.....
13/3(sabtu)- Mak dimasukkan ke wad setelah makan ubat yang diberikan doktor. Mak kata rasa loya sangat2, pening dan mata berpinar. Kami ke HSB kembali. Dan, mak ditahan wad atas nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Pada petangnya, aku membawa isteriku serta anak-anak buahku melawat atok mereka di HSB. Lepas itu, terus ke HSJ untuk melawat abi mereka. Moga Allah kurniakan kesihatan dan kemudahan kepada mereka.
14/3(ahad)- Huzaid telefon, katanya mak dah boleh keluar. Hasil pemeriksaan, tiada apa yang kronik. Tiada kencing manis dan tekanan darah pun dah stabil. Mungkin kena masuk air glukos dalam badan rasanya. So, aku dan bapa ke HSB untuk ambil mak. Luka di tapak kaki Mak juga sudah dibersihkan dan diubati oleh kakitangan bertugas. Dua jam selepas tiba di rumah, Mak mengadu sejuk sangat2. Kami terus menyelimuti dan menghala kipas ke arah lain kerna keadaan agak panas pada tika itu. Tiba-tiba Mak panggil Huzaid kerna tak tahan sejuk yang menyerang. Keadaan semakin teruk pabila Mak minta semua sanak-saudara terdekat datang melawatnya. Bapa terus membacakan surah Yasin diikuti oleh sanak taulan yang ada Kitab Yasin. Orang yang datang ziarah semakin ramai. Selepas beberapa ketika, Mak dah kembali tenang. Bapa juga menjerlum Mak dengan air daun (aku lupa nama daun tu) dan panas Mak juga semakin surut. Alhamdulillah, semuanya dah kembali seperti sedia kala.
15/3(Isnin)- Mak mengadu sakit pada bahagian tapak kaki, dekat dengan jari kelingking(tempat yang diubati). Sakit yang amat sangat sehingga kan hendak berpijak pun tak boleh. Kami mengambil keputusan untuk membawa Mak ke Klinik Swasta kerna tak mahu mengambil risiko. Hampir 2 jam Mak dirawat, baru selesai semuanya. Saya pinta Huzaid membawa Mak pulang dahulu. Saya dan isteri menyelesaikan urusan bayaran dan doktor pinta untuk datang ke klinik setiap hari selama 5 hari berturut-turut untuk mencuci bahagian luka dan mengelakkan kena jangkitan kuman. Rupanya kaki Mak dah agak teruk dan memerlukan rawatan susulan di klinik tersebut.
Walaupun mengingatkan kita kena berjaga sebelum kena, tapi penyakit Mak tiada siapa yang menjangka. Asalnya hanya sakit biasa, tapi bila berjumpa pakar (klinik swasta), baru tahu yang ianya sudah merebak. Pada hari-hari berikutnya, kami berselang-seli membawa Mak untuk mencuci luka di kakinya. Dan, setiap kali itu juga kos semakin meningkat. Kos mencuci luka, kos ubatan dan kos pemeriksaan darah tinggi. Kami bertawakkal dan berdoa agar Allah sentiasa murahkan rezeki dan Mak sihat dengan sebaik-baiknya.
Dan kelmarin(28/3), kaki Mak dah sembuh sepenuhnya. Antara rawatan di klinik tersebut, doktor menggunakan madu lebah yang dicampur ubat yang dicelup kain kasa dan disumbatkan ke dalam luka pada kaki Mak. Begitu ajaibnya kurniaan Allah yang dikaji oleh manusia yang berakal untuk kesejahteraan sejagat. Moga Allah terus mengilhamkan agar segala sumber di muka bumi dapat dijadikan ikhtiar dalam menyembuhkan penyakit yang entah bila datang menyerang. Wallahu'alam~
2 comments:
muga dia sihat jua adanya...
jazakallah atas doa drpd IM dan sahabat2 seperjuangan..
Post a Comment