...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Wednesday, December 23, 2009

Tempat 1






Al-kisahnya...
Aku : ada pc problem kat bawah, user cakap pc x boleh masuk Windows.
Mr. N : macam mana boleh jadi camtu?
Aku : tak tau, kena check dulu la.
Mr. N : Ok, pegi check.

Di tempat lain;
Aku : Apasal u punya pc?
User : entah, i baru on tiba-tiba popup itu message kata tak boleh masuk Windows.
Aku : Ok, i check dulu.

Aku terus melakukan kerja baik-pulih. Masuk safe-mode, tak ok. Alih-alih aku kena buat scan disk kerna PC ni run guna Windows 98. Dekat 15 minit menunggu, akhir selesai. Try boot sekali lagi, ada 2 fail masih corrupted. So, terus cabut semua connection plug dan bawa PC ni pi blow angin. Buka casing, tudia aih. Habuk berlambak, dekat nak penuh bahagian dalam PC. Lepas blow, bawa naik office. Nak double check apa problem sebenar.

Sampai dah;
Mr. N : Apa problem PC tu?
Aku : Windows corrupted. Sudah repair tadi, sekarang mau double check.
Mr. N : Ok.

Aku meneruskan kerja membaik-pulih sistem. Pabila on je PC, alih-alih ok pula. Cuma ada sound entah dari mana. Check punya check, cpu fan dah rosak. Niat di hati nak tukar cpu fan yang lain. Aku pun buka la almari stok hardware.

Mr. N : u buat apa?
Aku : Mau tukar cpu fan. Yang lama sudah tak jalan.
Mr. N : tadi u cakap Windows corrupted.
Aku : Memang la, tapi tiba-tiba ada sound. I check, itu cpu fan sudah stop.
Mr. N : u jangan simply cari barang ya, I sudah susun semua.
Aku : (apa kes, aku yang susun semua barang tu. Lupa la tu.). So, I mau cari mana itu cpu fan?
Mr. N : tak apa, bagi sini i buat.

Dengan selamba je Mr. N amik alih kerja aku. Dah la pasang cpu fan tu main belasah ja. Mentang-mentang la user tu tahap bawahan.

Mr. N : Ok, u pasang balik semua. Then u pegi hantar. I tak mau ada barang lain lama-lama di sini.
Aku : (aik?? Habis tu apa tugas hang sebagai *** kat sini?) Ok.

Dirangkum semua, ini kerja troubleshooting aku yang pertama selepas hanya diberikan kerja-kerja seperti mengangkat monitor, tukar mouse atau keyboard, set profile pada masa 6 bulan yang lalu. Insya-Allah, pengalaman sebegini akan di’update’ lagi.

No comments: