula yang sedang dilakukan pembedahan.” Ku hairan dan sekali lagi berfikiran positif mungkin ada salah faham kot. Mungkin
Katanya pagi ni Mak akan dibedah. Moga semuanya berjalan lancar.

Ya Allah, sesungguhnya Kau berkuasa ke atas sesuatu. Jika itu yag Kau inginkan, Kau berikan yang terbaik buat Mak Mertua ku. Kau berikan kelancaran dalam setiap urusan ketika Mak masih di hospital. Kau berikan kesembuhan agar Mak lebih selesa melakukan ibadah kepada-Mu. Ameen, Ameen ya Robbal Alamin~

Wednesday, December 15, 2010

Nando's Juru Auto City_141210

Setelah 2 bulan tak singgah di Nando's, rangkaian makanan yang akan ku singgah setiap bulan jika berpeluang. Apa yang bestnya Nando's ni? ayamnya ke sebagai menu utama? kentang gorengnya ke? nasinya ke? air minuman yang boleh di-refill ke? bagi ku, semuanya best.hehehe


So, kali ni ku bawa puteri ku sekali. 'UZMA JAMILA yang bakal mencecah 8 bulan pada 17/12 ni. Teruja sungguh dirinya pabila masuk ke Nando's. Dengan colorful, dengan perhiasannya, dengan susun atur meja dan kerusi. Patut la dapat anugerah Food Court Terbaik oleh MPSP. Thumbs-up la~   
Selain tu, kebersihan memang tip-top. Susah nak cari celanya tapi kena ingat ini semua perancangan makhluk yang bergelar hamba. Sesungguhnya Yang Hakiki adalah terbaik dalam semua segi..
Sedikit gambar sekadar perkongsian:




Tuesday, December 14, 2010

BowLing IKRAM PP 2010

saLam,
Hampir 2 bulan lamanya ku x sempat update a.k.a kemaskini blog, tempat curahan rasa hatiku yang lebih gemar mencurah dalam bentuk penulisan. Kali ni nak ceghita mai al-kisah Perlawanan Bowling inter-usrah Pertubuhan IKRAM P.Pinang yang diadakan di Ampang Bowl, Summit, B.Mertajam, Penang pada 7/12/10. Bermula seawal 10am, diri ku dah terpacak. Antara yang dah hadir saudara SUK IKRAM PP, Hj. Atan. Tanya kt Hj.Atan, berapa RM per game? Jawabnya, RM4.00. ok la, maybe public holiday. Janji dapat main...


Bola dipilih.











Satu pasukan terdiri 5 orang. Dari kiri Amir MIG, Ku, Mizi Lawyer. Yus dan Hj. Isa. Ni gambarnya:-
Selepas 1 game berlangsung, kumpulan kami - USR 03 berjaya menjaringkan gol ke arah pin-pin yang ada seperti yang tertera:
Dan, pada Game ke-2, ini pula hasil yang telah dituai...
Setelah hampir 3 jam bertarung sampai jari-jemari hampir beku, yang ditunggu-tunggu telah tiba. Johan kategori Kumpulan dengan jatuhan pin sebanyak 1,236 pin jatuh kepada ..............
Kumpulan
Johan: Usrah 03 SPT
Naib Johan: Usrah 03 Timur Laut
Ketiga: Usrah 05 SPT


Individu
Johan: Zulfahmi
Naib Johan: Yusmadi
Ketiga: Zulkarnain


Moga bertemu di lapangan sukan yang lain~

Sunday, October 31, 2010

Muqayyam 01 - IKRAM P.Pinang


SaLam Ukhuwwah semua,
Jam 10.00pm tadi, selesai sudah Road-Show Muqayyam 01 di Pejabat IKRAM, P.Pinang yang akan berlangsung di Lata Celak, Baling, Kedah Darul Aman pada 26 hingga 28 November 2011. Mengikut alamat diberikan adalah Lata Celak, Iboi (Mukim Kupang).
Program bermula pada 26/11, jam 10.00pm. Para peserta dikehendaki berkumpul di R&R Penanti, arah Gerik. Program berakhir pada 28/11, jam 1.00pm seusai Majlis Penutup yang berlangsung.
Yuran Peserta:
1. Bagi Pelajar = RM30, dan
2. Bagi Dewasa yang bekerja = RM50
yang meliputi makan-minum, penginapan dan kos-kos lain. 



Program merangkumi 50% Fizikal dan 50% ruhi dan pengisian. Banyak aktiviti yang dirancangkan yang Insya-Allah bakal menguji fizikal dan minda para peserta kelak.Pengisian pula merangkumi Sirah Rasulullah SAW, Konsep Taawun (tolong-menolong) dan Ketaatan. Pada program kali ini, kita akan dapat melihat para peserta menggunakan segala skill dan pengetahuan dalam usrah yang mereka hadiri setiap minggu.


Insya-Allah, seusai program nanti, saya akan update sepanjang berada di sana.
Jangan lupa, tarikh akhir mendaftar adalah pada 19 November 2010 (Jumaat).
Sila hubungi akh Mustafa Basri di talian 019-513 8123 untuk maklumat lanjut.
Moga Allah SWT permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.

Tuesday, October 26, 2010

TOLONG dan TERIMA KASIH

saLam,
Sedikit perkongsian menarik untuk anda semua.


"Can you press for me level 7... Please," Pinta seorang kiwi (orang New Zealand), semasa kami berada di dalam lif di perpustakaan universiti.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Baca selanjutnya di TOLONG dan TERIMA KASIH

Diriku sebagai ALONG yg sulung..~

SaLam pengunjung semua..
Selepas DITEGUR, ku mengambil keputusan untuk 'mencuri' sedikit masa ku yang dianugerahkan oleh-Nya untuk mengemaskini laman blog ku kerna ku rasa banyak juga untuk ku coretkan tapi masih belum dapat mendisiplinkan diri; duduk dalam setengah jam ke. Bagaimana ya, Insan Marhaen, hrusli61, abidsakina dll..??


