...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, November 22, 2011

Hari Ihtifal Tadika Amal Rintis 2011

AssaLam semua,

Sekali lagi Tadika Amal Rintis berjaya mengadakan Hari Ihtifal sesi 2011. Program bermula seawal jam 8.00am dengan kehadiran ibubapa yang memenuhi perkarangan Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Tuanku Bainun, Mengkuang, B.Mertajam.


Seusai perasmian, aturcara terus berjalan seperti dirancang. Dewan dipenuhi dengan semua ibubapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka dianugerahkan di atas pentas. Adakah sudah selesai usaha ibubapa ini...?


Sebenarnya ini titik mula para ibubapa dalam terus menjengahkan kejayaan demi kejayaan pada anak mereka. Kejayaan di dunia dan yang penting juga kejayaan di akhirat nanti. Di dunia, kita dapat melihat anugerah yang diberikan tetapi bagaimana kita ingin menerangkan pada anak-anak kita berkaitan anugerah pahala yang tidak nampak? Bersama fikir-fikirkannya..


Ada juga pelbagai gerai yang dibuka. Gerai makanan dan minuman, gerai nasi lemak bersama pelbagai jenis sandwich dan gerai laksa pokok pelam. Semuanya menarik perhatian para ibubapa yang diberi ruang rehat pada jam 10.00 pagi oleh Penganjur. Kebanyakan acara dewan diselang-seli dengan pertunjukan anak-anak murid yang pelbagai. Acara kemuncak adalah anugerah kepada Pelajar Terbaik yang berupa basikal LeRun. Ada juga berjumpa dengan ibubapa yang pening nak masukkan basikal berkenaan dalam kereta sedangkan 'isi' kereta dah penuh semasa tiba tadi. 

Gerai Saudara Amir's Family

Gerai Umar & Muhammad Family


Gerai Pn.Ida Family

Sebelum bersurai, pihak Penganjur menyediakan makan tengah hari kepada semua yang hadir. Makanan disediakan oleh Habuna Trading yang merupakan caterer tetap selama Hari Ihtifal TAR diadakan.



Tahniah sekali lagi pada ALP TAR, para guru, para jawatankuasa, para sukarelawan yang membantu menjayakan program ihtifal kali ini. Berjumpa kita di tahun hadapan. Insya-Allah..~

Terima kasih juga kepada para petugas dan tenaga kerja yang menjalankan tugas dengan baik dan saksama...

2 comments:

~Sal Ismail~ said...

t/jwb amat berat utk seimbangkan dunia akhirat.smoga ianya sentiasa dipermudahkan.

comel betul anak2 murid tu~ ^^

Unknown said...

meh la jadi cikgu..~