SaLam pengunjung semua..
Selepas DITEGUR, ku mengambil keputusan untuk 'mencuri' sedikit masa ku yang dianugerahkan oleh-Nya untuk mengemaskini laman blog ku kerna ku rasa banyak juga untuk ku coretkan tapi masih belum dapat mendisiplinkan diri; duduk dalam setengah jam ke. Bagaimana ya, Insan Marhaen, hrusli61, abidsakina dll..??
Kisah ku semakin kritikal bergelar ALONG. Diriku diuji dengan dugaan yang kecil (ku tak mahu kata besar kerna ada yang lebih BESAR). Di lapangan luar, ahli masyarakat/kawan universiti/rakan taulan cuba melantik diriku mengetuai mereka. Tapi, dengan rasa rendah hati ku menolak dan meminta agar mereka memilih orang yang lebih layak. Dan, di dalam keluarga ku, ku cuba jadi yang terbaik tetapi dalam masa yang sama diri ku diuji. Memang tahap kesabaran ku diuji tapi diri ku tahu ada lagi dugaan yang maha hebat di luar sana. Ku tahu ku hanya insan yang ingin mencari sesuatu untuk mejadikan diri ini lebih baik dari hari sebelumnya, tetapi mengapa dan kenapa tindakan ku disalah erti? Kenapa segalanya baru bermula tapi itu yang dijadikan isu?
Setakat awal bulan Oktober ini, ku telah membuat 5 kali mesyuarat antara kami, anak-anak. Banyak yang dibincangkan, diperdebat, idea dicurahkan tapi belum berjaya sepenuhnya apa yang dirancang. Memang ku akui bukan mudah tapi ku ingin juga melihat walau pun sekelumit hasil daripada idea bersama. Pabila ku tanya, ada yang respon secara baik. Dan, ada yang sebaliknya. Tak mengapa, tiap orang ada cara dan style mereka tersendiri.
Hari ni dah 26 Oktober. Hanya tinggal beberapa hari untuk ku terus menunggu hasil yang bakal diraih bersama. Moga Allah SWT bersama semua ahli Baitus-Salam dalam setiap tingkah yang dalam redha-Nya.
Adik-adikku, maafkan jika ALONG belum sepenuhnya dianggap rujukan bagi kalian dalam apa jua hal.
Maafkan juga jika tindakan ALONG sebagai abang.
Tapi, jangan sesekali kalian salah anggap/salah tafsir/salah guna dengan kemudahan yang diberi.
Wallahu'alam~
3 comments:
Along~
awat sedih semacam je ni..
dun wory..along abang yg baik.along dh buat byk benda utk AU n semua. sapa yg salah anggap tu?huhu..
apapun..kita semua manusia,ada kelebihan n kekurangan masing2..
anggap segala kekurangan tu adalah tempat kosong utk diisi oleh adik bradik lain..
smua dah makin bsr..jauh2 plak tu(saya la),harap ikatan hati antara kita tetap utuh..
ikhlaskan hati dlm stiap tindakan.hrp kita sntiasa dlm petunjukNya.ameen
p/s: Ayek sehat? nak gambar terbaru ayek n putra...:)))
saya pun duk malas lg update blog.sket2 blh la..
Biasa la, x ada tempat mencurah selain pada-Nya dan Ummi. Kesian tengok Umi, makin berat pla yang ditanggung. Umi juga byk memendam perasaan. Umi juga prnah meluahkan apa yg terbuku kerna tiada tmpat mngadu. Msing2 ada hal, msing2 sibuk. Bila dok ramai2, biasa la ada yg x kena. tp knapa smpai nk tarik muka, lepas ckp?
AL akn buat mna terdaya. AL risau akan keadaan Baitus-Salam sekarang. AL tau AL kna mula amik peranan tp spt yg AL luahkan dlm blog, itu yg terjadi.
Ya Allah, ENgkau trus kuatkn diriku dlm mnghadapi sedikit dugaan yg Kau beri. Moga hamba-Mu ini tabah. Ameen~
*Thanx ya, Ateh. Truskan study, jgn fikir2 sgt. IA, kmi di sni ok-ok aja...
Salam kat k'Asma =)
Dari Mlmh Huda Itqan@ Karisma PP
Post a Comment