Kisah ku semakin kritikal bergelar ALONG. Diriku diuji dengan dugaan yang kecil (ku tak mahu kata besar kerna ada yang lebih BESAR). Di lapangan luar, ahli masyarakat/kawan universiti/rakan taulan cuba melantik diriku mengetuai mereka. Tapi, dengan rasa rendah hati ku menolak dan meminta agar mereka memilih orang yang lebih layak. Dan, di dalam keluarga ku, ku cuba jadi yang terbaik tetapi dalam masa yang sama diri ku diuji. Memang tahap kesabaran ku diuji tapi diri ku tahu ada lagi dugaan yang maha hebat di luar sana. Ku tahu ku hanya insan yang ingin mencari sesuatu untuk mejadikan diri ini lebih baik dari hari sebelumnya, tetapi mengapa dan kenapa tindakan ku disalah erti? Kenapa segalanya baru bermula tapi itu yang dijadikan isu?


Setakat awal bulan Oktober ini, ku telah membuat 5 kali mesyuarat antara kami, anak-anak. Banyak yang dibincangkan, diperdebat, idea dicurahkan tapi belum berjaya sepenuhnya apa yang dirancang. Memang ku akui bukan mudah tapi ku ingin juga melihat walau pun sekelumit hasil daripada idea bersama. Pabila ku tanya, ada yang respon secara baik. Dan, ada yang sebaliknya. Tak mengapa, tiap orang ada cara dan style mereka tersendiri.


Hari ni dah 26 Oktober. Hanya tinggal beberapa hari untuk ku terus menunggu hasil yang bakal diraih bersama. Moga Allah SWT bersama semua ahli Baitus-Salam dalam setiap tingkah yang dalam redha-Nya.


Adik-adikku, maafkan jika ALONG belum sepenuhnya dianggap rujukan bagi kalian dalam apa jua hal.
Maafkan juga jika tindakan ALONG sebagai abang.
Tapi, jangan sesekali kalian salah anggap/salah tafsir/salah guna dengan kemudahan yang diberi.


Wallahu'alam~



Tuesday, September 14, 2010

Pengalaman adik-adik ku...

2 hari sebelum raya-8/9 yang lepas, ku mendapat berita daripada pengasuh anak ku yang beliau akan bercuti raya di kampung selama seminggu. Ku berfikir, kat mana pula nak bagi anakku mengasuh sedangkan sebelum ni hanya sehari saja pengasuh anakku bercuti. Fikir punya fikir, rupanya adikku Sa'adah dan Aiman ada di rumah. Kedua mereka bercuti raya sehingga hari ahad ini, 19/8. Selepas berbincang dan memberi kata dua, mereka bersetuju menjaga anakku. Alhamdulillah.
Maka, hari ini, 14/9 bermula tugasan mereka dalam 'melayan' anakku. Seusai bersarapan pagi tadi, isteriku memberi beberapa panduan dalam menguruskan anakku, puteri 'UZMA JAMILA. Daripada mandi, membuat susu, membersihkan diri dan lain-lain lagi. Tepat jam 8.30am, kami menyerahkan dan bertawakkal agar semua berjalan lancar.
Pada jam 10am tadi, ku sms adikku Sa'adah bertanyakan  bagaimana keadaan anakku. Jawapan yang kuterima agak lewat iaitu pada jam 12pm. Tapi, ku faham. Mungkin mereka sibuk menguruskan anakku. Jawapan sms yang ku terima membuatkan perasaaan ku bercampur-baur. Sedih, gembira, teruja dan lain-lain. Sms berbunyi,"Kul 9 suku, adek mandi. Pastu minum susu. Saya tukar seluar lepas adek buang air besar. Then, minum susu. Adek xnak baring & xnak dok dalam buai. So, bagi adek minum sambil dukung. Lama-lama adek pun tertidoq. So, sekarang dia dok tidoq kat ruang tamu. Baru tukar shift dengan Aiman." Aduh, kesian pula pada mereka memikirkan bagaimana mereka mnguruskan. Tapi, jauh dalam hatiku yakin yang mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan jayanya. Ameen~
Balik je kerja dari umah, ku dan isteri terus mencari anak ku. Tiada di ruang tamu, ku terus meluru ke bilik adik-adik perempuanku. Tiada juga. Akhirnya, ku berkata pada isteriku yang mungkin mereka bawa anakku berjalan-jalan kut. Buka je pintu bilik, ku nampak adikku Aiman tertidur di tepi tilam dan anakku tidur lena. Betapa gumbira rasa hati melihat anakku. Ku berterima kasih pada adik-adikku kerna berjaya dalam melaksanakan tugasan dengan baik. Dan, pada ketika ini ku mendengar celoteh adik-adikku berkenaan anakku yang seorang ini, 'UZMA JAMILA  yang akan berumur 5 bulan pada jumaat ni, 17/9.
Sekali lagi, terima kasih seikhlasnya ku ucapkan pada adik-adikku, NURUS-SA'ADAH dan NURUL AIMAN. Esok ada sehari lagi ya~

Thursday, August 12, 2010

TokWan, Hussain Mohamed

saLam,

sekadar makluman,

Malam tadi, 1030pm tokwan ana, Hussain Mohamed dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Atas sebab kaki sebelah kiri tiba-tiba tak berfungsi dan beliau jatuh di dapur selepas berbuka puasa.
Ketika kami sampai, tokwan kata tangan kiri juga macam tak ada apa-apa.

Tidak mahu kejadian lama berulang, kami bergegas membawa tokwan ke Hospital Seberang Jaya.
Doktor yg bertugas telah periksa, paras gula adalah 143 dan BP pada tahap 137/83.
Tokwan ana terpaksa ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut (scanning etc).

Sekarang berada di Wad 5, Hospital Seberang Jaya.
Minta para sahabat sekalian mendoakan yang terbaik buat beliau.
Moga Allah permudahkan urusan bersama di bulan yang penuh barokah ini.

