...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Sunday, August 7, 2011

Iftar Gabungan_06082011

Alhamdulillah, iftar gabungan usrah Hj.Atan dan usrah Ust. Rozee berjaya dilaksanakan. Kehadiran OK, makanan juga OK.

Kedatangan bermula seawal 6.45 petang. Tazkirah oleh akh Hamizat Ahmad pada jam 7.00pm, mengupas ayat 183, surah al-Baqarah berkenaan PUASA.
Antara isi tazkirah adalah surah ini berunsurkan kelembutan tetapi ada penegasan puasa. Sahabat Nabi SAW menjaga makan bagi melakukan ibadat di malam hari, contohnya Fudhail Iyadh. Contoh zaman kini adalah Abu Urwah yang sentiasa menjaga qiyamulail atau solat malam.
Konsep puasa adalah MAKAN SEDIKIT agar ibadat terjaga dan setiap kali kedatangan Ramadhan perlu ada gol. Contohnya; khatam Al-qur'an, mendalami ilmu tajwid/ fiqh dan seumpamanya.

Sesi Tazkirah

Pengulas

Aktiviti diteruskan dengan berbuka puasa, saranan 3 biji kurma. Seterusnya solat Maghrib berjemaah dan seusainya terus menyambung menjamu selera yang pelbagai yang dibawa oleh setiap ahli. Program selesai jam 8.20pm kerna masing-masing akan bertarawih.

Menjamu Selera

Moga aktiviti sebegini dapat diteruskan di masa hadapan. Insya-Allah...

Wallahua'Lam~

7 comments:

insan marhaen said...

Jzkk. Kehidupan bersama sahabat yang tinggi ukhuwwahnya amat lazat.

~Sal Ismail~ said...

rindu nak join aktiviti mcm ni..~

hrusli61 said...

Semoga kita dapat hayati beribadah dengan sempurna di bulah Al Mubarak ini.

Tahniah di atas liputan ini.

Unknown said...

betul tu, IM..jom, mungkin masa ke depan IM boleh bersama..

Unknown said...

ye, saL..
guano, ada niat nak join kami?
nanti saya link sahabat kami di KL pada saL..

Unknown said...

saudara JH,

Insya-Allah, sama2 kia maksimumkan kedatangan Ramadhan ini.

Ini hanya usaha kecil OmOt sahaja..

~Sal Ismail~ said...

Dulu Sal ada ramai kwn yg involve program mcm ni..skrg da xde lagi..sume pakat sibuk..sedey..sob*