...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Wednesday, February 9, 2011

Nak ajar cara parking kenderaan...

Hari ni, rasa nak pi kat sorang-sorang yang tak tahu nak parking@letak kenderaan elok-elok dalam kotak parking ke, tempat khas parking ke. Nak bagi kata dua. Tapi mampu ke diri ini? Nak kata tak ambil lesen, semuanya lulus. Betul la orang kata, ambil lesen sekadar syarat je. Tengok la statistik Ops Sikap ke-23 baru-baru ni yang akan berakhir esok, 10/2/2011. Yang tu kat atas jalan, yang statik kat kotak parking tak kurang juga. Nak salahkan siapa? Kat rumah pun yang memang dikhaskan motor letak sini, kereta letak situ pun jadi masalah. Ada ke pi lintang motor depan pintu rumah. Yang tu kat rumah orang lain yang kita nampak. Yang tak nampak? Kesedaran sivik dah kurang atau tiada, tak kisah dengan orang lain, janji bahagian aku lepas. Susah la sekiranya semua orang berfikir dan bertindak sebegini. 
Kesedaran sebegini yang dididik kadang-kala tidak digunakan sebaiknya dalam beberapa situasi. Contohnya nak keluarkan duit dari mesin ATM. Memang la kejap je, tapi jika ada masalah seperti kad 'ditelan', tak ke masalah kat orang lain juga.
Kesimpulannya, sama-sama kena ambil kisah dan memahami orang lain walaupun diri tu buat-buat tak faham. Sekadar luahan pendapat terhadap persekitaran seharian~

3 comments:

hentian said...

kena banyak sabar. kalau tak sabar darah boleh naik dah!

Unknown said...

hehe..
sabar bnyk dah ni..kita kn manusia, ada gak tahap kesabaran tu..

::mUkHLiSinALaHuDDin:: said...

Parking la hal yang selalu fail... especially tempat yang kalut n ramai org... hehe... buat malu company jer =)