*updated, jam 1.30pm tadi - TokWan dalam proses ditukarkan ke Kelas 2, Wad 5;
Dan, TokWan dipastikan menghidap Strok (Minor).
*Tokwan ana, Hussain Mohamed adalah suami kepada arwah nenda ana yang baru meninggal pada 4/8/'10 yang lalu.

Tazkirah Ramadhan - drpd akh. Zulkarnain

Assalamulaikum warahmatullah,

Saudaraku yang dikasihi, Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt, kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah, Bulan yang padanya diturunkan Al Quran, bulan yang padanya terdapat Lailatulqadar iaitu bulan yang lebih baik dari seribu bulan, bulan rahmat dan bulan bagi mendapat maghfirah dari Allah swt serta bulan yang setiap amalan akan digandakan sehingga berlipat kali ganda. Lihatlah saudaraku betapa Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang bersifat Maha Pemberi. Memberikan kurnia kepada umat Junjungan besar Nabi Muhammad saw yang tidak diperolehi oleh umat-umat nabi lain. Alangkah bertuahnya kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad. Kami bersyukur pada-Mu ya Allah.

Alhamdulillah, 1 Ramadhan telah berlalu. Marilah kita bermuhasabah sejenak bagi merenung kembali adakah kita telah berjaya mengawal setiap anggota pancaindera kita untuk turut berpuasa iaitu menahan anggota zahir dari melakukan sesuatu yang akan merosakkan pahala puasa kita. 3 anggota zahir yang sering membuat kita tewas didalam mengharungi ibadah puasa kita iaitu mata, telinga dan lidah.
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa yang paling bahaya antara ketiga-tiga anggota badan di atas, anggota lidah adalah yang paling bahaya.

Adakah kita telah berjaya menahan mata kita dari melihat perkara-perkara yang haram, adakah telinga kita telah menahan dari mendengar perkara-perkara dusta, fitnah, umpat, nista atau perkara-perkara yang akan merosakan ibadah puasa kita? Adakah kita telah berjaya menhan lidah kita dari berkata-kata pada perkara yang sia-sia? Apatah lagi sekiranya perkataan itu merupakan umpatan, keji, penghinaan atau fitnah? Ingatlah wahai saudaraku bahawa antara 3 anggota tersebut, bahaya lidah adalah yang paling perlu ditakuti kerana ia akan membawa kebinasaan pada semua amalan kita. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang wanita yang sering berpuasa disiang hari, bertahajud dimalam hari, tetapi tidak menjaga lidahnya hingga membuatkan jirannya tidak aman akibat lidahnya. Sahabat telah bertanyakan pada Baginda tentang keadaan wanita itu. Lalu Rasulullah saw berkata, bahawa wanita seperti itu tempatnya adalah neraka. Na`uzubillah… Lihatlah saudaraku, betapa amalan yang banyak dilakukan, masih mampu menghumbankan kita kedalam api neraka jahanam, oleh kerana kita tidak mampu menahan lidah kita dari umpat keji yang membuatkan samada kawan, saudara atau jiran kita tidak aman dengan kita.
Dan jagalah anggota batin, yakni hati yang banyak melahirkan suu’ zhon yang juga akan membinasakan amalan kita. Hati adalah ibarat raja bagi anggota badan kita. Hati adalah punca samada jasad kita menjadi baik atau sebaliknya.

Cuba fikirkan sejenak, adakah puasa kita lebih baik dari Ramadhan yang lalu? Marilah kita berusaha untuk memperbaiki kedudukan amalan kita di sisi Allah swt. Apajua tugas yang kita lakukan, kita mesti ingat bahawa misi kita didunia ialah menjadi HAMBA ALLAH dan visi kita ialah menuju MARDHATILLAH seterusnya ke SYURGA ALLAH. Kalau kita hamba Allah, kita tahu setiap gerak geri kita Allah perhatikan, dan malaikat kiraman katibin sentiasa di sisi kita mencatatkan setiap perbuatan kita. Kalau kita menipu, malaikat akan catatkan; kalau curi tulang, malaikat akan catatkan; kerja dengan baik juga malaikat akan catatkan, tolong orang, malaikat akan catatkan, permudahkan urusan orang lain juga malaikat akan catatkan, pendek kata tidak terlepas dari setiap perbuatan kita, akan dicatat walaupun sebesar zarah dan akan dipamirkan di hari pembalasan nanti. Sengaja saya nukilkan perbuatan-perbuatan itu kerana saya juga tidak terlepas dari perkara tersebut supaya menimbulkan rasa terkesan di hati dan menimbulkan kegerunan pembalasan Allah dihari Akhirat nanti.

Dari Kaab bin Ujrah ra beliau berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Hadirlah ke mimbar!” Maka kami pun telah hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik ke tangga yang kedua, Baginda berkata “amin” dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata “amin”.
Apabila baginda turun, kami telah bertanya, ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami mendengar daripada-mu sesuatu yang belum pernah kami dengar”. Baginda bersabda “Sesungguhnya Jibrail as telah muncul kepada ku dan berkata “binasalah seseorang yang didatangi Ramadhan tetapi belum juga diampunkan”.; “Maka aku berkata “amin”. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata “binasalah seseorang yang apabila nama engkau disebutkan kepadanya, tidak pula dia menselawatimu’. Aku juga berkata ‘amin” dan apabila aku naik anak tangga yang ke tiga dia berkata ‘binasalah seseorang yang mendapati kedua-dua ibubapanya atau salah seorang daripadanya telah tua tetapi mereka tidak menjadikan sebab untuk dia masuk ke dalam syurga.’ Aku berkata “amin”
Dari hadis di atas Jibrail telah memohon doa (kebinasaan) dan Rasulullah mengaminkan ketiga-tiga doa tersebut. Apa kurangnya doa dari Jibrail as? Dia adalah malaikat yang hampir dengan Allah ditambahi dengan amin dari Rasulullah yang menjadikan doa itu bertambah makbul. Semoga kita memohon kekuatan dari Allah untuk menghindarkan kita dari tergolong dalam golongan yang didoakan oleh malaikat Jibril. Sempena bulan Ramadhan al Mubarak, perbanyakkanlah mohon syurga Allah dan dijauhkan dari neraka Allah. Perbanyakkakan selawat ke atas junjungan besar saw, serta berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa samada masih hidup ataupun telah kembali ke rahmatullah dengan mendoakan kesejahteraan roh mereka di alam barzakh.
Moga ada sedikit manfaatnya. Syukur pada Allah kerana memberi keizinan kepada saya untuk menghentak jari di keyboard ini bagi menyampaikan sedikit dari jutaan pesan Rasul saw kita. Sabda nabi, sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat. Wallahu a’lam.

