...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Saturday, June 25, 2011

Jom Riadah Futsal-4

 fuh, dah kali ke-4 futsal Belia anjuran Belia Pertubuhan IKRAM P.Pinang diadakan. Rasa macam baru main je tadi ni.. Berlangsung di Best Bola-Bola, Mak Mandin seawal jam 10pm dan berakhir pada jam 11pm..Semakin hari, semakin ramai beliawan yang hadir dan silih berganti. Yang tetapnya, AJK Belia ni je la..hehe

Semuanya memberi sokongan. Dr.Rizal (kiri sekali, duduk) sebagai penasihat Belia IKRAMPP. Rasanya banyak juga gol dijaringkan. Lepas ni kena beli kasut baru la ye, Dr..

Rembatan dari tepi padang terus menuju ke arah gawang. Adakah menghasilkan jaringan kerna ada Defender Terbaek (berbaju hijau) di situ..

Sesi taaruf seusai beriadah bersama. Rupanya, serata pelosok negeri di Malaysia yang hadir pada malam ni. Cantiknya ukhuwah tu.. Jumpa lagi di round ke-5..maybe lepas raya kot..ada aktiviti besar pada 16 Julai ni..Lepas tu kita meraikan Ramadhan..Moga amal kita berterusan selamanya..
Terima kasih pada semua yang hadir. Antara yang hadir, wakil dari UiTM Permatang Pauh, USM Transkrian, staf Motorola dan warga belia sekitar Seberang Perai Tengah...

2 comments:

insan marhaen said...

Hu.. teruskan. Berdakwah melalui sukan juga satu kaedah terbaik.

Macam IM dulu aktif dengan nasyid kerana itu bidang IM...

~Sal Ismail~ said...

Bagusnya~