...Bahagia Bersama...

Bagaia Bersama

Tuesday, March 8, 2011

Shahadatul-Haq IKRAMSPT 2011

Alhamdulillah, pada 6 Mac 2011(Ahad) yang lepas, Pertubuhan IKRAM Seberang Perai Tengah, P.Pinang berjaya mengadakan Program Shahadatul-Haq (SH) 2011 di Sekolah Ahmadiah al-Ijtimaiyah, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam. Kedatangan seawal 8.30am oleh peserta muda seramai satu bas. wow!
Pak Guard sekolah bawa peserta naik ke Dewan Utama, tempat SH ini diadakan. Diri ku mengambil posisi sebagai pendaftar, dipecahkan kepada 2 kumpulan. Lelaki & Wanita, yang umum dan yang pelajar. So, ada 4 borang pendaftaran berasingan yang perlu diisi mengikut kategori. Yang lagi menarik, para peserta kategori pelajar TIDAK DIKENAKAN bayaran sementara bagi yang bekerja hanya RM5.00 bagi program yang bermula jam 9am-6pm. Murah dan berbaloi. Kehadiran pula mencecah 65 orang, yang berlatarbelakangkan pelbagai peringkat dan umur.
Tepat jam 9am, peserta menjamu sarapan pagi. Pada jam 9.15am, program bermula dengan nyanyian pembukaan lagu IKRAM.
Penyampaian sesi 1 pula oleh Akhi Sirri yang berkongsi tajuk Apa Itu Shahadatul-Haq dan aplikasi dalam kehidupan.
Sementara, sesi ke-2 pula disampaikan oleh akhi Irfan.
Program disimpulkan menjadi kesimpulan oleh Ust. Syazalie.
Dan, program berakhir dengan ucapan penutup oleh mas'ul program SH 2011, Hj.Atan.
Moga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang yang menekankan erti syahadah dalam setiap diri insan yang beragama Islam, yang menekankan adakah ianya hanya Islam pada warisan atau keturunan atau memang ianya lahir dari sudut hati seorang muslim dan muslimah.

Wallahua'lam~

2 comments:

hentian said...

tahniah atas kesungguhan team muda menyemarakkan dakwah ke pelusuk daerah....

IM sedut sedikit n3 ini untuk dimasukkan ke blog JIM SPT. harap izinkan...

Unknown said...

orait~