...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Sunday, March 27, 2011

Parenting Skill_Library Seberang Jaya_26032011

Alhamdulillah, Tadika Amal Rintis (TAR) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya berjaya menganjurkan Program Mesra Keluarga pada kelmarin, 26 Mac 2011. Kehadiran tetamu mencecah 100 orang yang terdiri daripada ibu bapa pelajar TAR dan beberapa orang tetamu jemputan.



Pada jam 3.00 petang, Ustaz Khairul Anuar Bin Musa menyampaikan perkongsian berkenaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Membentuk Muslim/Muslimah Soleh/Solehah.
 Penyampaian yang menarik dan penuh informasi terkini berlangsung hampir semalam 1jam 30 minit. Antara intipati ceramah adalah: a)Ustaz merujuk kepada surah at-Taubah ayat 71 (boleh rujuk dan hadam), b) Memori ingatan paling kuat adalah sebelum tidur dan selepas bangun tidur, maka pasangkan ayat2 Al-Qur'an, zikir (MP3, kaset, CD dll), c) Beri penghargaan pada anak jika mereka berjaya, biar anak rasa diri dihargai, Dan, d)Faktor Anak2 Berjaya: Melalui Perkahwinan ibubapa, Konsep Keagamaan dan Jenis Pemakanan (halal toyyiba).
Majlis Penutup diakhiri dengan ucapan daripada Pengetua TAR, Hj. Mohamad Isa yang menekankan perlunya kerjasama antara pihak TAR dengan ibu bapa bagi menjamin kejayaan anak-anak. Moga pihak TAR terus mengadakan program sebegini kerna ianya amat bermakna.

*Terngiang kata Ustaz Khairul, suami-isteri perlu buat honeymoon kali kedua untuk muhasabah pasangan masing-masing. Ada anak, minta mak/kawan/jiran jaga sat. pi berdua je.....

7 comments:

hentian said...

izinkan IM link program ini ke blog JIM SPT

Unknown said...

IM, ok aja...~

KatekateKite said...

OmOt dah pi 2nd honeymoon tak?? =p

hrusli61 said...

JH sempat mendengar ceramah Ust Khairul ini, memang best dan banyak pengajaran yang unik telah diberikan.

Rasa tak puas nanti jemput ustaz lagi bergandingan dengan Wardina pula.

Unknown said...

3K->dalam proses nk pi, x dpat bulan Julai ni, OmOt nk g ujung tahun..nk blik tmpat dibesarkan iaitu Sabahan bah..hehe

Unknown said...

Saudara JH,
btul tu..OmOt pun terkilan juga x dpt bwa wife skali..klu taw bley bwa baby, mmg OmOt dh nusung smua..huhu
xpe, akn ku tunggu duet ustaz Khairul bersama Wardina.. :D

KatekateKite said...

WOW! best nyer berhoneymoon kat sabah! =D