...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Friday, August 6, 2010

Pemergian Nenda tersayang - 4 Ogos 2010

saLam,
Adakah khayalan atau fantasi pabila menerima call drpd Paksu Ded seusai solat Zuhur? "aLong, tokzah dah meninggal.". Aku bertanya,"betul ke?". "Betul, baru 5 minit tadi." Diriku lemah sebentar. Tak sangka, ziarah ku bersama isteri dan baby 'uZma jam 6pm kelmarin dan call drpd Paksu pada jam 3.30am (4/8) adalah sentuhan terakhir yang dapat ku lakukan. Pada awal pagi itu, keadaan arwah Tok nazak. Kesian kami (aku, angah Mat, Achik Mus, Acu Hasan dan PakLang Awang) melihatnya. Kami berterusan membacakan surah Yasin dan beberapa surah berkaitan. Tangan arwah Tok dah sejuk sangat pabila kami pinta diri beransur pulang untuk bekerja. Ku cium pipi dan dahi arwah Tok tika itu. Mataku bergenang dan tak ku sangka itulah yang terakhir dariku.
4 Ogos (135pm)-aku bergegas meminta PakLang Awang (anak kedua arwah Tok) bersiap untuk ke hospital. Ku tidak sampai hati hendak memberitahu hal yang sebenar. Selepas semuanya siap, aku bergegas ke tempat kerja isteri untuk membawanya bersama. Sepanjang perjalanan, ku mengingatkan pada PakLang agar berterusan membaca doa untuk arwah Tok. Sampai sahaja di Masjid Tanah Liat, ku terpaksa 'menukar' PakLang pada Maksu Khairul untuk dibawa pulang kerna ibu ku meminta demikian atas sebab biar tunggu di rumah. Aku bergegas ke hospital kerna aku dimaklumkan yang arwah Tok dah dibawa untuk dimandikan.
Sesampai sahaja, aku bergeas ke Bilik Mayat, Hospital B.Mertajam. Pakcik Hashimi dan keluarga serta jiran arwah Tok dah ada. 15 minit kemudian, 2 orang staf wanita sampai dan bersedia membuat urusan ke atas jasad arwah Tok. Antara yang hadir tika urusan memandikan adalah TokLang Yam, Ibuku, Abahku, Makcik Ina, Paksu Ded, aku, isteriku, adikku Hasan dan seorang kenalan wanita arwah Tok. Kami menyaksikan dari awal hingga selesai. Lebih kurang jam 4pm, semuanya selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan kepakaran yang ada pada 2 orang staf tersebut. Terima kasih banyak2 diucapkan. Moga Allah jua membalas jasa kalian.
Ku membantu dalam mengangkat jasad arwah ke dalam keranda dan terus dimasukkan ke dalam van untuk dibawa ke rumah arwah di Permatang Pasir, bersebelahan Klinik Desa. Ku dan isteri bergegas pulang kerna belum makan, bersiap dan mengambil anak pada pengasuh. Sesampainya di rumah Tok (530pm), dah ramai hadirin yang datang. Ku terus menyiapkan air untuk tetamu yang hadir. Ku dimaklumkan yang jenazah
Tok akan disembahyangkan seusai solat Maghrib dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Pasir. Dan, yang menyentuh hati, jenazah Tok akan disemadikan bersebelahan jenazah arwah Baba (suami kepada Tok). Tepat jam 7.10pm, jasad Tok diusung ke Masjid. Ku mengambil tempat dari awal hingga ke masjid. Sepanjang perjalanan, hatiku tersentuh. Sepanjang pengalaman bersama arwah Tok, hanya Allah yang mengetahui perasaan sebegini. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih berkuas atas sesuatu.
Ramai yang hadir untuk solat Maghrib berjemaah dan sebaik imam habis membaca doa, ku meluru bagi membantu mengangkat pengusung ke ruang solat. Di situ, kami menunaikan solat Jenazah dan ku mengambil tempat di saf hadapan. Solat diimamkan oleh Paksu Ded. Seusai solat, ku mengambil tempat untuk mengusung ke tanah perkuburan. Tazkirah dibacakan oleh Paksu seusai menanam jenazah. Lebih kurang pukul 8.30pm, semuanya selesai. Kami membuat sentuhan terakhir ke atas tanah tempat arwah Tok Zah disemadikan. Moga dengan pemergian Nenda Azizah bt. Wan Esah dicucuri rahmat dan dimudahkan dalam segala urusan di alam kubur. Ameen, ya Rabb~
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan sesuatu. Moga dengan segala kehendak serta takdir daripada-Mu membuatkan kami lebih tabah dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.
*Antara sahabat yang hadir yang sempat bertemu adalah Ustaz Rozee sekeluarga, Harryzan dan isteri serta Amir Effendi. Sahabat kepada abahku ramai juga yang hadir.

Nukilan berkenaan arwah nenda ku juga dapat dibaca di blog adik ku, Nurul Aiman di ->Nenda Azizah

Al-Fatihah buar arwah Tok. Moga Allah bersama dalam tiap urusan dan ditempatkan di kalangan para syuhada', insya-ALLAH~

3 comments:

hentian said...

takziah. IM tau khabar ini tapi maaf IM tak dapat pi ziarah.

muga rohnya di cucuri rahmat dan kasih sayang allah.

Unknown said...

Ameen~
Thanx atas doa..
Moga Allah berterusan menrunkan rahmat dan pada masa yang sama Ramadhan bakal menjelma, bulan yang penuh hikmah dan barakah..

Unknown said...

saLam Ummi yg disayangi,
Rupanya sudah 36 tahun arwah Baba meninggal. Moga Allah terus beri kekuatan fizikal, mental dan rohani pada Ummi. Sesungguhnya jika kudrat kami sebagai anak2 diperlukan, kami akan lakukan yg terbaik. Mungkin kami belum diuji dan belum menghadapi ujian segetir yg Ummi alami. Tapi, daripada pengalaman yg lepas, moga kami terus dikuatkan agar dapat terus bersama dengan Ummi tika susah dan senang.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala-galanya. Kami pohon keberkatan-Mu agar kami terus disatukan sehingga ke akhir hayat dan saling memperingati antara satu sama lain. Ameen~