...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Sunday, October 31, 2010

Muqayyam 01 - IKRAM P.Pinang


SaLam Ukhuwwah semua,
Jam 10.00pm tadi, selesai sudah Road-Show Muqayyam 01 di Pejabat IKRAM, P.Pinang yang akan berlangsung di Lata Celak, Baling, Kedah Darul Aman pada 26 hingga 28 November 2011. Mengikut alamat diberikan adalah Lata Celak, Iboi (Mukim Kupang).
Program bermula pada 26/11, jam 10.00pm. Para peserta dikehendaki berkumpul di R&R Penanti, arah Gerik. Program berakhir pada 28/11, jam 1.00pm seusai Majlis Penutup yang berlangsung.
Yuran Peserta:
1. Bagi Pelajar = RM30, dan
2. Bagi Dewasa yang bekerja = RM50
yang meliputi makan-minum, penginapan dan kos-kos lain. 



Program merangkumi 50% Fizikal dan 50% ruhi dan pengisian. Banyak aktiviti yang dirancangkan yang Insya-Allah bakal menguji fizikal dan minda para peserta kelak.Pengisian pula merangkumi Sirah Rasulullah SAW, Konsep Taawun (tolong-menolong) dan Ketaatan. Pada program kali ini, kita akan dapat melihat para peserta menggunakan segala skill dan pengetahuan dalam usrah yang mereka hadiri setiap minggu.


Insya-Allah, seusai program nanti, saya akan update sepanjang berada di sana.
Jangan lupa, tarikh akhir mendaftar adalah pada 19 November 2010 (Jumaat).
Sila hubungi akh Mustafa Basri di talian 019-513 8123 untuk maklumat lanjut.
Moga Allah SWT permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung.

6 comments:

hentian said...

IM tak pernah sampai lagi kat lata celak tu. mesti best arr...

ana muslim said...

wah, dekat ngan umah saya lata ni...tp, apa yg lata pertama & kedua tu??

Unknown said...

IM, nnti kita plan p sana..buat PATT je..mmg menarik..

Unknown said...

ana muslim,
pic tu saya ambil dari website lata celak. tp tempat yg kami ber'camping', berada di hujung Lata Celak..ada kem dan kemudahan lain..
ada hati nk join kami ke?

ana muslim said...

boleh juga..ngee~~~
lama dah x ber'camping' n berkelah kt situ

Unknown said...

orait, last week kami ada buat mukhayyam 01 kat situ..insya-Allah, nnti update dgn AM..