...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Saturday, June 4, 2011

Banyak sungguh ceritera sehampir sepurnama tidak mengemaskini blog Omaq Otai ni. Dalam fon sendiri yang dibeli sejak 3bulan yang lalu pun dah penuh dgn gambar. Yela, internal memory saja dah 8gb..Bila la nk letak dalam blog ni..Tunggu malam ni, cuba masukkan beberapa entri berkenaan gambar yang diambil.
                                      
Sekarang ni nak cerita dulu perihal diriku yang pabila rakan blogger sekalian tengok kat tagline atas nu, mahligai kaca intan permata ku dah mencecah 2 tahun pada 31 Mei 2011 yang lalu bersama isteri tersayang, Siti Juliana. Nak dijadikan cerita, pada kali ini hari berbahgia ku ini jatuh pada hari Selasa. Hari yang pada malamnya agak renggang bagiku. Kenapa begini? Nak cerita ke? mMm..
Isnin; (6pm:Kelas Talaqqi Al-Qur'an, 8pm:Kelas Bahasa Arab, 9pm:Halaqah)..Selasa; (8-9pm:Tuisyen)..Rabu; (6pm:Futsal, 8pm:Tuisyen, 930pm:Halaqah)..Khamis; (930pm-12am:Halaqah..) so, tu la rutin ku seharian..Time muda camni la nak pulun 'bercucuk-tanam'. Maka, lepas tuisyen balik umah jap amik my wife and my baby. Cian kat baby, dah la batuk, demam+selsema pula tu..Complete package..Tempat sasaran, memula saja je ku menuju ke Perda. Masa nak sampai tu, dok tnnya la nak pi tempat camna..Privacy? Indoor ke Outdoor? Lalu kot Route 69, kat sini je la..my wife kata ramai orang la..ok, kita pi tempat lain. Sampai je kat Damiral Grill, terus stop. My Wife tersenyum. Pandai pilih tempat..hehe
Maka, bertiga lah kami menjamu selera dengan beberapa menu sempena anniversary. Last year, makan juga.Tak sempat nak bagi hadiah..Kali ni, mungkin makan je kot..Rasanya ini pun dah cukup untuk diingati..Sebelum menu utama tiba, kami dijamu dengan kopok (macam corntoz) dengan mayonis. Ku tanya pada waiter, ni menu apa? Dia kata sementara makanan nak sampai, boleh makan dulu. So, apa lagi. Doa dibaca, maka makan je la. Menu utama dah sampai, maka makan la dgn penuh hati2 bak putera raja dengan puteri raja. Hampir sejam berlalu, minta bil kat pelayan. Rupanya kopok corntoz tadi kena caj daa..RM3 pula tu..huhu Takpe, hari bahgia punya pasal, semuanya ok..Macam orang tengah bercinta pula..lalala..
                                          
ok la, nak bersiap utk join mengemas perpindahan ofis lama ke ofis baru. Ofis apa tu? Ofis Pertubuhan IKRAM P.Pinang daripada Samagagah ke Taman Kelasah, tepi Hospital Seberang Jaya. Then nk g kenduri Ofismate. Terus g umah P.ngah kat Selama, my wife kena sediakan hantaran utk kenduri di Taiping esok ni..AssaLam..~

4 comments:

~Sal Ismail~ said...

Padatnya rutin harian Bart..kalo Sal da lama pengsan~

Unknown said...

hehe..selagi terdaya..

insan marhaen said...

Baru 2 tahun?...Masih banyak yang perlu ditempuh.

Rancang sebaiknya terutama masa depan anak-anak...

Unknown said...

tq atas nasihat..Moga dapat dijadikan panduan hidup..sama2 belajar dan menasihati..