...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, December 29, 2009

SEPATUTNYA~

saLam,
Diselitkan sedikit pembacaan daripada Majalah Anis (m/s 11-13) oleh Abu Saif bagaimana perkataan SEPATUTNYA dielakkan dalam hubungan suami-isteri.


Berlaku sesi dialog di antara pemuda yang ingin berkahwin iaitu Nasir dengan seorang ustaz. Nasir meminta sedikit nasihat yang ringkas dan padat untuk diamalkan.


Ustaz merumuskan kebanyakan tahap toleransi antara suami-isteri sekadar 5 TAHUN sahaja (betul ke?). Tapi, memang betul rasanya. Yela, asyik jumpa hari-hari dan kita ditunjukkan kelemahan pasangan masing-masing. Maka bermulalah episod di mana toleransi kita diuji hari demi hari. Sehinggakan ada yang tergamak main kayu tiga.


Ustaz menasihati kurangkan SEPATUTNYA di dalam hidup berumahtangga terutamanya. Sebagai contoh, "Sepatutnya awak sebagai isteri kenalah..." dan si isteri pula membalas, "Awak sebagai suami sepatutnya...". Pabila terlalu banyak sepatutnya maka sukar untuk sebuah rumah tangga berdiri dengan aman.


Sebagai rumusan, kurangkan SEPATUTNYA dan senantiasa tinggikan tahap toleransi kita ke tahap yang terbaik. Memang susah pada awalnya tetapi jika tahap ego diturunkan pada kadarnya, Insya-Allah lama-kelamaan ia menjadi asam garam dan rencah dalam kita melayari rumahtangga.

Allah berfirman, bermaksud, "isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka." [Al-Baqarah: 186]


*untuk pembacaan lanjut, sila dapatkan naskhah Anis keluaran Januari 2010 di pasaran.

No comments: