...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, September 14, 2010

Pengalaman adik-adik ku...

2 hari sebelum raya-8/9 yang lepas, ku mendapat berita daripada pengasuh anak ku yang beliau akan bercuti raya di kampung selama seminggu. Ku berfikir, kat mana pula nak bagi anakku mengasuh sedangkan sebelum ni hanya sehari saja pengasuh anakku bercuti. Fikir punya fikir, rupanya adikku Sa'adah dan Aiman ada di rumah. Kedua mereka bercuti raya sehingga hari ahad ini, 19/8. Selepas berbincang dan memberi kata dua, mereka bersetuju menjaga anakku. Alhamdulillah.
Maka, hari ini, 14/9 bermula tugasan mereka dalam 'melayan' anakku. Seusai bersarapan pagi tadi, isteriku memberi beberapa panduan dalam menguruskan anakku, puteri 'UZMA JAMILA. Daripada mandi, membuat susu, membersihkan diri dan lain-lain lagi. Tepat jam 8.30am, kami menyerahkan dan bertawakkal agar semua berjalan lancar.
Pada jam 10am tadi, ku sms adikku Sa'adah bertanyakan  bagaimana keadaan anakku. Jawapan yang kuterima agak lewat iaitu pada jam 12pm. Tapi, ku faham. Mungkin mereka sibuk menguruskan anakku. Jawapan sms yang ku terima membuatkan perasaaan ku bercampur-baur. Sedih, gembira, teruja dan lain-lain. Sms berbunyi,"Kul 9 suku, adek mandi. Pastu minum susu. Saya tukar seluar lepas adek buang air besar. Then, minum susu. Adek xnak baring & xnak dok dalam buai. So, bagi adek minum sambil dukung. Lama-lama adek pun tertidoq. So, sekarang dia dok tidoq kat ruang tamu. Baru tukar shift dengan Aiman." Aduh, kesian pula pada mereka memikirkan bagaimana mereka mnguruskan. Tapi, jauh dalam hatiku yakin yang mereka dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan jayanya. Ameen~
Balik je kerja dari umah, ku dan isteri terus mencari anak ku. Tiada di ruang tamu, ku terus meluru ke bilik adik-adik perempuanku. Tiada juga. Akhirnya, ku berkata pada isteriku yang mungkin mereka bawa anakku berjalan-jalan kut. Buka je pintu bilik, ku nampak adikku Aiman tertidur di tepi tilam dan anakku tidur lena. Betapa gumbira rasa hati melihat anakku. Ku berterima kasih pada adik-adikku kerna berjaya dalam melaksanakan tugasan dengan baik. Dan, pada ketika ini ku mendengar celoteh adik-adikku berkenaan anakku yang seorang ini, 'UZMA JAMILA  yang akan berumur 5 bulan pada jumaat ni, 17/9.
Sekali lagi, terima kasih seikhlasnya ku ucapkan pada adik-adikku, NURUS-SA'ADAH dan NURUL AIMAN. Esok ada sehari lagi ya~

5 comments:

hrusli61 said...

Kadang-kala kita mesti memberi kepercayaan kepada orang-orang tertentu. Apatah lagi adik-adik sendiri.

Setidak-tidak yang diasuh itu anak saudara mereka sendiri. Lagi pun dengan ini mereka telah mula belajar mengasuh baby.

Seronok dengar cerita keluarga anta.

Unknown said...

hello along.awat x tulis pun saya ada kat mana time petang yg aiman terlena??nanti orang ingat saya curi tulang.saya baru beberapa minit tinggal aiman tau,pi solat asar.so,nak tambah details sikit.ho3.your welcome siap2 la.

Unknown said...

Ya, cikgu..
itulah sebaik2 kepercayaan. W'pun byk cerita @ individu @ al-kisah tetapi ahli keluarga juga yg terbaik.

ini cerita keluarga ana, keluarga enta juga apa kurangnya,,:)

Unknown said...

ya, adikku anjang..
Bukan xnak cerita, tapi dah betul aLong x jumpa anjang time tu..
tapi, anjang pun dah explain sendiri kan..

xpe, keringat kita walaupun sebesar zarah hanya Allah SWT yg berhak mengganjarinya. Insya-Allah~

'Abid Sakina said...

haha..bca blk nk gelak plak.along mna bncang..tup2 trus kata sy n adah kena jaga uzma..:P

rindu plak kat uzma n putra..
along..buhla gmbr latest depa...nk tgk bsq mna n apa ja prubahan..update kt blog.caiyok baba along!heh :))