...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Wednesday, March 30, 2011

Lagi cerita.......~

saLam pagi, OmOt nk smbung lg la dari entri ini setelah hampir 6 bulan berlalu. Banyak kisah terbaru dan banyak juga kerjaku yg lain hinggakan tak sempat berceritera di sini. Skang ni, dgn hujan lebat yg bru turun, ku gagahkan diri. Jam pun dah mnunjukkan angka 1 pagi. Ya Allah, kuatkan diriku untuk menyiapkan entri ni.

Ok, jika anda berada di antara yang terakhir dan ramai yang boleh dijadikan CONTOH di atas anda, apa yg anda akan buat? Terus dibuai kesenangan walau pun sudah ditegur beberapa kali? Peluang memasuki IPTA termasyhur disia-siakan sedangkan ramai lagi yang ingin mengejar impian? Ingin bekerja tapi bila dah mula kerja suka buat hal? Nak bekerja sendiri tapi diri tak tahan daulat? Tak ada benda yang positif ke yang boleh dilakukan? Tak nampak contoh mereka2 yg berada di atas? Bagi yang berjaya, ok la. Bagi yg kurang berjaya pada mulanya dan kini berjaya, kenapa x dijadikn contoh? Adakah Allah dah tutupkan hati kerna kesilapan lalu? Kesilapan 2 tahun lepas yang ketika hanya beberapa hari saja nk mnyambut Ramadhan? Buat la apa pun, semua x menjadi. Semuanya kerna sikap dengan ibumu. Kerja dengan orang, asyik buat masalah. Baru setahun jagung, nak buat macam orang yang dh bekerja 10,20 tahun. Entah la, sampai bila Allah akan berikan peluang? Allah Maha Adil dan Maha Mngetahui. Adakah sampai satu tahap sehingga jatuh terduduk baru nak sedar? Kami dah berdoa, dah menegur cumanya empunya diri masih tak sedar, masih terlena, masih terbuai-buai. Macam-macam kerja dah buat, tak menjadi dan terbaru nak jaga anak orang pula, Alahai, tingginya angan2 tu. Ingat jaga orang macam jaga anak ayam ke?

Ampun Maaf semua pembaca sekalian. Kali ni terpaksa luah semua walaupun tahu hanya Allah yang berhak mengatur apa yang terjadi kelak. Aku juga memohon kepada Rabb agar sentiasa tergolong daripada hamba-Nya yang bersyukur. Insya-Allah~ 

Tuesday, March 29, 2011

Termurah!

saLam, nk promosi laptop berjenama termurah dengan spesifikasi terkini. Kat pasaran pun tak dapat harga ni. Ni details yang menjadi sasaran termurah:

Dell Inspiron N4030
Intel® Pentium® Processor P6300 (3M Cache, 2.26 GHz)- 2GB DDR3 RAM

- DOS (nk ori nye, kna tambah harga)- 500GB Hard Disk Drive
- 14.0' wide HD (1366x768)
- DVDRW Drive
- Intel HD Graphics
- Webcam
- Bluetooth
- 5-in-1 Flash memory reader supporting SD, SDHC, MMC,MMC+, MS, MS Pro,
2 USB 2.0, VGA, RJ45 Ethernet, 1 headphone, 1 microphone, 1 half mini card slot
- 6 Cell Battery
- 1 Year Next Business day Warranty
- Color : 3D Black


Harga cuma Malaysian Ringgit RM1,750 (COD-Cash On Delivery)->tidak termsuk penghantaran ye..

Hubungi OmOt melalui blog ni di shoutbox/komen entri atau YM(batlagenda) 

Stok terhad, 1st come 1st serve..


PROMOSI DITUTUP..LAPTOP NI DAH TERJUAL PETANG TADI..MAAF YE...~

Sunday, March 27, 2011

Parenting Skill_Library Seberang Jaya_26032011

Alhamdulillah, Tadika Amal Rintis (TAR) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Seberang Jaya berjaya menganjurkan Program Mesra Keluarga pada kelmarin, 26 Mac 2011. Kehadiran tetamu mencecah 100 orang yang terdiri daripada ibu bapa pelajar TAR dan beberapa orang tetamu jemputan.

