...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, January 24, 2012

Cucoq Cempedak..

saLam, entri ni saja diwujudkan untuk menanamkan sikap kupas/kopek/perisi buah cempedak dan terus digoreng untuk makanan pagi atau petang seisi keluarga. Memula:
1. Cempedak dibelah tengah, hanya satu inci je dalamnya. Sebelum tu, pisau kena sapu minyak. Dan, minyak kena ada sentiasa di sisi anda.
2. Kopek kan buah cempedak tu. Lumurkan tangan dengan minyak pla dan ambil isi2 cempedak yang dah timbul tu.
3.Then, cara goreng seperti di bawah.

Cara goreng ni dikreditkan untuk Nanie :)
Cempedak ni buahnya dari kebun bapa mertua saya.Isinya elok dan manis, kalau beli buah cempedak pilih yang wangi itu tandanya buah sudah masak. Jangan guna buah kacukan cempedak nangka kerana isinya tidak begitu manis dan isi buah agak keras.



Bancuhan tepung:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan air - tuang air sikit demi sedikit semasa membancuh adunan tepung ini , jgn terlalu cair.
Sedikit saja garam
Sedikit serbuk kunyit untuk warna kuning.

*Masukkan buah cempedak dan gaul rata, pastikan bancuhan tepung meliputi buah cempedak ini.


Panaskan 2 cawan minyak dan bila minyak sudah panas masukkan buah cempedak sebijik demi sebiji.Goreng sampai warna bancuhan tepung kekuningan, gunakan api sederhana besar.



Bila dah masak , angkat dan tos buah cempedak baru dihidangkan.

2 comments:

~SaL IjOu~ said...

aduh..buat sal terliur ni..tp smlm baru je mkn..sedap~ =)

Omaq oTai said...

hehe..saja je test power..skrg kan musim cempedak/nangka..