Salam Ramadahan Al Kareem…………….za

Monday, August 9, 2010

Tropical Herbs - Set Bersalin

a. Lengkap Dengan 10 Produk Campuran Herba, Dirumus Khas Untuk Menguat Dan Mengukuhkan Dalaman Tubuh Badan Serta Mempercepatkan Proses Penyembuhan Bagi Ibu-Ibu Lepas Bersalin.

b. Dirumus daripada rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa dalam tempoh berpantang.

c. Cara penggunaan sangat mudah dan proses persediaannya pula tidaklah rumit dan leceh. Ini kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia digunapakai dengan hanya memerlukan proses penyediaan yang minimum.

d. Boleh juga digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin melalui cara pembedahan (caesarean), iaitu selepas sebulan kelahiran.

Kelebihannya:
√ Lengkap dan mudah. Segala yang anda perlukan terdapat di dalam dalam set ini. Penyediaan yang minimum diperlukan kerana semua produk ini telah disukat terlebih dahulu. Jadi ia hanya siap sedia diguna tanpa susah payah.

√ Terbukti Keberkesanannya. Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

√ Herba-herba yang piawai. Bahan yang digunakan adalah ekstrak daripada bahan aktif herba yang dipiawaikan (standardised) untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

√ Ramuan semulajadi. Tiada pewarna dan perasa tiruan atau bahan pengawet yang digunakan.

√ Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

√ Pengilang herba bertauliah. Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).

Kandungan dalam set ini:
Ia terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Untuk dimakan:
• Teh Herba
• Kapsul Lepas Bersalin 1
• Kapsul Lepas Bersalin 2

2. Untuk kegunaan luaran:
• Herba Pembersih Wanita
• Herba Mandian
• Minyak Urut Herba
• Minyak Bayi
• Campuran Peramping Perut
• Campuran Penghangat Badan
• Campuran Penenang

Percuma, Bengkung!
Dengan pembelian set bersalin ini, anda akan diberikan satu set bengkung secara percuma.

Retail RM293.00 / set

(Hubungi 019-541 7821)


Friday, August 6, 2010

Pemergian Nenda tersayang - 4 Ogos 2010

saLam,
Adakah khayalan atau fantasi pabila menerima call drpd Paksu Ded seusai solat Zuhur? "aLong, tokzah dah meninggal.". Aku bertanya,"betul ke?". "Betul, baru 5 minit tadi." Diriku lemah sebentar. Tak sangka, ziarah ku bersama isteri dan baby 'uZma jam 6pm kelmarin dan call drpd Paksu pada jam 3.30am (4/8) adalah sentuhan terakhir yang dapat ku lakukan. Pada awal pagi itu, keadaan arwah Tok nazak. Kesian kami (aku, angah Mat, Achik Mus, Acu Hasan dan PakLang Awang) melihatnya. Kami berterusan membacakan surah Yasin dan beberapa surah berkaitan. Tangan arwah Tok dah sejuk sangat pabila kami pinta diri beransur pulang untuk bekerja. Ku cium pipi dan dahi arwah Tok tika itu. Mataku bergenang dan tak ku sangka itulah yang terakhir dariku.
4 Ogos (135pm)-aku bergegas meminta PakLang Awang (anak kedua arwah Tok) bersiap untuk ke hospital. Ku tidak sampai hati hendak memberitahu hal yang sebenar. Selepas semuanya siap, aku bergegas ke tempat kerja isteri untuk membawanya bersama. Sepanjang perjalanan, ku mengingatkan pada PakLang agar berterusan membaca doa untuk arwah Tok. Sampai sahaja di Masjid Tanah Liat, ku terpaksa 'menukar' PakLang pada Maksu Khairul untuk dibawa pulang kerna ibu ku meminta demikian atas sebab biar tunggu di rumah. Aku bergegas ke hospital kerna aku dimaklumkan yang arwah Tok dah dibawa untuk dimandikan.
Sesampai sahaja, aku bergeas ke Bilik Mayat, Hospital B.Mertajam. Pakcik Hashimi dan keluarga serta jiran arwah Tok dah ada. 15 minit kemudian, 2 orang staf wanita sampai dan bersedia membuat urusan ke atas jasad arwah Tok. Antara yang hadir tika urusan memandikan adalah TokLang Yam, Ibuku, Abahku, Makcik Ina, Paksu Ded, aku, isteriku, adikku Hasan dan seorang kenalan wanita arwah Tok. Kami menyaksikan dari awal hingga selesai. Lebih kurang jam 4pm, semuanya selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan kepakaran yang ada pada 2 orang staf tersebut. Terima kasih banyak2 diucapkan. Moga Allah jua membalas jasa kalian.
Ku membantu dalam mengangkat jasad arwah ke dalam keranda dan terus dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke rumah arwah di Permatang Pasir, bersebelahan Klinik Desa. Ku dan isteri bergegas pulang kerna belum makan, bersiap dan mengambil anak pada pengasuh. Sesampainya di rumah Tok (530pm), dah ramai hadirin yang datang. Ku terus menyiapkan air untuk tetamu yang hadir. Ku dimaklumkan yang jenazah
Tok akan disembahyangkan seusai solat Maghrib dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Pasir. Dan, yang menyentuh hati, jenazah Tok akan disemadikan bersebelahan jenazah arwah Baba (suami kepada Tok). Tepat jam 7.10pm, jasad Tok diusung ke Masjid. Ku mengambil tempat dari awal hingga ke masjid. Sepanjang perjalanan, hatiku tersentuh. Sepanjang pengalaman bersama arwah Tok, hanya Allah yang mengetahui perasaan sebegini. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih berkuas atas sesuatu.
Ramai yang hadir untuk solat Maghrib berjemaah dan sebaik imam habis membaca doa, ku meluru bagi membantu mengangkat pengusung ke ruang solat. Di situ, kami menunaikan solat Jenazah dan ku mengambil tempat di saf hadapan. Solat diimamkan oleh Paksu Ded. Seusai solat, ku mengambil tempat untuk mengusung ke tanah perkuburan. Tazkirah dibacakan oleh Paksu seusai menanam jenazah. Lebih kurang pukul 8.30pm, semuanya selesai. Kami membuat sentuhan terakhir ke atas tanah tempat arwah Tok Zah disemadikan. Moga dengan pemergian Nenda Azizah bt. Wan Esah dicucuri rahmat dan dimudahkan dalam segala urusan di alam kubur. Ameen, ya Rabb~
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan sesuatu. Moga dengan segala kehendak serta takdir daripada-Mu membuatkan kami lebih tabah dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.
*Antara sahabat yang hadir yang sempat bertemu adalah Ustaz Rozee sekeluarga, Harryzan dan isteri serta Amir Effendi. Sahabat kepada abahku ramai juga yang hadir.