Saturday, March 26, 2011

Akademi Al-Qur'an 5-Final


Mabruk, setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Syahriansyah Apin, berumur 25 tahun dari Sabah yang berjaya sebagai juara pada Akademi Al-Qur'an ke-5 (AQ5) kali ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa(PICC), Putrajaya yang baru berlangsung secara LIVE sebentar tadi. Rancangan kali ini dihoskan oleh saudari Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin.
Antara 3 finalis lain yang bertanding adalah Mohamad Husaini Mahmur berumur 19 tahun dari Negeri SembilanSuhailah Zulkifly berumur 22 tahun dari Melaka dan Muhamad Nasir Mohamad Salleh berumur 21 tahun dari Selangor. Moga program sebegini dapat diteruskan bagi meramaikan pelapis Al-Qur'an secara khususnya dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Lagi NGO kesal...

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.
Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini. "Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila," kata beliau dalam kenyataannya itu. Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf. 

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah. "Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya. Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau. Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri. "Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)," katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,
2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,
3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,
4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

Monday, March 21, 2011

112 Tomahawk

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar. Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya. Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan. Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam. Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.
NONE"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia. Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara. Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'. Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gadhafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang.

NONESementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'. Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.-AFP

Tuesday, March 15, 2011

StoryTelling Competition - Library Seberang Jaya (13/3/2011)

Alhamdulillah, Pertandingan Bercerita anjuran IKRAM Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri P.Pinang, Perpustakaan Seberang Jaya dan Radio Mutiara FM berlangsung dengan jayanya kelmarin, 13 Mac 2011 (ahad).
Program bermula seawal jam 2.45pm selepas semua juri hadir sementara kehadiran peserta pula seramai 10 orang difahamkan sudah berada di Auditorium Perpustakaan Seberang Jaya seawal 11.00am, dari 10 sekolah rendah sekitar P.Pinang. Subhanallah! Sempat bersama dengan 5 orang peserta yang telah menunjukkan bakat bercerita dalam Bahasa Inggeris dengan begitu baik. Doa pembukaan majlis dibacakan oleh Ahmad Luqman Siddiqiey bin Harryzan dari STAIL.


Ini pula gaya peserta ke-3->

Keadaan dalam auditorium->

Terima kasih juga kepada Aqsa Syarif, Munif Hijjaz Sdn Bhd, Hijjaz Records Sdn Bhd, Majalah Asuh, E-Sakinah Studio, Hasani Edar dan Smileyriver Online yang telah memberi ruang bagi menjayakan Pertandingan Bercerita ini. Tahniah sekali lagi...!

Tuesday, March 8, 2011

Shahadatul-Haq IKRAMSPT 2011

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2011(Ahad) yang lepas, Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah, P.Pinang berjaya mengadakan Program Shahadatul-Haq (SH) 2011 di Sekolah Ahmadiah al-Ijtimaiyah, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam. Kedatangan seawal 8.30am oleh peserta muda seramai satu bas. wow!
Pak Guard sekolah bawa peserta naik ke Dewan Utama, tempat SH ini diadakan. Diri ku mengambil posisi sebagai pendaftar, dipecahkan kepada 2 kumpulan. Lelaki & Wanita, yang umum dan yang pelajar. So, ada 4 borang pendaftaran berasingan yang perlu diisi mengikut kategori. Yang lagi menarik, para peserta kategori pelajar TIDAK DIKENAKAN bayaran sementara bagi yang bekerja hanya RM5.00 bagi program yang bermula jam 9am-6pm. Murah dan berbaloi. Kehadiran pula mencecah 65 orang, yang berlatarbelakangkan pelbagai peringkat dan umur.
Tepat jam 9am, peserta menjamu sarapan pagi. Pada jam 9.15am, program bermula dengan nyanyian pembukaan lagu IKRAM.
Penyampaian sesi 1 pula oleh Akhi Sirri yang berkongsi tajuk Apa Itu Shahadatul-Haq dan aplikasi dalam kehidupan.
Sementara, sesi ke-2 pula disampaikan oleh akhi Irfan.
Program disimpulkan menjadi kesimpulan oleh Ust. Syazalie.
Dan, program berakhir dengan ucapan penutup oleh mas'ul program SH 2011, Hj.Atan.
Moga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang yang menekankan erti syahadah dalam setiap diri insan yang beragama Islam, yang menekankan adakah ianya hanya Islam pada warisan atau keturunan atau memang ianya lahir dari sudut hati seorang muslim dan muslimah.

Wallahua'lam~