4Syawal->ari Jumaat, ari kenduri adik ku, Nurul Asmaa'..Seawal 9.30am ku dan family dah ada kat Dewan MPSP, Bertam. Kenapa? Dah kena lantik jadi Floor Manager, so tu la tugasnya. Sampai je, catering dah susun meja dan kerusi. Minta bos catering adjust untuk 2 meja VIP. Semuanya berjalan lancar dan tetamu yang hadir juga ramai. Alhamdulillah, makanan ada lebih sikit. Persembahan DJ, Hafiz Bai juga antara yang terbaik. Lagu bertemakan selawat dijadikan alunan halwa. Seusai 6.30pm, majlis selesai. So, rush mengemas apa yang patut. Balik umah mandi semua, terus pi umah tok chah. Lepak sana, buka hadiah dll. Dalam jam 11pm, balik mai seberang jaya coz esok awal pagi nak pi Kelate pula...
5syawal->Plan asal, 5am bertolak ke Kelate. Ada urusan tertunda dan biasanya itulah yang akan terjadi bila ramai2 macam ni. Jam menunjukkan angka 11am, maka bertolak la kami. Ada 3 kereta dan semuanya menggunakan pelekat KADI 1(MyVi Asmaa'-Abah,Umi,Asmaa'&Azrin), KADI2(Angah Mat dan keluarga mentua) dan KADI3(Kereta ku-sekeluarga). Dalam perjalanan, semuanya bergerak lancar. Lepas je Bukit Bunga, keadaan trafik sesak teruk. BLM ku digunakan untuk men'cilok' dan akhirnya terlepas agak ke hadapan. Line clear je, ku roger KADI1 dan KADI2 untuk cilok ke sebelah kiri dan akhirnya semuanya berkonvoi semula hingga selamat sampai ke Pasir Puteh jam 6.30pm. Rehat dan makan malam. Jam 10pm je, terus gerak pi Wakaf Che Yeh. Guna GPS. Jam 1am, dah ada kat homestay. Bed Time~
7syawal->Seawal 8am, kami keluar dari rumah PakSu. Terima kasih banyak2 atas layanan. PakSu keluar kerja jam 7am dan minta kami keluar lewat sikit. Lokasi pertama terus ke Pasar Siti Khadijah. Hampir 2jam kami di sana. Dalam jam 11am, kami bertolak pulang ke Penang. Juga menggunakan GPS. Yang paling best, GPS tunjuk arah jalan kampung dan hanya 40 minit perjalanan kami dah sampai di Bukit Bunga. Itu lah teknologi...
ok, sekarang dan 26 Syawal 1432H. Moga kita bertemu lagi di Syawal akan datang. Habiskan Puasa 6 Syawal anda, moga sentiasa dianugerahkan pahala oleh-Nya. Insya-Allah~
4 comments:
ape cite g kelantan Bart..best x~ ;)
ibu_suri dah merengek ajak pergi Kelantan hujung tahun ni. Ini masuk kali ke 3..
sal ijou..
mmg best..bleyh g lagi bulan 12 nnti..
xpe, IM..anda plan pelan2..insya-Allah, ada jalannya..
Post a Comment