Nukilan berkenaan arwah nenda ku juga dapat dibaca di blog adik ku, Nurul Aiman di ->Nenda Azizah

Al-Fatihah buar arwah Tok. Moga Allah bersama dalam tiap urusan dan ditempatkan di kalangan para syuhada', insya-ALLAH~

Thursday, July 15, 2010

Produk BARAKA - Habbatus-Sawda

Produk Baraka (diperbuat di Mesir), mengandungi Habbatus-Sawda yang di'kapsul'kan.
Mudah ditelan (gel lembut) dan senang dibawa ke mana-mana (saiz poket).
Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan. Elok dimakan 1jam sebelum makan apa-apa 3 kali sehari.
Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama Habbatus-Sawda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati Habbatus-Sawda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus-Sawda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus-Sawda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in-vitro mendapati Habbatus-Sawda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus-Sawda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Habbatus-Sawda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus-Sawda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu ibu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Habbatus-Sawda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

1 kotak = 24 kapsul softgel = RM12.00 sekotak
Kos penghantaran = RM2.00/kotak
SESUAI untuk semua lapisan; tidak kira yang sihat (sebagai suplemen tambahan)
atau mereka yang lebih memerlukan. Dengan kuasa Allah SWT, Insya-Allah berkesan.

Thursday, July 8, 2010

al-kisah puteri ku~

saLam, bertemu lagi di lembaran baru. Niat di hati tak mahu berceloteh panjang, maka dipresentasi potret wajah dan keletah anakku, 'UZMA JAMILA yang selamat dilahirkan pada 17 April 2010M bersamaan 3 Jamadil Awwal 1431H di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sunday, July 4, 2010

Parkir Haram~

Assalam wbt,

Permulaan kisah yang tidak dijangkakan. Keterangan kejadian seperti di bawah:
Tempat : Caltex, Seberang Jaya (bersebelahan McDonald’s)
Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 1.30am
Ku baru habis program pada malam ini. Seusai itu, bersama-sama ibuku menghala ke McDonald’s untuk berjumpa dengan pakcik yang ingin bertemu kami dan seterusnya beliau akan pulang ke KL selepasnya. Sampai di Caltex, ku parkir kereta di tempat sepatutnya, yang memang kebiasaannya penuh pada hari minggu. Setelah berbincang dan berbual lebih kurang setengah jam, ku kembali ke kereta dan ku dapati tayar kereta ku dirantai dan dikunci. Rantai hanya rantai buruk dan dikunci dengan mangga kunci yang biasa. Hatiku terdetik, kerja parkir haram le ni. Tidak lama kemudian, datang dua orang lelaki. Seorang berbadan agak besar dan seorang lagi kurus. Yang si kurus ni berbaju Caltex. Sesi dialog bermula...


Aku (A): Awat ni? Dok rantai kereta orang ni?
Si Besar (B) : Bukan apa, abang parking salah tempat. Dekat dengan lorong lori McD masuk untuk buang sampah. Satgi staf McD kata halang laluan depa pla.
Si Kurus (K) : Betul tu.
A : Awat, takkan tak lepas pula lori McD tu. Sikit punya luas laluan tu.(sambil menunjukkan ke laluan yang dimaksudkan)
B : Yela, dah memang ta boleh parking kat sini. Lagipun mana boleh letak kereta kat sini.
A : Mana dia signboard kata tak boleh parking?
B : Tu, kat hujung tu (sambil menunjukkan ke arah tanda DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN yang berada kira-kira 50 meter di seberang jalan)
A : Yang tu u kata signboard? Fikir la logik sikit, yang tu kat situ. Sekarang ni saya letak kereta kat sini.
K : Kami dah buat, bang. Tapi ada orang buang.
A : Hangpa buat pakai apa? Kalau tak nak bagi orang buang, buat macam ni. (sambil menunjukkan ke arah papan tanda Drive-Thru McD: bertiang besi dan ditanam konkrit bersebelahan kereta ku)


Keduanya terdiam dan terkelu.
A : Sekarang saya nak balik. Boleh buka rantai ni?
B : (sambil keluarkan kertas A4 yang dilaminate) Sekarang ni abang kena bayar kat kami dulu, Baru kami buka.
(Kertas bertaip itu menyatakan DILARANG MELETAK KENDERAAN DI SINI. Dan, ditulis dengan marker-pen DENDA RM50.00)
A : Sampai RM50?!? Baru letak sat, masuk dalam. Saya mai ni pun pasal nak bincang dengan pakcik saya berkenaan maktok saya yang sakit. Esok ada temujanji dengan doktor pakar. Kalau tak ada hal, saya pun tak mau mai sini.
B : Yela, kalau abang nak kami buka, bayar dulu. Kalau abang nak tawar-menawar, kami ok. Sekarang abang boleh bagi berapa?
A : Bukan kira bagi atau tak bagi. Kalau saya bagi, saya ajar hangpa buat benda ni. Saya bagi RM50, esok lusa atau sat lagi mesti ada lagi mangsa.
B : Yela, kami cari makan. Kalau abang ada tempat saya, apa abang buat?
A : Saya? Saya takkan buat benda macam ni, Penaya namanya. Badan sihat, pi cari kerja. Paling lekeh pun dapat gaji tetap.
K : Tula, bos saya pun tak bagi letak kereta kat sini.
A : Fikir logik la. Ada ka saya mengganggu laluan? Tunggu sat la.
(Diri ku menghubungi pakcikku yang masih di dalam McD dan menerangkan kejadian yang berlaku.)


