...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Friday, February 25, 2011

Antara Anjing dan Awek,,,,

Tengah OmOt(Omaq Otai) meronda emel, terjumpa emel layangan sendiri dalam kotak Sent Items. Sedikit alkisah utk dikongsi bersama:-

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).

Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Wallahua'lam~

Saturday, February 19, 2011

Puteriku menginjak 10 bulan~


Dari hari ke hari, umurnya semakin menginjak dewasa walaupun umurnya baru 10 bulan. Nama diberi, 'UZMA JAMILA penyeri hidupku dan isteriku, Siti Juliana. Dahulunya hari2 ku luangkan sedikit masa menulis diari berkaitan tumbesaran+perkembangan, tapi aduh..masa yang ada terlalu singkat ku rasakan. So, nak lepas geram+suka+gembira, maka blog ni menjadi sasaran utama. 
 Ulfah Humaira', nama anak buah ku. Anak yang comel, rambut keperangan. Dia selalu memanggil anakku, ayek umma. Mungkin umurnya tika itu baru menginjak 1 tahun, hendak bercakap kena bemula dari yang asas. Alih2, terus lekat dan meniti di bibir setiap insan yang bertanyakan nama anakku.
Siapa pula gerangan hero yang bersama anakku? (lihat gambar di atas). si hero ni pula diberi nama Putra Qayyum Asnawi. Tika gambar ni diambil, bersungguh2 keduanya berebut tali tu. Nasib baik ada satu lg, so berdamai lah mereka.hehe
Habis tali, Putra dapat la bola. Alih2 anak ku, 'uzma pun nak bola. Maka Pak Ngah Muhammad pi ambil sebiji bola lg. Dan, hasilnya...
ok, sedikit ceritera mengenai mereka berdua. Putra Qayyum sekarang hampir menginjak setahun umurnya. Pada 8/3/2011 nanti, maka cukup la setahun. Baby 'uzma pula 17/4/2011. So, sama2 mengikut apa yang akan mereka berdua lakukan selepas ni.

Wednesday, February 9, 2011

Nak ajar cara parking kenderaan...

Hari ni, rasa nak pi kat sorang-sorang yang tak tahu nak parking@letak kenderaan elok-elok dalam kotak parking ke, tempat khas parking ke. Nak bagi kata dua. Tapi mampu ke diri ini? Nak kata tak ambil lesen, semuanya lulus. Betul la orang kata, ambil lesen sekadar syarat je. Tengok la statistik Ops Sikap ke-23 baru-baru ni yang akan berakhir esok, 10/2/2011. Yang tu kat atas jalan, yang statik kat kotak parking tak kurang juga. Nak salahkan siapa? Kat rumah pun yang memang dikhaskan motor letak sini, kereta letak situ pun jadi masalah. Ada ke pi lintang motor depan pintu rumah. Yang tu kat rumah orang lain yang kita nampak. Yang tak nampak? Kesedaran sivik dah kurang atau tiada, tak kisah dengan orang lain, janji bahagian aku lepas. Susah la sekiranya semua orang berfikir dan bertindak sebegini. 
Kesedaran sebegini yang dididik kadang-kala tidak digunakan sebaiknya dalam beberapa situasi. Contohnya nak keluarkan duit dari mesin ATM. Memang la kejap je, tapi jika ada masalah seperti kad 'ditelan', tak ke masalah kat orang lain juga.
Kesimpulannya, sama-sama kena ambil kisah dan memahami orang lain walaupun diri tu buat-buat tak faham. Sekadar luahan pendapat terhadap persekitaran seharian~