...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, August 16, 2011

Mental de Tuisyen..~

Tuisyen.. itu bidang baru yang cuba ku ceburi sejak 2 bulan yang lalu.. setelah acapkali mencuba untuk menjadi guru yang sebenarnya, maka ini tindakan yang ku ambil, mengajar tuisyen.. aku jadi cikgu?? ya, memang itu realitinya.. Pelawaan daripada rakan baik untuk mengajar subjek Matematik, tapi bukan matematik yang biasa tu.. Subjek ni dinamakan Mental Arithmetik.. Kesimpulannya, kaedah mengira pantas dengan hanya menggunakan sebelah tangan (untuk pengiraan nombor sa sahaja).. Takat la, ianya tidak memeningkan tapi rasanya lepas raya nanti akan memeningkan juga kerna aku akan masuk pada pengiraan puluh pula..

Dari kiri; Maisara, Sarah dan Anis..

Anak2 muridku? dari pelbagai umur tapi hanya dari satu bangsa. Daripada seorang sahaja, sekarang dah mencecah 9 orang. Nurul Natasha, 7 tahun merupakan muridku yang pertama. Anak kacukan Sarawak ini mempunyai peribadi pasang-surut tapi kesungguhan dalam Matematik membuatkan aku sering teringat telatahnya. Ariesya, 7 tahun adalah muridku yang kedua. Juga mempunyai peribadi yang sama. Tapi, perwatakan yang agak manja kadangkala aku terfikir 2 kali untuk mengerahnya menyiapkan latihan yang diberikan. Nor Maisara, 9 tahun adalah muridku yang mendahului sekarang. Sesuai dengan umurnya, Maisara meningkat dengan mendadak walaupun baru menjengah sebulan bersamaku.
Seterusnya, Danial berumur 5 tahun. Fizikalnya yang agak kecil membuatkan beliau sering jadi 'mangsa' rakan-rakannya. Tapi, aku tabik padanya. Dirinya tegas, fokus pada kerja dan paling penting Danial antara pelajarku yang meningkat mendadak. Ingatannya kuat dan sebab itulah Danial diberi peluang untuk ke kelas tahap satu dalam masa terdekat. Lagi, Sarah berumur 8 tahun. Anak kepada rakanku, juga baik padaku. Tapi, pabila dalam kelas seolah-olah tiada beza dengan di luar. Juga mempunyai emosi pasang-surut, dan yang agak memeningkan ku adalah rakannya yang lain boleh ikut 'jejaknya' jika emosinya menurun. Dan lagi, Syafiah berumur 7 tahun dan juga sepupu pada Ariesya. Yang ni, aku kena duduk tepinya baru latihannya berjalan. Agak banyak berkhayal, sekali tegur satu soalan dibuatnya. Anis, 7 tahun adalah seorang murid yang perli diasuh lebih. Dirinya tidak berupaya menangkap apa yang aku ajar dalam masa yang singkat. Aku banyak memberikan perumpamaan, sebagai contoh bila nak buat nombor 5 kena ingat tanda 'best'. Juga seorang yang agak sensitif. Hero seterusnya adalah Nafis, 7 tahun. Kelasku 2 kali seminggu tapi Nafis hanya masuk sekali. Ini kerana Nafis telribat dengan kelas BM, Tapi aku pun hairan. Ariesya dan Syafiah juga terlibat tapi boleh beri komitmen sebaiknya. Mungkin tahap penerimaan tidak sama. Nafis juga agak banyak bermain. Muridku yang terakhir, juga hero bernama Aqiel berumur 6 tahun. Baru mendaftar masuk pada awal ramadhan yang lalu. Minat dengan Matematik tetapi perwatakannya agak kasar. Aku kena lebih tumpuan padanya kerna kadang-kala dirinya di luar kawalan. Dia sedar dirinya buat salah, tapi mungkin emosi  yang belum terkawal membuatkannya begitu.
Begitulah al-kisahnya. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Moga usahaku dalam keredhaan Allah SWT.. 

1 comment:

insan_marhaen said...

guru adalah profesyen tang terbaik. pahalanya berterusan selagimana anak itu bernafas.