A : Ok, sat pakcik saya mai. Tanya dia saya mai sini buat apa. Kita selesaikan kat sini, kan senang. Tak payah kait orang lain.
B : (sambil berkata pada si kurus) Hang telefon Man sekarang.
B : Saya dah minta bos saya mai. Nanti abang cakap dengan dia.
A : Nampak, benda kecil dah jadi besar. Saya pun tak lama parking kat sini. Hangpa buka, kita selesai kat sini. Habis cerita.


Dalam 5 minit kemudian, pakcikku sampai. Sejurus selepas itu, ‘bos’ parkir haram ni pun sampai.
Pakcik (P) : Ni apa pula? Hangpa tak dak kerja lain ka?
Bos (S) : Depa buat kerja depa, bayar je la.
A : Nak bayar apa nya. Buat salah pun tak.
P : Ingat saya tak nampak ka, hangpa dua duduk kat ceruk tu kan tadi? Dah tau tak boleh parking, mai la habaq kat dia. Ni serupa ngan tunggu masa sapa yang nak kena.
B : Kami tak busuk hati sampai macam tu sekali.
S : Sekarang ni abang boleh bayar berapa?
A : Kalau ikut hati, saya tak mau bayar.
P : Tak pa la, bagi ja RM10 kat depa ni. Dapat duit, selesai la tu. Depa nak duit ja. (Mungkin pakcik ku tak mahu panjang cerita)
A : (Sambil menghulurkan RM10 dengan rasa berat hati)ok, ni pun saya bagi bukan sepenuh hati. So, boleh buka rantai ni.
S : ok, dah. Buka rantai tu.


(Hidupkan enjin motor dan berlalu. Si Besar juga berlalu. Tinggal si Kurus membuka rantai)
K : Bang, maaf ya. Saya tak terlibat dengan depa ni.
A : Jangan merapu la. Tadi hang yang beria-ia. Dengan baju Caltex, tak malu ka? Ok la, trimas buka rantai. Moga saya tak jumpa lagi dengan hang atau orang yang buat kerja senang camni.
K : Maaf ya, bang.
A : Ok..
A : Uncle, thanks.
P : Ok.

Segalanya berlalu. Hampir 30 minit sesi dialog berlaku. Si Kurus hanya mengikut kata dan buat ‘nasi tambah’ apa yang si Besar cakap. Dalam hati terdetik adakah duit itu halal bagi mereka dan bagaimana dengan diri ku? Halalkan atau haramkan duit yang dihulurkan?
Kesimpulan, peringatan untuk semua. Bertindak mengikut keadaan dan sentiasa berhati-hati dengan persekitaran yang semakin kabur jika kita bertindak melulu. SILA AMBIL PERHATIAN PADA TEMPAT KEJADIAN. Moga ia tidak berulang kepada sesiapa yang membaca pengalaman ini....IA~

Sunday, June 27, 2010

Aku kembali~

saLam muhibbah buat semua,,
Betapa janggalnya diri kerna tidak berpeluang mengemaskini blog kepunyaan diri. Cuba mencariruang namun gagal di hujungnya. Dengan kekangan masa, kekangan melayari blogspot di beberapa tempat. Tapi, dari hari ke hari diari hidupku semakin bertambah. Banyak yang hendak diluahkan. Hampir 4 bulan juga terputus talian. Dan, pada masa ini peluang muncul. Diriku menggunakan masa dengan sebaiknya untuk 'beraksi' semula di pentas blog ini.
Ok la, hari ni 27 Jun 2010 bersamaan 14 Hijriah 1431H. Bermula seawal 8.15 pagi, diriku mula bergerak bersama sahabat perjuangan, Hamizat ke MPC, Kepala Batas. Bukan mudah di pagi ahad begini menjalani rutin bekerja. Dimaklumkan program akan selesai pada jm 5.30 petang. fuh, minda terpaksa diprogram semula agar menerima semuanya dengan istiqamah dan  tawadhu'. Ya Allah, moga Kau bersama hamba-Mu ini dalam setiap urusan dakwah yang dilakukan. Insya-Allah...
Perancangan Strategik IKRAM P.Pinang. Itu nama yang diberikan kepada program yang bakal kuhadiri. Hampir 70 orang yang hadir dan semuanya diberikan tugasan SWOT dan TOWS mengikut daerah. Pelbagai cara penyampaian dipersembahkan. Ada yang secara total mnggunakan teknologi komputer riba, secara konvensional melalui kertas majung dan ada yang menggunakan kedua2 alternatif. Sungguh menarik idea yang diberikan untuk dibahas dan dibentangkan. Aturcara diselangi dengan lagu tema IKRAM dan Aqsa Syarif. Tugas fasilitator diberi kepada Dr. Fakhruldin Mohd. Hashim. Ku tabik padanya kerna dapat mengendalikan bengkel dengan baik dari awal hingga akhir.
Terdetik hatiku agak menarik juga MPC ni. Ada baik ia dapat dijadikan lokasi jika kami mempunyai agenda untuk bersama2 kelak. Insya-Allah..
Agka menunjukkan 5.40 petang. Fasilitator mengakhiri program dan lagu tema IKRAM dimainkan dan dinyanyikan dengan penuh semangat. Moga bertemu lagi di ruang hadapan dengan wadah perjuangan yang baru....  IKRAM

Tuesday, March 30, 2010

seminggu yang ada 2...

.....
13/3(sabtu)- Mak dimasukkan ke wad setelah makan ubat yang diberikan doktor. Mak kata rasa loya sangat2, pening dan mata berpinar. Kami ke HSB kembali. Dan, mak ditahan wad atas nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Pada petangnya, aku membawa isteriku serta anak-anak buahku melawat atok mereka di HSB. Lepas itu, terus ke HSJ untuk melawat abi mereka. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kemudahan kepada mereka.

14/3(ahad)- Huzaid telefon, katanya mak dah boleh keluar. Hasil pemeriksaan, tiada apa yang kronik. Tiada kencing manis dan tekanan darah pun dah stabil. Mungkin kena masuk air glukos dalam badan rasanya. So, aku dan bapa ke HSB untuk ambil mak. Luka di tapak kaki Mak juga sudah dibersihkan dan diubati oleh kakitangan bertugas. Dua jam selepas tiba di rumah, Mak mengadu sejuk sangat2. Kami terus menyelimuti dan menghala kipas ke arah lain kerna keadaan agak panas pada tika itu. Tiba-tiba Mak panggil Huzaid kerna tak tahan sejuk yang menyerang. Keadaan semakin teruk pabila Mak minta semua sanak-saudara terdekat datang melawatnya. Bapa terus membacakan surah Yasin diikuti oleh sanak taulan yang ada Kitab Yasin. Orang yang datang ziarah semakin ramai. Selepas beberapa ketika, Mak dah kembali tenang. Bapa juga menjerlum Mak dengan air daun (aku lupa nama daun tu) dan panas Mak juga semakin surut. Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala.

15/3(Isnin)- Mak mengadu sakit pada bahagian tapak kaki, dekat dengan jari kelingking(tempat yang diubati). Sakit yang amat sangat sehingga kan hendak berpijak pun tak boleh. Kami mengambil keputusan untuk membawa Mak ke Klinik Swasta kerna tak mahu mengambil risiko. Hampir 2 jam Mak dirawat, baru selesai semuanya. Saya pinta Huzaid membawa Mak pulang dahulu. Saya dan isteri menyelesaikan urusan bayaran dan doktor pinta untuk datang ke klinik setiap hari selama 5 hari berturut-turut untuk mencuci bahagian luka dan mengelakkan kena jangkitan kuman. Rupanya kaki Mak dah agak teruk dan memerlukan rawatan susulan di klinik tersebut.


Walaupun mengingatkan kita kena berjaga sebelum kena, tapi penyakit Mak tiada siapa yang menjangka. Asalnya hanya sakit biasa, tapi bila berjumpa pakar (klinik swasta), baru tahu yang ianya sudah merebak. Pada hari-hari berikutnya, kami berselang-seli membawa Mak untuk mencuci luka di kakinya. Dan, setiap kali itu juga kos semakin meningkat. Kos mencuci luka, kos ubatan dan kos pemeriksaan darah tinggi. Kami bertawakkal dan berdoa agar Allah sentiasa murahkan rezeki dan Mak sihat dengan sebaik-baiknya.


Dan kelmarin(28/3), kaki Mak dah sembuh sepenuhnya. Antara rawatan di klinik tersebut, doktor menggunakan madu lebah yang dicampur ubat yang dicelup kain kasa dan disumbatkan ke dalam luka pada kaki Mak. Begitu ajaibnya kurniaan Allah yang dikaji oleh manusia yang berakal untuk kesejahteraan sejagat. Moga Allah terus mengilhamkan agar segala sumber di muka bumi dapat dijadikan ikhtiar dalam menyembuhkan penyakit yang entah bila datang menyerang. Wallahu'alam~

Presentasi bantal Fiber Sintetik~

Promosi bantal, pelbagai warna.
Jenis : jenis TAYAR dan jenis buah NANAS.
Diperbuat daripada fiber sintetik. Lembut dan menyamankan.
Kesesuaian : sesuai dijadikan bantal hiasan di kereta atau rumah atau tempat2 yang bersesuaian.

Harga promosi:

sebiji;
RM16.00

sepasang
RM30.00

Buatan tempatan, design terkini, permintaan ramai.

Tempah sekarang, dan berikan kami MAKSIMUM seminggu (7 hari) untuk urusan menyiapkannya. (Bergantung pada kuantiti tempahan).
Harga Pos = RM10/bantal

Jenis TAYAR

Jenis buah NANAS

Seperti biasa, dail 019-541 7821 untuk tempahan dan pertanyaan.

Monday, March 22, 2010

Seminggu yg ada...

Assalamualaikum wbt,
fuh, dh lma x menulis..pelbagai masalah timbul dan alhamdulillah satu-persatu diselesaikan dgn ilham daripada Allah SWT.. terima kasih, tuhanku..

Cerita seminggu yg ada ni, mmg tak cukup seminggu dirasakan..
Diriku dapat emergency call pada Jumaat lepas (12/3, 6.30pm) utk balik ke Jawi (umah pak mentua) kerna mak mentua bengkak kaki tiba-tiba dan perlu dibawa ke hospital. Aku bertanya pada isteriku, "tak ada sapa kat umah ke?". Isteriku menjawab, "adik sorang je.". "Ok la, jom siap. Kita balik sekarang juga", aku mengajak. Sesampai saja, ku lihat mak mentua ku terbaring. Rupa-rupanya ayah mntua ku pun ada juga. Mngkin baru sampai. Kmi bertanya apa yg jadi dan adik (Huzaifah) bercerita yg kaki mak (panggilan aku kepada mak mentua) tiba-tiba bengkak. Tak tahu sebab apa. So, kami tanya nak ke hospital ke?. Mak kata tak mau pi, takut kena tahan wad.
Tup-tup, dapat berita terbaru. Abg. Long (abg iparku) on the way balik dari Perlis dan dalam kesakitan kerna sakit appendiks yg agak teruk. Dalam 10 minit lagi nak sampai. Ya Allah, apakah dugaan semua ni? Bapa(pnggilan kepada pak mentua) mengarahkan agar aku dan isteri menguruskan mak manakala bapa dan adik ke Hospital Seberang Jaya setibanya Abg.Long nanti. Bapa terus ke hospital (9.30pm) dan aku stay di rumah. Mak tak mahu ke hospital, pergi esok saja katanya.
13/3-8.30am ->aku, isteriku yang sarat mengandung dan Huzaifah ke Hospital Sungai Bakap. Sesampainya, dah ramai pesakit yang menanti. Hampir sejam menunggu, baru mak dibawa masuk. Selepas 15 minit, mak keluar. (Lupa pla, mak tak kuat untuk berjalan. so, terpaksa naik wheel chair dan ditolak oleh adik.) Tanya Mak, apa Doc kata?. Mak jawab, bengkak biasa saja.
[Jam dah 1am, nanti aku sambung lain. Mengantuk sangat2 ni. c ya~]

Wednesday, February 3, 2010

sedar ke? atau tak nak sedar?

Bermula pandangan ku yg bakal diampirkan, IA~

S: Adakah kita sedar pada tahap mana kita berada? kedudukan mana? asal diri kita?
J: Memang sesiapa pun akan terlupa seketika pabila diuji, tak kira kebendaan..kedudukan..salasilah..tapi Hadith riwayat Muslim ada menyebut , "Darjat amalan seseorang bergantung pada niatnya.". Dikuatkan lagi dengan firman ALLah SWT, bermaksud, "Segala perbuatan zahir dan batin hendaklah dilakukan semata-mata mengharap redha ALLah."(surah Az-Zumar: 11). so, niat..tapi jika ia dizahirkan terang-terangan tidak mengikut jalan yg ada tapi pada masa yg sama masyarakat sekitar juga tidak menyukainya, apa pula kisahnya? kenapa perlu bertindak sedemikian sedangkan jika diikut rentak persekitaran, Insya-Allah baik jadinya..
S: Jika belum sedar di mana kita berada,apa patut dilakukan? berdiam atau bertindak secara 'underground'?
J: Yang ni parah sikit. Kenapa tidak cuba mempelajari sirah sahabat terdahulu, para anbiya' muslimah, isteri Baginda SAW dan contoh-contoh berdekatan lain? Rasanya tak perlu kita cuba menegakkan BENDA yg sedia ada yg memang orang sekeliling memerhati molek keadaannya. Cuba bayangkan susu yang dititiskan dakwat ke dalamnya? aduh, punah jadinya. Pabila baik kita lakukan, Insya-Allah baik juga balasan yang kta terima. Firman Allah, "Diperintahkan agar kamu selalu berbuat baik terhadap tetangga dekat atau yang jauh" [An-Nisa': 36]. Abu Laith Samarqandi juga ada menyatakan yang tetangga yang dijelaskan ada 3 jenis: 1. Mempunyai TIGA hak: Kerabat, sesama Muslim dan Bertetangga. 2. Mempunyai DUA hak: sesama Muslim dan Bertetangga. 3. Mempunyai SATU hak, Bertetangga sahaja. Tetapi kena ingat, berbuat baik dahulu jika kita hendak orang berbuat baik terhadap kita.
Tidak perlu bertindak menyakiti orang yang memang terkenal dengan KESABARAN, KETABAHAN dan KECEKALAN. Dan, individu berkenaan boleh pula berkata, “kenapa kita perlu bertindak-balas? Nampak sangat kita akan jadi macam dia." Firman ALLAH SWT, “ Allah SWT mencela orang yang suka membuat perpecahan.” [Ali-Imran: 5]

Wallahu’alam~

Sunday, January 17, 2010

Qiyam Perdana_16&1701'10

saLam,
Alhamdulillah, Qiyam Perdana anjuran bersama JIMPP dan Masjid Al-Mukhtar, Balik Pulau, P.Pinang telah berjaya melabuhkan tirainya pada hari ni. Program yg membuatkan semua menunggu2 kerna kekuatan utk qiyam lebih kuat dan berkesan jika dilakukan bersama dan secara berjemaah.

Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Sembahyang Tahajjud" padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji".                  (Surah al-Isra': 79)
*Peserta diminta berada di masjid pada jam 6.00pm tetapi kami sampai pd 6.30pm. Moga terus dikuatkan utk program-program sebegini.
Sedikit tentatif program:
16/1/2010 (sabtu)
6.30pm-Pendaftaran dengn yuran yg sungguh berbaloi-baloi.
7.30pm-Solat Maghrib berjemaah, diimamkan Imam Masjid Al-Mukhtar.
8.00pm-Kuliah Maghrib bertajuk 'Beriman pada Hari Akhirat' oleh ust. Sazali Ali, lulusan dari Yaman.
9.00pm-Solat Isya' berjemaah oleh us. Sazali.
9.45pm-Makan malam. Menu: Nasi goreng telur mata & teh tarik.
10.30pm-Tazkirah ringkas bertajuk Hati oleh Sdr. Wan.
11.00pm-Mula beradu dan beristirehat. ada yg terus melakukan ibadah fardhi.
17/1/2010 (ahad)
4.00am-mula bangun dan bersiap utk qiyam.
4.30am-Qiyam dimulakan dengan solat Tahajud (6 rakaat, yg sempat) dan solat Witir, diimamkan oleh ust.Sazali.
6.15am-Solat Subuh berjemaah diimamkan oleh imam masjid Al-Mukhtar.
7.00am-Sarapan. Menu: nasi lemak bungkus & teh o panas.
9.30am-Kuliah tafsir oleh ust Sazali. daripada Surah Yusuf, ayat 19-35.
11.45am-Selesai kuliah.
Moga usaha sebegini diteruskan di masa-masa hadapan. Sungguh bertuah diri jika dapat mendalami ilmu tafsir daripada Al-Quranul Karim yg tiada bandingan.